Thursday, July 28, 2011

Hernandez mungkin tidak dapat beraksi untuk beberapa minggu.


     Sir Alex Ferguson memutuskan Javier Hernandez mungkin tidak dapat beraksi buat beberapa minggu selepas penyerang Mexico itu mengalami konkusi semasa latihan petang Selasa lalu.

     Chicharito dikatakan terkena bola secara rambang, walaupun tiada perhatian segera buat pemain 23 tahun itu, beliau dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan ditahan semalaman untuk pemerhatian selanjutnya.

Video - Sorotan MLS All Stars vs Manchester United.

MLS All-Stars vs Manchester United 0-4.


     MLS All-Stars mungkin himpunan pemain bolasepak terbaik di Amerika, tetapi mereka akhirnya tidak setanding dengan pasukan Alex Ferguson, Manchester United. Ini menjadikan empat kemenangan daripada empat perlawanan jelajah Amerika 2011.

     Gol daripada Anderson, Park Ji Sung, Dimitar Berbatov dan Danny Welbeck menghadiahkan kemenangan kepada United menentang MLS All-Stars yang turut menampilkan bekas pemain Liga Perdana Inggeris seperti David Beckham dan Thierry Henry.

Wednesday, July 27, 2011

Javier Hernandez dimasukkan ke hospital akibat konkusi.


     Javier 'Chicharito' Hernandez telah mencetuskan kebimbangan kepada Manchester United apabila terpaksa bermalam di hospital New York. Beliau dilaporkan mengalami konkusi ringan semasa latihan.

     Pemain Mexico berusia 23 tahun itu menyertai rakan sepasukan lain dalam siri jelajah 2011 pada hari Ahad selepas mendapat mendapat cuti musim panas tambahan, tidak disenaraikan dalam pasukan yang akan menentang MLS All-Stars akibat daripada kecederaan itu.

David Gill - Masih ada masa untuk sebarang perpindahan.

     Ketua Eksekutif Manchester United semalam mendakwa bahawa masih ada seorang lagi pemain yang kami cari, walaupun kami buat masa ini kami tidak mengadakan apa-apa perbincangan dengan mana-mana kelab.

     Ditanya pada temubual dengan MUTV adakah beliau menjangka bahawa musim panas ini akan menjadi lebih sibuk daripada biasa, beliau berkata: "Ya kita tahu. Edwin (Van der Sar) awal-awal membuat keputusan yang musim lepas adalah musim terakhirnya.

Dimitar Berbatov - Kualiti tidak semestinya perlukan banyak usaha.


     Dimitar Berbatov berkata eksploitasi musim lalu sebagai penjaring terbanyak sudah tinggal sejarah dan beliau melihat kehadapan untuk musim 2011/12.

     Pemain Bulgaria itu gembira untuk bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama, walaupun beliau sedar bakat-bakat hebat yang ada di Old Trafford termasuk pemain daripada akademi.

Tuesday, July 26, 2011

Top 5 - Pertelagahan Roy Keane sepanjang karier bolasepaknya.

      Roy Maurice Keane atau Roy Keane meninggalkan Manchester United pada penghujung tahun 2005 selepas kontroversi dalam satu temubual dengan MUTV. Dengan seteru yang juga bekas kapten Arsenal Patrick Vieira yang bersara daripada bolasepak hujung musim lalu, mengingatkan kita semua pertelagahan antara dua kapten ini setiap kali pertembungan kedua-dua pasukan.
    
     Vieira dalam kenyataan kepada media baru-baru ini memberitahu kenangan yang paling beliau ingati selama sembilan tahun menyarung jersi Arsenal adalah ketika pertelagahan bersama kapten United itu. Kita lihat senarai top 5 pertelagahan paling terkenal melibatkan Roy Keane sepanjang 12 tahun bersama United.

Alex Ferguson - Tiada lagi pemain baru.


     Sir Alex Ferguson menolak kemungkinan untuk menambah pemain baru untuk Manchester United musim panas ini. Bercakap di New York menjelang perlawanan keempat jelajah pra-musim menentang MLS All-Stars Rabu ini, bos United itu mengaku bahawa beliau menjangka untuk menghadapi musim 2011/12 dengan barisan pemain yang sama seperti yang ada sekarang.

     "Buat masa ini saya tidak melihat ada pertambahan pemain," kata beliau. "Pemain yang kami sedang cari tidak dapat diperolehi buat masa ini. Oleh itu saya gembira dengan barisan pemain sedia ada setakat ini."

     United telah dikaitkan sepanjang musim panas ini dengan beberapa pemain midfield termasuk Wesley Sneijder dan Samir Nasri. Kedua-dua pemain kelihatan bersedia meninggalkan kelab mereka (Inter Milan dan Arsenal, masing-masing) walaupun komen daripada Sir Alex menggambarkan Old Trafford bukanlah destinasi mereka.

Monday, July 25, 2011

David Beckham - Manchester United perlu dapatkan Sneijder.


      David Beckham telah mengenalpasti Wesley Sneijder sebagai pemain yang mampu menggantikan tempat Paul Scholes yang bersara hujung musim lalu. Beckham percaya, bintang Piala Dunia 2010 Belanda itu merupakan calon ideal bagi mengisi posisi yang ditinggalkan Scholes.

Sunday, July 24, 2011

Video - Sorotan Chicago Fire vs Manchester United 1-3

Chicago Fire vs Manchester United 1-3


      Manchester United terbukti terlalu hebat buat Chicago Fire di Soldier Field di bawah panas terik matahari. Sir Alex memberikan permulaan pra-musim kepada lima pemain yang menyertai pasukan di Seattle, termasuk David de Gea dan Phil Jones.

     United bermula dengan baik namun tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol pertama perlawanan. Cory Gibbs pertahanan Chicago Fire memberikan kelebihan kepada Chicago Fire seawal minit ke 13. Beliau berjaya melompat tinggi mengatasi Jones untuk menanduk ke penjuru sudut kanan de Gea hasil hantaran daripada sepakan percuma Marco Pappa.

Saturday, July 23, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 1.

Sir Matt Busby
     Sir Alexander Matthew 'Matt' Busby (26th May 1909 - 20th January 1994) adalah pemain bolasepak kelahiran Scotland yang paling menonjol dengan kejayaan sebagai pengurus kelab bolasepak Manchester United antara 1945-1969 dan 1970-1971.

     Sir Matt dilahirkan di kotej kecil di perkampungan Obirston, sebuah kampung perlombongan kecil di Bellshill utara Lanarkshire Scotland oleh pasangan Alexander and Nellie Busby. Apa yang menakjubkan, ibu bapanya diberitahu oleh doktor sejurus selepas dilahirkan yang "pemain bolasepak telah datang ke rumah ini."

     Ibu Sir Matt adalah anak kepada Jimmy Greer yang bekerja di pit lombong Obirston dengan bapanya. Selepas kelahiran Sir Matt ia diikuti dengan tiga adik beradik perempuan Delia, Kathy dan Margaret.

Friday, July 22, 2011

Park Ji Sung dijangka tandatangani perjanjian baru.


     Sir Alex Ferguson yakin Park Ji Sung akan kekal di Old Trafford dengan menandatangani kontrak lanjutan dua tahun.

     Pemain midfield Korea Selatan itu masih mempunyai perjanjian sehingga penghujung musim 2011/12, dan bos United itu mendedahkan di Chicago bahawa Park merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang di Old Trafford.

Thursday, July 21, 2011

Alex Ferguson - De Gea tiada jaminan jadi penjaga gol utama.

     Manchester United melengkapkan perpindahan penjaga gol Sepanyol bawah 21 tahun David de Gea bulan lalu.

     Beliau dilihat sebagai pengganti Edwin Van der Sar, namun untuk mengekal motivasi ke tahap yang tinggi, Sir Alex Ferguson menyatakan akan wujud persaingan untuk jersi nombor satu di United.

Video - Sorotan Seattle Sounders vs Manchester United.

Seattle Sounders vs Manchester United 0-7


     Keputusan akhir perlawanan tampak memihak kepada United tetapi hakikatnya 45 minit pertama kedua-dua pasukan beraksi sama hebat. Kemudian pada separuh masa kedua - selepas 1-0 tamat babak pertama - baki enam gol dijaringkan dengan tiga gol dalam masa empat minit.

Wednesday, July 20, 2011

Alex Ferguson - Danny dan Tom kekal di Old Trafford.


     Sir Alex Ferguson akan menghalang sebarang pendekatan daripada mana-mana pihak untuk mengambil Danny Welbeck dan Tom Cleverley secara pinjaman. Duo Manchester United itu cemerlang ketika bersama Sunderland dan Wigan - dan disebut-sebut untuk kembali beraksi di United.

Tuesday, July 19, 2011

Alex Ferguson - Tiada masalah dengan Berba.


     Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa Dimitar Berbatov telah melupakan kekecewaan diketepikan daripada kesebelasan utama perlawanan akhir Champions League lalu apabila United tewas 1-3 di tangan Barcelona.

Monday, July 18, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 3.

1957 - Jersi perlawanan akhir Piala FA.

Selepas menjuarai liga, Busby Babes menjadi pilihan kelab pertama meraih double semenjak 1800an. Bentesan kontroversi terhadap penjaga gol Ray Wood menyebabkan beliau cedera patah tulang pipi. Dengan Jackie Blanchflower di pintu gol dan Duncan Edwards di pertahanan tengah, United tewas 2-1 kepada Aston Villa walaupun Tommy Taylor menjaringkan gol saguhati.

Anderson bersedia sebagai pengganti Paul Scholes?

Anderson
     Selepas persaraan Paul Scholes hujung musim lalu, para penyokong United dan pihak media terutamanya tidak putus-putus menegaskan perlunya Manchester United menggantikan tempat lagenda itu.

     Samir Nasri dan sekarang Wesley Sneijder kerap kali di kaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, tetapi persoalannya adakah itu jawapan kepada teka-teki siapakah pemain yang bakal menggantikan Scholes? Adakah Anderson - bintang Samba Brazil yang sentiasa tersenyum - mempunyai kualiti yang diperlukan untuk bermain di posisi Scholes.


Sunday, July 17, 2011

Gosip - Nike mungkin masuk campur bantu perpindahan Sneijder ke Manchester United

Wesley Sneijder
     Nike mungkin menjadi penentu untuk sebarang perjanjian membawa Wesley Sneijder ke Manchester United. Spekulasi bertiup kencang bahawa bintang Belanda itu dijangka tiba di Old Trafford - walaupun perpindahan tampak menemui jalan buntu Jumaat lalu.

     Bagaimanapun laporan Goal.com mendakwa pengeluar pakaian sukan Nike mungkin instrumental dalam membolehkan perpindahan berlaku.

Saturday, July 16, 2011

Darren Fletcher bakal terlepas aksi permulaan musim.


     Darren Fletcher dijangka terlepas aksi permulaan musim setelah dikhuatiri tahap kesihatan pemain midfield Manchester United itu.

     Fletcher telah terlepas dua bulan terakhir musim lalu akibat jangkitan virus misteri di bahagian perut yang menyebabkan beliau hilang berat badan yang ketara, dan difahamkan dijangkiti virus itu sekali lagi.

Manchester United lancar jersi tempat lawan musim 2011/12.


     Musim 2011/12 bakal menyaksikan United menyarung jersi biru terang berjalur hitam untuk perlawanan di tempat lawan, diinspirasikan daripada jersi biru yang dipakai kelab ketika kejayaan pada akhir Piala FA 1948 dan akhir Piala Eropah 1968.

Friday, July 15, 2011

Manchester United jenama sukan paling berharga.

     Manchester United telah dinamakan jenama sukan paling berharga di dunia dengan nilai £1.165billion mengatasi kelab francais Amerika seperti Dallas Cowboys dan New York Yankees.

     Penilaian mengambil kira nilai pasukan, stadium, pendapatan dan perjanjian penajaan yang menarik.

     Ia adalah berita baik buat keluarga Glazer yang membeli United dengan harga £790juta pada 2005. Bagaimanapun mereka juga meletakkan bebanan hutang sekitar £500juta ke dalam kewangan kelab.

     Hasil daripada pengiklanan memberi impak besar terhadap pendapatan United - dengan £80juta, empat tahun penajaan untuk logo Aon pada jersi dan £300juta, 13 tahun perjanjian dengan Nike.

Thursday, July 14, 2011

Video - Sorotan New England Revolution vs Manchester United.


NEW ENGLAND: Reis, Coria, Soares, Tierney, Lekic, Nyassi, Joseph, Feilhaber, Phelan, Alston, Boggs. Subs: Loewy, Dabo, Koger, Guy, Fagundez, Schilawski, Sousa, Barnes, McCarthy, Shuttleworth, Kinne, Murray, Cochrane.

MANCHESTER UNITED: Lindegaard; Rafael, Evans, Vidic (Ferdinand 46), Fabio; Nani (Giggs 67), Carrick (Park 75), Anderson (Diouf 75), A Young (Obertan 67); Rooney (Owen 46), Berbatov (Macheda 46). Subs: Amos, Evra.

Kehadiran: 51,523.

*sumber 101Greatgoals.com

Ashley Young menyinar pada perlawanan pertama.

Ashley Young
     Sir Alex Ferguson berkata beliau 'sangat puas hati' dengan penampilan pertama Ashley Young dan percaya bekas pemain Aston Villa itu akan mencipta lebih banyak gol untuk kelab barunya.

     Pemain antarabangsa England itu yang mengambil alih jersi Paul Scholes nombor 18, bermain untuk 67 minit di posisi sayap kanan menewaskan New England Revolution 4-1.

     Beliau banyak menguasai bola pada separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang untuk Rooney dan Berbatov.

     Itu sudah memadai buat Ferguson mengukuhkan kepercayaan bahawa Young adalah salah satu bakat terbaik dalam bolasepak Inggeris, dan bos United itu percaya pasukannya akan mendapat manfaat daripada hantaran-hantaran melalui sayap menjelang musim depan.    

New England Revolution vs Manchester United 1-4


     Manchester United memulakan jelajah US 2011 dengan kemenangan bergaya menewaskan New England Revolution 4-1 di Stadium Gillette Boston.

     Separuh masa pertama bermula hambar, tetapi pada babak kedua menyaksikan lima gol termasuk empat gol dalam masa 11 minit. United menguasai perlawanan namun pada 45 minit pertama jentera serangan United yang dibarisi Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov gagal memanfaatkan banyak peluang di pintu gol.

Video - Manchester United lawat Universiti Harvards.



Wednesday, July 13, 2011

Jonny Evans - Cabaran dan saingan adalah semuanya mengenai United.

     Ketibaan Phil Jones dari Blackburn telah secara tidak langsung meningkatkan persaingan untuk posisi pertahanan tengah di United.

     Khabar angin pada awal musim panas ini mengatakan Jonny Evans mungkin memikirkan untuk meninggalkan Old Trafford. Namun pemain pertahanan tengah Ireland Utara ini menyahut cabaran dan saingan mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

     "Ini ada semuanya mengenai United," beliau dipetik berkata. "Anda sentiasa diuji. Ia bergantung kepada anda samada ada cukup bagus atau samada anda meletakkan usaha untuk bermain dalam pasukan utama."

Blast from the Past - Michael Owen hampir sertai United pada 1994.

Owen bersama Ferguson.
     Michael Owen menandatangani kontrak profesional dengan Liverpool pada Disember 1996.
    
     Owen merupakan salah seorang graduan paling mendapat perhatian di Lilleshall (sekolah kecemerlangan bolasepak) yang pada tatkala itu merupakan institusi terhebat melahirkan bakat-bakat muda bolasepak Britain.

     Pada masa itu juga Owen berjaya memecahkan rekod jaringan dalam sejarah England untuk setiap peringkat dari bawah 10 tahun hingga bawah 17 tahun.

Tuesday, July 12, 2011

Perubahan jadual perlawanan Manchester United diumumkan.


       Perubahan akibat penjadualan semula perlawanan Liga Perdana musim 2011/12 telah diumumkan dan melibatkan 10 daripada 12 perlawanan pertama United.

     Sembilan perlawanan telah dipinda untuk liputan televisyen secara langsung manakala satu lagi menentang Everton di tempat lawan, telah dibawa ke hadapan atas permintaan pihak polis. Butiran perubahan adalah seperti berikut:

Alex Ferguson menafikan ketibaan Samir Nasri ke Old Trafford.

Alex Ferguson.
     Sir Alex Ferguson telah menafikan bahawa beliau akan menandatangani pemain midfield Arsenal Samir Nasri musim panas ini.

     Spekulasi pihak media baru-baru ini mencadangkan United dalam perebutan dengan kelab-kelab utama Eropah termasuk seteru setempat Manchester City, untuk khidmat Samir Nasri. Namun bos United itu menamatkan spekulasi tersebut ketika bercakap pada sidang media di Boston, sejam selepas tiba di Amerika Syarikat untuk siri jelajah tahun ini. United akan berada di sini selama tiga minggu dengan lima perlawanan persahabatan termasuk Barcelona.

Monday, July 11, 2011

Gosip - Sneijder bakal ke Manchester United.


Wesley Sneijder
      Laporan dari Belanda menyatakan Manchester United sedang melakukan segala usaha untuk mendapatkan Wesley Sneijder sebelum bermulanya musim baru Liga Perdana dari Inter Milan.

     Difahamkan dalam masa 48 jam seterusnya wakil kedua-dua pihak akan bertemu untuk membincangkan yuran perpindahan pemain berusia 27 tahun itu.

     De Telegraaf menyatakan terdapat usaha-usaha belakang tabir berlaku dalam tempoh 24 jam lalu untuk menyelesaikan isu perpindahan dengan yuran dilaporkan sekitar £35juta.

     Jurulatih Inter Gian Piero Gasperini dilihat bersedia dengan perpindahan Sneijder apabila menandatangani pemain Argentina Ricky Alvarez dari kelab Velez Sársfield.

Wayne Rooney tidak sabar nantikan era baru di Manchester United.

Wayne Rooney
     Penyerang United Wayne Rooney tidak sabar dan teruja menantikan era baru di Old Trafford. United berlepas ke Amerika Syarikat hari ini untuk siri jelajah selama tiga minggu yang melibatkan bandar Boston, Seattle, Chicago, New York dan Washington.

     Dengan persaraan Paul Scholes, Gary Neville dan Van der Sar, dan perpindahan Wes Brown dan John O'Shea ke Sunderland, Sir Alex Ferguson telah membuat rombakan besar-besaran terhadap skuadnya.

Sunday, July 10, 2011

Jelajah US 2011 - Senarai awal pasukan di keluarkan.

     Manchester United akan membawa 21 pemain ke Amerika Syarikat Isnin ini dengan enam lagi pemain akan menyertai kemudian.

     Pemain baru Ashley Young akan terbang bersama pasukan awal tetapi David de Gea dan Phil Jones akan tiba kemudian disebabkan komitmen mereka pada Kejohanan Piala Eropah bawah 21. Ketiga -tiga pemain telah diberikan nombor jersi dalam pasukan untuk musim 2011/12 - de Gea akan memakai nombor 1, Jones nombor 4 dan Young akan memakai nombor Paul Scholes 18.    

     Senarai awal adalah tertakluk kepada perubahan bergantung kepada kecederaan pemain semasa latihan.

Chris Smalling tandatangan perjanjian baru.

Chris Smalling
     Chris Smalling menerima ganjaran hasil daripada aksi musim pertama yang cemerlang dengan kontrak baru lima tahun.

     Pemain yang ditandatangani dari Fulham itu menyesuaikan diri dengan pantas di Old Trafford dan muncul sebagai pemain gantian yang berkaliber untuk Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic di bahagian utama benteng.

Friday, July 8, 2011

Terkini - Brown dan O'Shea sah berpindah ke Sunderland.

O'Shea dengan jersi Sunderland.
     Sunderland telah melengkapkan perjanjian perpindahan John O'Shea dengan tawaran kontrak empat tahun dengan yuran yang belum dinyatakan.

     Pemain Republik Ireland itu menyertai Wes Brown di Stadium of Light dengan kedua-dua perjanjian termeterai semalam. Sir Alex Ferguson memberikan penghormatan kepada O'Shea dan yakin bos Sunderland Steve Bruce - bekas kapten United - mendapatkan yang terbaik daripada pemain yang menjangkau usia 30 tahun ini.

Top 5 - Pemain Perancis yang bermain di Manchester United.

     Patrice Evra bukanlah antara pemain Perancis pertama menyarung jersi United. Walaupun dilabel oleh setengah pihak sebagai antara bek kiri terbaik dalam Liga Perdana namun terdapat beberapa pemain Perancis lain yang terlebih dahulu bermain dan berjaya di Old Trafford. Berikut adalah top 5 pemain yang berjaya di United.

Patrice Evra - Eric Cantona The King.

Patrice Evra bersama anaknya.

     Patrice Evra mengucapkan terima kasih kepada Eric Cantona kerana membuka pintu buat pemain bolasepak dari Perancis bermain di Manchester United.

     Cantona menjadi pemain Perancis pertama menyarung jersi United apabila beliau tiba di Old Trafford dari Leeds United pada 1992, dan lima tahun beliau dengan United penuh dengan warna-warni seorang lagenda.

Thursday, July 7, 2011

Gosip - Pertahanan United akan menjalani pemeriksaan perubatan di Sunderland.

John O'Shea
     Pertahanan Manchester United dijadual menjalani pemeriksaan perubatan di Sunderland hari ini.

     Press Association Sport difahamkan pemain Republik Ireland yang berusia 30 tahun itu dalam perjalanan ke Wearside pagi ini mengikuti rakan sepasukan Wes Brown yang telah berada di Sunderland semalam. Sekira berjaya ini bermakna pengurus Steve Bruce telah menandatangani lapan pemain pada musim panas ini

Gosip - Arsenal tolak tawaran £20juta United untuk Samir Nasri.

Samir Nasri
     Arsenal telah menolak tawaran permulaan Manchester United untuk Samir Nasri dan memberitahu mereka tidak akan menjual pemain antarabangsa Perancis itu melainkan menerima tawaran sekurang-kurangnya £25juta.

     United perlu memutuskan samada mereka mahu memenuhi nilai yang diminta dan disertakan dengan pakej kewangan lebih baik, setelah berita mengenai tawaran awal United dua minggu lalu sebanyak £20juta tersebar semalam.

     Kedua-dua kelab telah bersetuju pada masa itu untuk tidak menghebahkan tawaran tersebut terlebih dahulu.

Gosip - Wes Brown bakal ke Sunderland.

Wesley Brown
     Menurut sumber daripada Sky Sport News, difahamkan Wes Brown sedang menjalani pemeriksaan perubatan dan bersedia untuk diumumkan sebagai pemain Black Cats pada hari ini.

     Pemain pertahanan 31 tahun itu telah menghabiskan seluruhan kerjaya bolasepaknya di Old Trafford, menandatangani kontrak seniornya pada tahun 1996 dan membuat lebih 200 penampilan.

Chicharito beri amaran kepada pasukan lawan.

Javier Hernandez
    Javier Hernandez melaungkan amaran kepada Liga Perdana bahawa beliau masih boleh memperbaiki permainan dan terus bekerja keras di Manchester United.

     Pemain Mexico itu kini berehat selepas membantu negaranya muncul juara dalam kejohanan Gold Cup minggu lalu. Beliau menjadi penjaring terbanyak dengan tujuh gol, mengekalkan momentum mengkagumkan dalam musim pertamanya di Old Trafford.

     Keseluruhan 20 gol musim lalu melangkaui jangkaan Ferguson terhadap pemain baru ini dan ia termasuk gol-gol penting.

Wednesday, July 6, 2011

Gosip - Inter buka pintu buat United dapatkan Wesley Sneijder.

Wesley Sneijder
     Manchester United telah diberikan lampu hijau untuk membuat bidaan £35juta buat Wesley Sneijder, setelah Inter Milan mengakui mempertimbangkan untuk menjual pemain itu.

     Usaha Alex Ferguson untuk mendapatkan Sneijder tampak menemui kegagalan setelah bekas pemain Real Madrid itu menyatakan hasratnya untuk kekal di San Siro.

     Namun jurulatih baru Inter Gian Piero Gasperini bersedia untuk melepaskan pemain 27 tahun itu selepas melengkapkan perpindahan £10.8juta Ricky Alvarez dari juara liga di Argentina Velez Sarsfield.

Paul Scholes - Rooney kesal tindakan 'kurang hormat' kepada United.

Scholes dan Rooney
     Percubaan Wayne Rooney untuk meninggalkan United awal musim lalu menunjukkan bahawa beliau telah mula melihat dirinya lebih 'besar' daripada orang-orang sekelilingnya .

     Scholes mengakui bahawa Rooney menunjukkan sikap kurang hormat dalam menghadapi situasi itu, namun beliau percaya pemain 25 tahun itu mampu menyaingi kehebatan Lionel Messi.

Paul Scholes ketepikan cabaran gelaran liga Arsenal.

Paul Scholes
     Lagenda United Paul Scholes mengenepikan cabaran Arsenal untuk perebutan gelaran liga musim depan dan menegaskan falsafah bolasepak Arsene Wenger sebagai sia-sia.

     Pasukan The Gunners akan melapor diri untuk latihan pra-musim hari ini dengan pengurus Perancis itu bakal berdepan cabaran terbesar sepanjang 15 tahunnya di Arsenal. Kelab utara London itu dilihat bakal kehilangan bintang utama antaranya Cesc Fabregas dan Samir Nasri.

Tuesday, July 5, 2011

Antonio Valencia cedera di Copa America.

      Antonio Valencia dikeluarkan ketika perlawanan pembukaan Copa America Ecuador Ahad lalu. Pemain sayap United itu terseliuh kaki kiri (sama seperti kecederaan serius yang beliau alami musim lalu) dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan walaupun banyak peluang di pintu gol.

     Pengurus Ecuador Reinaldo Rueda merasakan pemain-pemainnya mendapat layanan kasar daripada pemain lawan dan mahukan lebih perlindungan daripada pengadil.

Monday, July 4, 2011

Gosip - Manchester United masih berharap dapatkan Alexis Sanchez.

     Pengurus Manchester United Alex Ferguson berharap dapat menandatangani pemain sasaran Alexis Sanchez  - jika Barcelona berjaya mendapatkan Cesc Fabregas. Ferguson dan United enggan berganjak daripada tawaran sebanyak £28juta kepada Udinese untuk bintang Chile itu -tetapi impian untuk mendapatkan pemain rebutan kelab-kelab utama Eropah itu mungkin menjadi kenyataan minggu ini.

Trofi Liga Perdana ke Kuala Lumpur.

     Trofi Liga Perdana tiba ke destinasi keenamnya di Kuala Lumpur dalam Siri Jelajah Asia.

     Setelah berada di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Jakarta dan Bangkok, trofi berada di Kuala Lumpur menjelang lawatan Edwin Van der Sar pada hari esok.

     Van der Sar yang bersara pada penghujung musim lalu akan menyertai delegasi United di Kuala Lumpur untuk penampilan bersama penaja bersama kelab iaitu TM dan Hublot.

     Beliau kemudian dijadualkan akan ke Singapura pada hari Rabu untuk bertemu peminat dan menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh Nike dan Hublot.

     Selasa ini Van der Sar dijadualkan berada di Menara TM pada pukul 2 petang untuk acara tetutup dan kemudian di Hublot Boutique Starhill bermula 5-7 petang dan terbuka untuk umum.

Saturday, July 2, 2011

Kronologi perpindahan David de Gea ke Manchester United.


27 January 2010 – Agen mengesahkan menerima tawaran.

"Beberapa kelab dalam Liga Perdana bertanyakan mengenai David de Gea terutamanya Wigan yang telah membuat tawaran tetapi ditolak pihak Athletico," kata Mendes. "Roberto Martinez merasakan de Gea bersedia untuk Liga Perdana tetapi Athletico menegaskan mereka mahu de Gea kekal di Calderon (stadium Athletico). Saya tidak bercakap dengan pihak United namun wakil mereka ada mengesahkan minat terhadap de Gea."

3 Februari 2010 - De Gea tandatangan perjanjian baru dengan Atletico Madrid.

"Ia merupakan langkah kehadapan dalam karier saya," kata de Gea. "Saya telah menghabiskan sebahagian hidup saya di Athletico Madrid dan bagi saya ia adalah satu penghormatan dan impian untuk dapat bermain dalam pasukan utama menerusi sistem akademi Rojiblanco. Semuanya berlaku dengan pantas dan objektif saya adalah untuk terus bekerja keras."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...