Saturday, August 27, 2011

Fletcher mungkin diturunkan menentang Arsenal.


     Sir Alex Ferguson mengesahkan Darren Fletcher bersedia disenaraikan dalam kesebelasan utama dan akan dipertimbangkan untuk menentang Arsenal Ahad ini.

     Pemain midfield Scotland itu tidak mengalami apa-apa kecederaan selepas perlawanan liga simpanan menentang Swansea, dan bos Alex Ferguson memberitahu dalam sidang media bahawa Fletcher bersedia untuk penampilan pertama pasukan senior.

Friday, August 26, 2011

Segala yang anda perlu tahu tentang pasukan dalam kumpulan United.

1. SL Benfica - Portugal.

Nama samaran : Águias (helang), Encarnados (jelmaan)
Musim lalu : Tempat kedua liga, 21 mata di belakang juara Porto ; Separuh akhir Europa League ; Juara Piala Liga.
Penjaring terbanyak musim lalu : Javier Saviola 9, Óscar Cardozo 9.
Kejayaan peringkat Eropah : Dua Piala Eropah 1961 dan 1962
Pengurus : Jorge Jesus. Bermain untuk Benfica. Terlibat dalam pengurusan pada 1989. Meninggalkan Braga untuk menyertai Benfica pada 2009.

Manchester United diundi bersama SL Benfica, FC Basel dan FC Otelul Galati.


     Manchester United finalis Champions League 2011 telah diundi bersama dengan naib juara liga Portugal SL Benfica, juara Switzeland FC Basel dan juara Romania FC Otelul Galati dalam kumpulan C peringkat kumpulan Champions League musim ini.

     United berazam untuk layak ke akhir Champions League buat kali keempat dalam lima musim selepas menewaskan Chelsea dan kalah dua kali di tangan Barcelona. Perlawanan akhir kali ini akan diadakan di Allianz Arena Munich Jerman, gelanggang Bayern Munich.

Thursday, August 25, 2011

Manchester United jana £40 juta melalui perjanjian dengan DHL.

     Manchester United akan mendapat £40juta dalam masa empat tahun setelah mempersetujui perjanjian penajaan pakaian latihan dengan DHL.

     DHL, syarikat kurier terbesar dunia akan membayar United £10juta setahun dalam masa empat tahun akan datang untuk penajaan pakaian latihan.

Chris Smalling - Saya teruja menjadi sebahagian daripada masa depan di United.


     Berikutan prestasi yang cemerlang di posisi bek kanan pada kemenangan 3-0 menentang Spurs, Chris Smalling berkata beliau sangat teruja mengenai masa depan pasukan muda United.

     Bermain bersama rakan sepasukan England bawah 21, Phil Jones, Tom Cleverley dan Danny Welbeck, juga David de Gea, 20 tahun dan Johny Evans yang berusia 23 tahun, Smalling berpendapat prestasi United akan membuat para penyokong, pemain-pemain mahupun penonton neutral teruja melihat masa depan, apabila potensi sebenar mereka tercapai.

Wednesday, August 24, 2011

Manchester United vs Tottenham Hotspur 3-0

Welbeck selepas menjaringkan gol pertama.
     Manchester United memulakan musim 2011/12 di Old Trafford dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Tottenham. David de Gea yang mendapat perhatian terutama daripada media, tanpa bolos dan membuat beberapa aksi hebat menyelamatkan bola pada penampilan pertama di Old Trafford.

     Patrice Evra menjadi kapten pasukan akibat kecederaan Vidic dan de Gea di posisi gol. Chris Smalling bermain di bek kanan, sementara Phil Jones bergandingan dengan Jonny Evans untuk pertahanan tengah. Luis Nani, Tom Cleverley, Anderson dan Ashley Young melengkapkan barisan midfield dan  Danny Welbeck bermula sedikit di hadapan posisi Wayne Rooney. Ini adalah pasukan kedua termuda United dalam Liga Perdana.

Monday, August 22, 2011

Alex Ferguson - Berbatov bukan untuk dijual.

     Paris - Penyerang Manchester United telah menarik minat kelab Perancis Paris Saint Germain (PSG) tetapi pengurus Alex Ferguson tidak mahu pemain Bulgaria itu meninggalkan juara liga England itu.

     "Saya telah bercakap dengan Alex  Ferguson di telefon, namun beliau memberitahu saya bahawa beliau mengharapkan Berbatov dan dia bukan untuk dijual," Pengarah Sukan PSG Leonardo memberitahu www.francefootball.fr selepas kemenangan 2-1 ke atas Valenciennes.

     Berbatov kehilangan tempat kesebelasan utama kepada Javier Hernandez musim lalu dan pemain muda Danny Welbeck lebih diutamakan musim ini disebabkan kecederaan Hernandez.

     PSG telah dibeli oleh pelabur Qatar Mei lalu dan telah memulakan perbelanjaan besar untuk memberikan cabaran di Perancis dan Eropah. (Reuters)

Sunday, August 21, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Tottenham Hotspur.

     Old Trafford bersedia untuk perlawanan pertama liga musim 2011/12 dengan menanti kunjungan Tottenham - dua pasukan yang sentiasa menyajikan perlawanan hebat setiap kali bertemu dan tidak pernah mengecewakan kedua belah penyokong.

     Pasukan bimbingan Harry Redknapp akan berdepan pasukan Alex Ferguson untuk perlawanan besar pertama dan terpenting musim ini. Pertemuan kedua-dua pasukan sentiasa mempamerkan mutu permainan yang tinggi serta tidak lari daripada kontroversi.

Previu - Manchester United vs Tottenham Hotspur.

Tarikh: 23 Ogos 2011 Tempat: Old Trafford Masa: 3 AM

    
     Manchester United akan bermain tanpa khidmat Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Rafael yang cedera.

     Jonny Evans hampir pasti berganding dengan Phil Jones di bahagian tengah pertahanan, sementara bek kiri Patrice Evra kembali cergas walaupun terlepas perlawanan minggu lalu akibat kecederaan lutut.

Saturday, August 20, 2011

Vidic berehat lima minggu tetapi Ferdinand mungkin cergas menentang Arsenal.

     Terdapat berita baik dan buruk ketika sesi sidang media Sir Alex Ferguson menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur Isnin ini.

     Dari aspek positif Patrice Evra kembali cergas, sementara Chicharito dan Antonio Valencia menunjukkan peningkatan semasa latihan dan Darren Fletcher tidak mengalami apa-apa kecederaan selepas perlawanan pasukan simpanan menentang Arsenal awal minggu ini.

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 3.

     Pada April 1934, Wilf Wild (pengurus Manchester City dari 1932 hingga 1946) menandatangani Sam Barkas dari Bradford City dengan yuran perpindahan £5,000. Barkas mempunyai keupayaan 'mencipta permainan positif daripada posisi pertahanan'. Dengan kemunculan pemain seperti Eric Brook, Alec Herd, Fred Tilson, Ernie Toseland, Frank Swift, Jackie Bray and Billy Dale, City dilihat sebagai kelab yang mampu memberi saingan kepada dominasi Arsenal yang memenangi gelaran liga tiga kali berturut-turut, musim 1932/33, 1933/34 dan 1934/35.

     Rekod penonton seramai 79,491 menyaksikan perlawanan Manchester City bertemu Arsenal di Maine Road pada 23 Februari 1935. Eric Brook menjaringkan satu gol buat City untuk keputusan seri 1-1. Walaubagaimanapun ia adalah musim yang mengecewakan buat City yang hanya mampu menduduki tangga ke sembilan liga. Musim tersebut Sir Matt hanya bermain dalam 33 daripada 42 perlawanan.

Thursday, August 18, 2011

Phil Jones yakin gandingan dengan Chris Smalling bagi menggantikan Ferdinand dan Vidic.


     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson perlu membuat keputusan antara Jonny Evans, Jones dan Smalling, siapa yang akan bermain di bahagian tengah pertahanan untuk beberapa minggu mendatang apabila gandingan utama Nemanja Vidic and Rio Ferdinand mengalami kecederaan sewaktu kemenangan  2-1 United ke atas West Brom.

Wednesday, August 17, 2011

Gosip - Wesley Sneijder sanggup potong gaji.

     Wesley Sneijder telah mengurangkan permintaan gaji untuk memastikan perjanjian perpindahan ke Manchester United berjalan lancar.

     Bintang Belanda itu bimbang, seolah-olah telah menutup peluang beliau untuk meninggalkan Inter apabila meminta gaji mingguan £200,000.

     Sneijder kini bersedia untuk mengurangkan jumlah itu sebanyak £60,000 seminggu.

Tuesday, August 16, 2011

Peter Schmeichel - Jangan bimbang! De Gea akan menyinar di United.

     Sir Alex Ferguson telah melalui semuanya, musim baru dan isu penjaga gol. Pengurus Manchester United tidak perlu panik dan tiada sebab untuk itu.

     Tetapi hanya selepas dua perlawanan dengan dua - boleh dikatakan tiga - kesilapan daripada pemain muda Sepanyol David de Gea, Ferguson berharap pemain paling penting ditandatanganinya musim panas ini dapat akhirnya menyesuaikan diri di Old Trafford.

Monday, August 15, 2011

Alex Ferguson - Tiada masalah dengan kecederaan.


     Sir Alex Ferguson bersedia membuat rombakan benteng pertahanan United selepas pemain utama dibahagian itu dibelenggu masalah kecederaan seawal perlawanan pertama.

     Kedua-dua tunjang pertahanan tengah Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand dikeluarkan pada perlawanan semalam dengan United menewaskan West Brom 2-1. Manakala bek kanan Rafael sebelum itu menyertai bek kiri Patrice Evra dalam senarai kecederaan apabila terkehel bahu sewaktu latihan hari Jumaat lalu.

West Brom vs Manchester United 1-2



     Juara Liga Perdana memulakan musim 2011/12 dengan kemenangan tipis mengatasi West Brom di Hawthorns hasil gol daripada Wayne Rooney dan jaringan sendiri pertahanan Steven Reid.

     Rooney memecah kebuntuan gol tetapi pemain baru West Brom Shane Long merembat rendah melepasi David De Gea untuk menjaringkan gol penyamaan dan Ashley Young yang membuat penampilan pertama liga mencipta gol kemenangan dengan sembilan minit baki perlawanan.

Saturday, August 13, 2011

Previu - West Brom vs Manchester United

Alex Ferguson dan Roy Hodgson

Tarikh: 14 Ogos 2011 Tempat: The Hawthorns Masa: 11 malam.

     Pasukan Sir Alex Ferguson dilihat sebagai pasukan yang perlu ditewaskan musim ini selepas menewaskan seteru setempat Manchester City dalam Community Shield Ahad lalu walaupun ketinggalan dua gol pada separuh masa.

Thursday, August 11, 2011

Top 5 - Pemain United yang berpindah ke Newcastle.

     Gabriel Obertan melengkapkan perpindahan ke Newcatle United Selasa lalu. Antara sebab utama menjadi pendorong kepada beliau untuk meninggalkan Manchester United adalah beliau mahukan lebih masa bermain.
     
     Dengan saingan yang hebat di Old Trafford untuk tempat dalam kesebelasan utama, Obertan merasakan sudah sampai masanya beliau berpindah. Kita lihat pemain-pemain lain yang telah berpindah ke Newcastle selepas kurang menyerlah di United.

Video - Roy Keane the real captain fantastic.'

Happy birthday Keano!

Wednesday, August 10, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 4


1964-1971 - Jersi home Manchester United.

Pada musim 1964/65, United ada ketikanya bertukar daripada memakai setoking putih kepada stoking merah. Perubahan ini kekal pada musim 1965/66. Jersi ini adalah yang paling terkenal dengan pemakainya termasuk George Best, Denis Law, Bobby Charlton, Nobby Stiles, Brian Kidd dan Paddy Crerand.

Tuesday, August 9, 2011

Obertan - Saya tinggalkan United untuk bermain.

Obertan sah sebagai pemain Newcastle
     Selepas menandatangani perjanjian lima tahun dengan Newcastle, Gabriel Obertan telah meluahkan mengapa beliau meninggalkan Manchester United.

     Pemain Perancis itu yang menyertai United dua tahun lalu dengan kos £3juta, merupakan kejutan bekas pengurusnya di Bourdeux Laurent Blanc, yang merasakan Obertan belum cukup baik buat United.

Monday, August 8, 2011

Manchester City vs Manchester United 2-3 - Nani memastikan kemenangan United pada penghujung perlawanan.

Nani menjaringkan gol penyamaan United
    
     Nani menjaringkan gol pada masa kecederaan buat Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan saingan tradisi Manchester City dalam perlawanan Community Shield.

     Pemain Portugal itu meloloskan diri daripada garisan tengah padang pada minit keempat masa kecederaan untuk menambah gol kedua peribadi beliau.

Saturday, August 6, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 2.

    
     Sir Matt menyertai Alpine Villa dan pada tahun 1927 kelab tersebut menjuarai Piala Scotland bawah 18 tahun. Aksi beliau telah ditonton pegawai pencari bakat bolasepak dari Rangers dan Celtic.

      Anak Sir Matt, Sandy Busby kemudian berkata: "Beliau pergi ke Rangers untuk latihan pemilihan. Kemudian mereka mendapat tahu beliau adalah seorang Katolik, dan pihak Celtic juga tahu beliau telah menjalani latihan pemilihan di Rangers. Namun apa yang berlaku ada hikmah sebaliknya apabila beliau tiba di Manchester." 

Video - Berlatih bersama Manchester United.

Friday, August 5, 2011

Top 5 - Community / Charity Shield antara seteru setempat.

     Perlawanan antara Manchester United dan musuh setempat Manchester City Ahad ini adalah kali ke tujuh melibatkan seteru setempat dalam perlawanan Community (Charity) Shield.

     Liverpool dan Everton telah berdepan sesama mereka sebanyak tiga kali, termasuk dua kali dalam masa dua tahun pada era 1980an. Wolves dan West Bromwich juga Arsenal dan Tottenham pernah bertemu, sementara United dan City bertemu pada 1956.

     Adakah ini permulaan dominasi dua kelab dari Manchester?. Kita lihat top 5 perlawanan Community / Charity Shield melibatkan seteru setempat.

Cantona - United tetap melangkah ke depan.


     Persaraan atau perpindahan pemain-pemain utama dari Old Trafford tidak akan menghalang Manchester United daripada melangkah maju ke hadapan, demikian mengikut salah seorang lagenda United Eric Cantona.

     Cantona kembali ke Old Trafford minggu ini bersama pasukan barunya New York Cosmos yang bakal menjadi pasukan lawan dalam perlawanan testimoni Paul Scholes.

Thursday, August 4, 2011

Cantona - Manchester United perlu dapatkan Sneijder.

     Eric Cantona telah menyarankan kepada Manchester United untuk mendapatkan Wesley Sneijder yang dianggarkan £35juta, dengan menegaskan: "Dia mengingatkan saya kepada diri saya sendiri."

     Mengikut laporan pada awal minggu ini, pemain midfield Inter Milan itu dalam dilema untuk memilih tawaran untuk meninggalkan Serie A dan menjadi pemain rekod termahal di Old Trafford.

Wednesday, August 3, 2011

Ashley Young - Saya mampu menyinar di United.

     Ashley Young meramalkan beliau akan menutup mulut pengkritik dan siapa sahaja yang meragui bahawa beliau akan berjaya di Manchester United.

     Pemain 26 tahun ini melengkapkan perpindahan £16juta dari Aston Villa pada awal musim panas lalu.

      Daripada aksi yang dipamerkan sepanjang perlawanan siri jelajah United di US, beliau seolah-olah cepat menyesuaikan diri dalam pasukan juara Liga Perdana itu.

Tuesday, August 2, 2011

Valencia tandatangan perjanjian baru.


     Antonio Valencia telah menandatangani perjanjian baru dan melanjutkan karier beliau di Old Trafford untuk tempoh empat tahun lagi iaitu hingga penghujung musim 2014/15.

     Pemain Ecuador yang berusia 25 tahun itu menyertai United dari Wigan Athletic pada musim panas 2009 dan telah membuat 69 penampilan dan menjaringkan 10 gol. Beliau telah memenangi satu gelaran liga dan medal Piala Carling.

Monday, August 1, 2011

Gosip - Sneijder enggan menafikan perpindahan ke United.

     Sasaran Manchester United, Wesley Sneijder semalam enggan menafikan atau menidakkan kebarangkalian beliau berpindah ke Old Trafford.

     Sir Alex Ferguson berminat membawa Sneijder ke Liga Perdana sekaligus melengkapkan perbelanjaan musim panas United yang setakat ini berjumlah £55juta untuk tiga pemain Phil Jones, Ashley Young dan David de Gea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...