Friday, September 30, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik antara Manchester United dengan Norwich City.

     Norwich City akan berkunjung ke Old Trafford Sabtu ini dengan kali terakhir kedua pasukan bertemu enam tahun lalu. Pada penghujung musim 2004/05 Norwich tersingkir daripada Liga Perdana namun kejayaan menewaskan United pada musim itu kekal menjadi salah satu memori.

     Sepanjang sejarah pertemuan tidak banyak jaringan besar dilakukan dengan kedua pasukan saling punyai rekod sama rata. Untuk itu pertemuan semula di Old Trafford pastinya akan menguji kedua pasukan tetapi kelebihan nyata di pihak tuan rumah. Kita lihat top 5 pelawanan klasik kedua pasukan.

Thursday, September 29, 2011

Alex Ferguson bimbang dengan prestasi namun yakin untuk layak ke pusingan seterusnya.


Ashley Young menjaringkan gol penyamaan.

     Keputusan seri dramatik dengan Basle menyebabkan Sir Alex mengakui bahawa United perlu 'menyelamatkan' kempen Champions League kali ini selepas hanya mengutip dua mata selepas dua perlawanan dalam kumpulan C.

     "Kami bermain dengan terlalu ramai berada di bahagian serangan pada satu-satu masa, terlalu ramai, dan walaupun kami membuat persediaan mungkin pemain-pemain menganggap mereka boleh melakukan (menewaskan) pasukan seperti Basle," kata Sir Alex.

Tuesday, September 27, 2011

Dimitar Berbatov akan turun menentang Basel.

Gol terakhir peringkat Eropah pada Okt 2008
     Dimitar Berbatov sekali lagi berharap akan mengisi posisi serangan selepas Wayne Rooney terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan berturut-turut akibat kecederaan hamstring dan Javier Hernandez akibat kecederaan kaki semasa seri 1-1 dengan Stoke City.

     Jika beliau sebagaimana perlawanan bertemu Stoke bermula dalam perlawanan menentang Basel malam ini, maka ia adalah permulaan ketiga beliau dalam Champions League tahun 2011 dengan yang terakhir pada perlawanan separuh akhir musim lalu ketika United menewaskan pasukan Jerman Schalke 4-1 di Old Trafford.

Sunday, September 25, 2011

Kami bermain seperti juara.

     Sir Alex Ferguson berkata pasukannya bermain seperti juara selepas bertarung untuk keputusan seri 1-1 dengan Stoke City.

     United berada di depan hasil gol solo cantik daripada Nani, tetapi Stoke telah membuktikan musim ini bahawa kunjungan pasukan besar tidak sedikit pun menggentarkan mereka malahan penjaga gol United David de Gea lebih sibuk di bahagian gol.

     Peter Crouch menyamakan kedudukan pada minit ke 52 dan Sir Alex berpendapat keputusan seri adalah keputusan yang saksama.

Saturday, September 24, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Stoke City.

      Stoke City terkenal dengan permainan fizikal terutama di laman sendiri. Kebanyakkan kelab utama kerap kali berdepan masalah untuk pulang dengan tiga mata penuh dan jauh sekali untuk mendapatkan keputusan dengan jaringan besar.         

     United akan berkunjung ke stadium Brittania berbekal rekod prestasi cemerlang permulaan musim, namun sudah pasti Stoke City akan menjadi medan ujian buat pelawat. Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita lihat top 5 perlawanan klasik dalam semua kejohanan.

Thursday, September 22, 2011

Blast from the Past - Imbasan 17 tahun dahulu dalam Piala Liga.

Tujuh belas tahun lalu, United mengundang kontroversi apabila menurunkan pasukan 'lemah' pada perlawanan pusingan kedua Piala Liga yang berlangsung di Vale Park 21 Sep 1994.

     Sebagaimana yang berlaku di Leeds United, Sir Alex sekali lagi mengambil kesempatan dengan membuat rombakan besar pasukan . Hanya dua pemain tersenarai dalam kesebelasan utama selepas turun menentang Liverpool lima hari sebelumnya iaitu Denis Irwin dan David May.

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 5.

1972 - 1975 - Jersi Home Manchester United.

Musim 1972/73, United menggunakan lambang kelab di dada buat pertama kali. Ia di hasilkan oleh syarikat di Manchester, Umbro. Jersi putih dan kuning tempat lawan juga dikeluarkan semula dengan sentuhan tambahan. Bintang baru seperti Steve Coppell dan Lou Macari juga memakai jersi yang sama ketika musim 1974/75 ketika United dalam Divisyen 2.

Wednesday, September 21, 2011

Alex Ferguson berpuas hati dengan aksi pemain muda.

     Biarpun pemain yang lebih berpengalaman Michael Owen dan Ryan Giggs menjaringkan gol untuk melayakkan United ke peringkat seterusnya Piala Liga, Sir Alex Ferguson berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh kumpulan pemain muda yang diberi peluang beraksi di Elland Road.

     Kematangan yang ditunjukkan Zeki Fryers dalam 80 minit permainan menentang Leeds sebelum terpaksa dikeluarkan akibat kekejangan. Sementara pemain muda lain Paul Pogba dan Larnell Cole juga memberikan aksi cemerlang masing-masing dalam perlawanan ini.

Tuesday, September 20, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Leeds United.

     Saingan antara Manchester United dengan Leeds United juga terkenal dengan Roses Rivalry. Persaingan ini berasal daripada permusuhan yang kuat antara dua daerah bersejarah Lancashire dan Yorkshire, yang dipercayai bermula pada ketika Wars of the Roses kurun ke 15.

     Walaupun bandar Leeds dan Manchester dipisahkan dengan jarak 64 km, namun tradisi dan perasaan yang kuat tetap terpelihara dan kukuh antara keduanya. Kajian bebas oleh Football Fans Census menunjukkan persaingan antara Leeds dan United berada ditangga tiga teratas dalam tiga pasukan teratas.

     Menjelang perlawanan pusingan ketiga Piala Liga menentang Leeds United di Elland Road, kita imbas kembali top 5 perlawanan klasik melibatkan kedua pasukan dalam setiap kejohanan.

Monday, September 19, 2011

Blast from the Past - Pemain yang pernah bermain untuk Manchester United dan Chesea.

     Persaingan antara Manchester United dan Chelsea menjadi tumpuan selepas era Roman Abramovich. Billionaire Russia itu membeli Chelsea pada 2003 dan bermulalah empayar baru kelab barat London itu.

     Dengan melantik Jose Mourinho sebagai pengurus pada 2004, Chelsea akhirnya menamatkan penantian 50 tahun mereka untuk menjadi juara liga yang juga gelaran kedua dalam sejarah kelab. Dalam tujuh musim yang lalu United memiliki empat gelaran liga dan bakinya memihak kepada Chelsea. Tidak hairanlah setiap kali kedua pasukan bertemu ia dianggap perlawanan penentu kejuaraan biarpun diawal musim.

     Kita lihat senarai pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua pasukan.

Blast from the Past - Rekod perlawanan pertama pengurus Chelsea berdepan Sir Alex Ferguson.

     United terus mengekalkan permulaan cemerlang musim ini dengan mencatat kemenangan kelima daripada lima perlawanan selepas menundukkan Chelsea 3-1 semalam. Kini pasukan Old Trafford itu dalam laluan menyamai rekod 10 kemenangan pada musim 1985/86 iaitu sebelum Alex Ferguson menjadi pengurus.

     Walaupun bermula dengan cemerlang namun United gagal mengekalkan momentum apabila kecederaan pemain-pemain utama seperti kapten Bryan Robson yang hanya dapat bermain 21 daripada 42 perlawanan liga. United pada musim tersebut hanya mampu untuk menamatkan musim ditangga keempat.

     Berikut adalah rekod pertemuan perlawanan pertama setiap pengurus Chelsea menentang pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson semenjak beliau mengambil alih United pada November 1986.

Saturday, September 17, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 5.

     Selepas Manchester United cuba untuk menandatangani Sir Matt dari Manchester City pada 1930, beliau menjadi kawan baik dengan pegawai United Louis Rocca. Hubungan mereka juga dibantu oleh hakikat yang mereka berdua adalah ahli dalam kelab Manchester Catholic Sportsman.

     United terdesak untuk mendapatkan pengurus untuk mengambil alih jawatan tersebut daripada setiausaha kelab Walter Crickmer selepas perang dan mesyuarat lembaga pengarah diadakan pada Disember 1944 untuk menentukan calon pengurus baru.

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Chelsea.

     Menjelang pertemuan United dengan Chelsea Ahad ini walaupun musim baru bermula, ia dilihat sebagai perlawanan penentu kejuaraan liga dengan pemenang akan memiliki kelebihan psikologi terhadap lawan. Kita imbas top 5 perlawanan antara kedua-dua pasukan dalam kesemua kejohanan.

5. Manchester United vs Chelsea 3-3, 23 Sep 2000, Old Trafford.

     Kedua-dua pasukan berazam untuk menjadi juara liga walaupun musim belum bermula tetapi Chelsea tiba di Old Trafford dengan mencatat satu kemenangan daripada enam perlawanan. Chelsea kelihatan bersungguh-sungguh apabila Jimmy Floyd Hasselbaink membuka jaringan pada minit ke tujuh. United kemudian memberi respons dengan tiga gol daripada Paul Scholes, Teddy Sheringham dan David Beckham dalam separuh masa pertama untuk menambah tekanan kepada the Blues.
    
     Namun sebelum tamat separuh masa pertama penjaga gol United Raimond van der Gouw gagal mengawal bola untuk membolehkan Tore Andre Flo menanduk masuk gol kedua Chelsea. Pada minit ke 65  Graeme le Saux mengeluarkan bola di atas garisan gol daripada percubaan Andy Cole dan ini nyata sangat penting kerana empat minit kemudian Flo sekali lagi menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan sekaligus memberikan satu berharga buat Claudio Ranieri.

Thursday, September 15, 2011

Alex Ferguson - Saya berpuas hati dengan satu mata.

     Sir Alex Ferguson menyatakan rasa puas hati dengan satu mata selepas menyaksikan pasukannya hanya mampu seri 1-1 dengan Benfica dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League.

     Beliau kagum dengan kemampuan United yang bangkit daripada ketinggalan satu gol, di mana Ryan Giggs menjaringkan gol cantik untuk menyamakan kedudukan buat United selepas Oscar Cardozo memberikan kelebihan buat tuan rumah.

Tuesday, September 13, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Benfica.

      Pertembungan peringkat Eropah antara United dengan Benfica bukanlah sesuatu yang baru malah Benfica pernah menjadi salah satu kuasa besar bolasepak pada hujung tahun 50an dan awal 60an.

     Menjelang perlawanan peringkat kumpulan Champions League antara kita imbau top 5 perlawanan terdahulu antara kedua-dua pasukan.

5. Manchester United vs Benfica 3-1, 06 Dis 2006, Old Trafford.

     Manchester United bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Benfica dan memastikan layak ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan.

     Benfica di depan pada separuh masa pertama apabila pertahanan  Marcos Nelson membuat rembatan kencang daripada jarak 25 ela. Namun itu hanya membangkitkan semangat United dan Nemanja Vidic menyamakan kedudukan hasil daripada tandukan.

     Ryan Giggs menambah gol kedua juga menerusi tandukan sebelum Louis Saha melengkapkan keputusan 3-1.

Monday, September 12, 2011

Cleverley tidak dapat beraksi selama empat minggu.

     Sir Alex Ferguson telah mengesahkan bahawa Tom Cleverley tidak akan dapat beraksi dalam masa empat minggu selepas digantikan pada awal babak pertama ketika kemenangan ke atas Bolton Sabtu lalu.

     Pada awalnya dibimbangi pemain midfield itu - yang memulakan kempen musim ini dengan cemerlang- mengalami keretakan tulang kaki selepas menerima terjahan daripada belakang oleh kapten Bolton Kevin Davies.

     Ferguson memberitahu ManUtd.com pada hari Ahad yang Cleverley hanya mengalami kerosakan ligamen kaki dan bukannya keretakan tulang.

Sunday, September 11, 2011

Blast from the Past - Pemain yang menjaringkan hatrik berturut-turut.

     Rooney menjadi pemain keempat selepas Les Ferdinand, Ian Wright dan Didier Drogba menjaringkan hatrik berturut-turut dalam dua perlawanan dalam sejarah Liga Perdana.

      Beliau kini dalam laluan untuk memecahkan rekod hatrik berturut-turut dalam tiga perlawanan minggu depan apabila United menanti kunjungan Chelsea - rekod yang masih kekal sejak 65 tahun lalu.

     Pemain terakhir yang mencatat tiga hatrik berturut-turut ialah pemain Liverpool Jack Balmer pada tahun 1946. Pemain lain yang turut berkongsi rekod tersebut adalah pemainTottenham Hotspur Frank Osborne pada 1925 dan Tom Jennings dari Leeds United pada 1926.

Thursday, September 8, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Bolton Wanderers.

     Menjelang perlawanan liga menentang Bolton Wanderers Sabtu ini kita imbas semula top 5 perlawanan klasik melibatkan kedua-dua pasukan.

5. Bolton Wanderers vs Manchester United 2-0, 03 Mei 1958, Wembley.

     Bolton menjuarai Piala FA sekaligus menamatkan tradisi Wembley - pertama kali pasukan yang tewas perlawanan akhir musim lalu kembali ke Wembley dan tewas buat kali kedua.

     Nostagianya ini dianggap perlawanan akhir buat United, tiga bulan sebelum itu United telah layak ke pusingan ke lima, pasukan yang telah dihancurkan oleh Tragedi Munich.

     Bolton membuka jaringan seawal minit kedua hasil jaringan jarak dekat Nathan Lofthouse. Penjaga gol United banyak menyelamatkan gawang daripada percubaan bahaya Bolton.

     Namun selang tiga minit selepas percubaan Bobby Charlton terkena tiang, perlawanan terus memihak kepada Bolton apabila mereka menjaringkan gol kedua kontroversi. Rembatan Dennis Stevens ditepis Harry Gregg ke udara dan Lofthouse mengasak penjaga gol dan bola melepasi garisan gol.

Tuesday, September 6, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Arsenal.

     Perlawanan liga antara Manchester United dengan Arsenal yang berkesudahan pasukan pelawat dibenam 8-2 di Old Trafford secara tidak langsung meneruskan kesinambungan saingan tradisi antara dua pasukan utama England ini.

     Dengan penggantungan, kecederaan dan penghijrahan dua pemain utama Cesc Fabregas dan Samir Nasri, Arsenal jelas tempang dan jumlah jaringan jelas mendedahkan kepincangan sedia ada. Kita imbas top 5 perlawanan klasik antara dua pasukan dalam sejarah Liga Perdana.

Saturday, September 3, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 4.

     Pengurus Liverpool George Patterson menandatangani Sir Matt pada 12 Mac 1936 dengan kos £8,000. Beliau membuat penampilan sulung dua hari kemudian, pada 14 Mac, menentang Huddersfield Town di tempat lawan namun tewas 1-0. Bulan berikutnya beliau menjaringkan gol pertama buat Liverpool ketika seri 2-2 dengan Blackburn Rovers di Ewood Park.

     Sir Matt kemudiannya menjadi pemain tetap jersi nombor 4 mengenepikan pemain sebelum ini Ted Savage. Beliau jarang sekali terlepas perlawanan dalam tempoh tiga musim berikutnya. Prestasi konsisten ini membuatkan Sir Matt dilantik sebagai kapten Liverpool dan mengemudi kelab ke tahap yang lebih baik.

Thursday, September 1, 2011

Manchester United: Kenapa perlu henti panggil mereka Man U?

Ulangtahun ke 50 Tragedi Munich
     Dalam arena sukan hari ini (terutamanya bolasepak) sejarah merupakan salah satu aspek yang penting buat kelab. Bagi kelab-kelab tertentu, sejarah berkaitan secara langsung dengan beberapa tokoh yang telah melaluinya dan manakala yang lain memperkatakan kejuaraan yang dimenanginya.

     Walaubagaimanapun, Manchester United adalah antara kelab yang menggabungkan kedua-dua aspek. Peminat boleh mendengar cerita mengenai George Best and Eric Cantona bersama dengan berapa kejuaraan yang telah dimenangi mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...