Tuesday, May 31, 2011

Terkini - Paul Scholes bersara dari bolasepak profesional.

    
     
     Paul Scholes mengumumkan persaraan dari bolasepak profesional hari ini dan akan kekal bersama United sebagai salah seorang tenaga jurulatih. Pemain midfield berusia 36 tahun itu mengambil keputusan bersara menyedari peluang beraksi yang terhad dan memberi laluan kepada pemain baru.

Sejarah Lencana Manchester United - Siri 1

     Lencana Manchester United yang ada sekarang adalah berdasarkan lambang dari Dewan Bandaran Manchester. Lencana ini dilekatkan khusus untuk perlawanan besar seperti pada final Piala FA 1963 dan Piala Eropah 1968.

     Kapal yang anda lihat adalah sebagai simbol kemegahan dan kehebatan kota Manchester dalam bidang perkapalan dan terusan kapal. Glob yang berada di atas juga melambangkan kuasa perdagangan dunia yang dikerumuni lebah. Kenapa lebah?. Pihak perbandaran mengadaptasikan lebah pada abad ke-19 kerana serangga ini terkenal dengan usaha gigih dan pembaharuan - Manchester terkenal dengan permulaan Revolusi Industri dan bersesuaian antara keduanya.

Alex Ferguson merancang masa depan.

Alex Ferguson bersama trofi liga.
     Alex Ferguson melihat masa depan gemilang bersama United semasa perarakan meraikan kejayaan merangkul gelaran liga musim 2010/11 dan rekod ke 19 mengatasi Liverpool. Beliau secara positif melihat ribuan penyokong United meraikan pasukannya.

     'Apa yang menakjubkan ialah kita dapat lihat kanak-kanak di sini. Mereka adalah masa depan United,' kata Ferguson.

Gambar - Perarakan pasukan United mengelilingi bandar Manchester semalam.


Monday, May 30, 2011

Eksklusif - United mahukan Modric tatkala Ferguson bersedia membuat rombakkan besar.

Luka Modric
     Manchester United akan membuat rombakan pemain musim panas ini dan mahukan Luka Modric dari Tottenham dengan bidaan permulaan £20 juta. Ferguson akan bersama pemain-pemain lain meraikan kejayaan merangkul gelaran liga di bandar Manchester hari ini tetapi keperitan kekalahan di tangan Barcelona masih di dalam agenda utama pengurus itu. Untuk itu beliau dijangka membuka perbincangan dengan Tottenham mengenai Modric, pemain yang beliau idamkan untuk menggantikan tempat Scholes.

Reaksi kekalahan kepada Barcelona.


1. Apabila United tewas sesuatu perlawanan, anda akan merasa pemain-pemain tidak beraksi sebaik mungkin dan mengecewakan dengan terlepas beberapa peluang. Saya tidak merasakan begitu. United tewas disebabkan tidak kemampuan untuk berdepan dengan pasukan yang lebih hebat. Itu perasaan yang jarang-jarang dirasakan sebagai penyokong setia United, Barcelona lebih hebat dari United dan bagai ada jurang besar antara dua pasukan. Tidak perlu malu untuk tewas kepada pasukan hebat dan saya yakin tiada satu pasukan pun mampu menewaskan mereka buat masa ini.

Saturday, May 28, 2011

Top 5 - Manchester United vs Barcelona di peringkat Eropah

     United dan Barcelona telah bertemu sebanyak 10 kali di peringkat Eropah masing-masing dengan tiga kemenangan dan empat keputusan seri. Kita akan lihat lima perlawanan terbaik antara dua gergasi bolasepak Eropah ini.

1. 1984 Suku Akhir European Cup Winner's Cup.
  • Barcelona 2 vs Manchester United 0
  • Manchester United 3 vs Barcelona 0
     Ron Atkinson pengurus United mengemudi United memenangi Piala FA dan layak bertanding dalam kejohanan European Cup Winner's Cup, namun United hampir tersingkir awal apabila tewas 2-0 pada perlawanan pertama di Nou Camp.

Robson dan Maradona
     Barcelona yang diperkuatkan dengan Diego Maradona dan Bernd Schuster dijangka mudah untuk sekurang-kurangnya menyekat United namun sebalinya berlaku apabila United yang dipimpin kapten Bryan Robson menewaskan Barcelona 3-0.

Fergie - Kami lebih bersedia kali ini.

     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson mengakui melakukan kesilapan pada perlawanan akhir Champions League 2009 dan berazam menebusnya pada kali ini. United tewas 2-0 di Rome dua tahun lalu tatkala United berazam menjadi pasukan pertama mempertahankan Piala Eropah selepas era Champions League, namun beliau menegaskan balas dendam tiada dalam agenda pasukannya.

Friday, May 27, 2011

Klasik - Manchester United menewaskan Benfica 4-1 perlawanan akhir Piala Eropah 1968.

    
     Perlawanan akhir Piala Eropah (kini Champions League) pada 1968 pastinya kekal dalam sejarah apabila United telah  memenanginya dengan menewaskan pasukan dari Portugal Benfica dan menjadi kelab pertama dari England bergelar juara Eropah.

    
     Berlangsung di stadium Wembley pada 29 Mei, United yang berstatus bukan pilihan membenam cabaran Benfica 4-1 dalam masa tambahan setelah terikat 1-1 pada 90 minit pertama.

Top 5 - Perlawanan terbaik United di Champions League.

1. Manchester United vs AS Roma 7-1, 10 April 2007, Old Trafford.


     United yang ketinggalan 1-2 pada perlawanan suku akhir pertama di Rome tahu dengan kemenangan 1-0 sudah memadai untuk layak ke pusingan seterusnya. Namun United mempunyai idea yang lain, gol pertama hadir pada minit ke 11 jaringan Michael Carrick. Separuh masa pertama berakhir dengan United di depan 4-0. Separuh masa kedua walaupun Roma mengurangkan defisit menerusi gol De Rossi, United menang dengan margin besar 7-1. Penjaring United lain adalah Smith, Evra, Rooney, Ronaldo (2) dan Carrick (2).

Thursday, May 26, 2011

Terkini - United akan melengkapkan perpindahan penjaga gol Atletico Madrid David de Gea.

     Manchester United bakal mengesahkan perpindahan penjaga gol Atletico Madrid David de Gea dengan kos perpindahan dianggarkan £18.3 juta. De Gea, 20, akan menggantikan tempat Van der Sar yang akan bersara selepas perlawanan akhir Champions League Sabtu ini.

Wednesday, May 25, 2011

Beckham - Saya sangat teruja untuk menyarung jersi United sekali lagi.


     David Beckham akan bermain dalam perlawanan testimoni Gary Neville di Old Trafford awal pagi esok waktu Malaysia selepas mendapat pelepasan dari kelabnya LA Galaxy. Beckham yang meninggalkan United pada 2003 untuk menyertai Real Madrid tidak sabar untuk sekali lagi menyarung jersi United.

Manchester United juara FA Youth Cup 2011.


    
     Sehari selepas pasukan senior menjulang trofi liga untuk rekod 19 kali, United menjadi kelab pertama mencipta rekod untuk merangkul FA Youth Cup buat kali ke 10. Alex Ferguson berada di Old Trafford menyaksikan kejayaan barisan muda pelapis masa depan pasukan United.

Tuesday, May 24, 2011

Lagenda - Edwin Van der Sar menutup tirai karier bolasepak di kemuncak.

     Edwin Van der Sar dilahirkan di Voorhout, Belanda pada 29 Oktober 1970 dan merupakan pemain yang paling banyak mewakili negaranya dengan 130 caps. Beliau memulakan karier bolasepaknya dengan Ajax Amsterdam di bawah kendalian Louis van Gaal. Bermain selama sembilan musim dari tahun 1990 hingga 1999 dengan 226 kemunculan dan memenangi beberapa kejuaraan termasuk Champions League 1995 dengan menewaskan AC Milan 1-0. Pada tahun berikutnya sekali lagi Ajax melangkah ke perlawanan akhir dengan Van der Sar sebagai penjaga gol utama namun tewas setelah penentuan penalti yang memihak kepada Juventus.

Gambar - Manchester United Juara Liga Perdana Musim 2010/11.

     Manchester United menjulang trofi Liga Perdana di Old Trafford seminggu selepas mengesahkannya di Blackburn. Perlawanan dramatik penghujung musim menyaksikan pasukan bimbingan Alex Ferguson merampas gelaran liga selepas dua tahun dan berada sembilan mata didepan Chelsea.

Monday, May 23, 2011

Manchester United vs Blackpool 4-2 - Reaksi perlawanan.

     Manchester United menewaskan Blackpool 4-2 sekaligus menyingkirkan pasukan Seasiders itu ke Liga Championship. Blackpool bermula baik dengan peluang pada minit pertama hampir-hampir mengejutkan juara baru liga apabila hantaran Charlie Adam disiakan oleh Southern.

Manchester United vs Blackpool 4-2 - Reaksi perlawanan.

     Manchester United menewaskan Blackpool 4-2 sekaligus menyingkirkan pasukan Seasiders itu ke Liga Championship. Blackpool bermula baik dengan peluang pada minit pertama hampir-hampir mengejutkan juara baru liga apabila hantaran Charlie Adam disiakan oleh Southern.
    
     Menguasai hampir 60 peratus pelawanan United akhirnya memecah kebuntuan apabila Berbatov yang menerima hantaran Fletcher di sebelah kiri sebelum melorongkan kepada Park Ji sung yang dengan mudah menjaringkan gol pertama. Blackpool menyamakan kedudukan hasil jaringan kapten Charlie Adam menerusi sepakan percuma dan Gary Taylor-Fletcher menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke 57.
    
     United bangkit pada minit ke 62 hasil gerakan Park Ji Sung sebelum disudahkan oleh Anderson untuk gol kelima kariernya bersama United. Sungguhpun Blackpool sekali-sekala mengasak gawang United namun sebaliknya United menambah jaringan dengan gol sendiri pertahanan Blackpool Ian Evatt. Dengan hanya kemenangan akan menjamin Blackpool untuk kekal dalam Liga Perdana mereka terus melancarkan serangan demi serangan hingga beberapa kali Van der Sar menyelamatkan pintu gol dari dibolosi.
    
     Hasil daripada counter attack dari sebelah kanan United menutup peluang buat Blackpool apabila Michael Owen menjaringkan gol keempat. Walaupun menjaringkan 55 gol musim ini Blackpool juga bolos sebanyak 78 gol, yang tercorot antara pasukan-pasukan lain.
   
     Tamat perlawanan United sah bergelar juara Liga Perdana manakala Blackpool yang kembali ke liga utama selepas 39 tahun terpaksa bermain dalam Liga Championship musim depan.  

Saturday, May 21, 2011

Previu - Manchester United vs Blackpool.

Tarikh : 22 Mei 2011 Tempat : Old Trafford Masa : 11 malam (Astro 812)

     Perlawanan terakhir liga Ahad ini tumpuan lebih diberikan kepada nasib lima pasukan yang perlu berjuang untuk kekal dalam Liga Perdana. Wolves, Blackburn, Birmingham, Blackpool dan Wigan berdepan situasi sukar dan masing-masing memerlukan kemenangan untuk kekal.

Fergie merayu kepada Scholes untuk terus bermain semusim lagi.


     Pengurus United merayu pemain veteran Paul Scholes untuk menyambung kontraknya setahun lagi musim depan. Pemain midfield 36 tahun itu difahamkan masih menimbang samada mahu menyambung kontrak hingga hujung musim depan apatah lagi perlibatannya mungkin terhad untuk memberi laluan pemain baru lain.

Fergie - Bersara tidak ada dalam perancangan saya.

     Sir Alex Ferguson menegaskan bersara dari jawatan pengurus kelab bolasepak Manchester United tidak ada dalam perancangan beliau dan mengakui persaraan akan menjejaskan prospek beliau menikmati umur yang panjang.
    
     Selepas United merangkul kejuaraan liga yang ke 19 minggu lalu, Fergie yang akan berusia 70 tahun 31 Disember nanti tidak langsung menunjukan reaksi atau tanda untuk bersara awal malahan bersedia untuk perlawanan terakhir liga menentang Blackpool Ahad ini di Old Trafford.

"Saya tiada pelan untuk bersara dan isteri saya (Cathy) pastinya gembira," kata Ferguson yang sekaligus mengimbas kembali bagaimana Cathy memujuknya menarik balik hasrat bersara awal pada 2002.

Fergie bersedia belanja melebihi £60 juta musim panas ini.


     Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sedia berbelanja untuk pemain-pemain baru pada musim panas ini dan mungkin melebihi jumlah £60 juta. Ferguson terpaksa berhadapan dengan hakikat persaraan pemain seperti Gary Neville dan Edwin Van der Sar, dan kemungkinan Paul Scholes mengikut jejak mereka hujung musim ini, dan mahu menggantikan tempat mereka dengan pemain berprofil tinggi.

Friday, May 20, 2011

Keputusan Malam Anugerah Kecemerlangan Manchester United 2011.

     Semalam diadakan majlis penganugerahan untuk menghargai pemain-pemain United yang beraksi sepanjang musim 2010/11. Acara tahunan itu bertujuan memilih pemain terbaik tahunan pilihan penyokong dan pemain, gol terbaik, pemain muda terbaik dan juga pemain liga simpanan terbaik. Berikut adalah pemenang-pemenang mengikut kategori

Thursday, May 19, 2011

Evra - Park berjuang hingga keringat terakhir.


     Park Ji Sung mempamerkan aksi hebat di bahagian midfield ketika menentang Chelsea dalam perlawanan Champions League dan juga liga. Evra yang juga rakan baik beliau berkata mungkin apa yang beliau makan seharian sambil tertawa.

Tuesday, May 17, 2011

Bukan pilihan juara ramai pihak pada awal musim, namun United masih juara liga perdana Inggeris sekali lagi...bagaimana United melakukannya?



     Manchester United sekali lagi bergelar juara liga musim ini. Kali ini kita akan mengimbas perjalanan United sepanjang musim, bagaimana mereka melakukannya dan menjadi raja bolasepak di England sekali lagi.

Friday, May 13, 2011

Top 5 - Perlawanan terbaik penentuan gelaran liga.

Musim 1994/1995.

     Musim yang menyaksikan saingan antara juara bertahan Manchester United dengan Blackburn Rovers berlarutan ke perlawanan terakhir musim. Pemain kontroversi Eric Cantona digantung lapan bulan dan denda £20,000 akibat sepakan ala kung-fu ke arah penyokong Crystal Palace. United berkunjung ke Upton Park bertemu West Ham dengan memerlukan kemenangan manakala Blackburn ke Anfield menentang Liverpool pada perlawanan terakhir musim. Walaupun Blackburn tewas 2-1 tetapi United gagal mengambil kesempatan setelah hanya seri 1-1.

Friday, May 6, 2011

Busby Babes - Kebangkitan Hebat United Dari Tragedi Munich Kepada Juara Eropah.

     Tragedi Munich pada 1958 yang meragut nyawa bukan sahaja pemain-pemain Manchester United malahan lapan wartawan bolasepak terkemuka British pada masa itu akibat kegagalan kapal terbang yang mereka naiki berlepas dari landasan lapangan terbang Munich. Kapal terbang tersebut terhempas selepas percubaan ketiga sejurus berhenti mengisi minyak di Munich.

     Kejayaan United bangkit selepas tragedi untuk bergelar juara piala Eropah (kini Champios League) pertama dari England amat mengagumkan. United menewaskan Benfica dari Portugal pada final 1968 di stadium Wembley. Bertitik tolak dari tarikh keramat inilah nama Manchester United menjadi jenama terkenal dalam dunia bolasepak hingga kini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...