Wednesday, November 30, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Crystal Palace.

     Menjelang pertemuan dalam Piala Liga antara kedua pasukan kita imbas top 5 pertemuan United dengan Crystal Palace dalam semua kejohanan.

5. Manchester United vs Crystal Palace 4-2, 18 Nov 1970, Pusingan 5 Piala Liga, Old Trafford.

Brian Kidd
     Musim 1970/71 menyaksikan permulaan buruk United dalam liga dengan hanya lima kemenangan daripada 17 perlawanan. Namun dalam saingan Piala Liga, United yang sebelumnya menewaskan Aldershot, Portsmouth dan Chelsea, menanti kunjungan Palace.

     Terdahulu dalam perlawanan liga menentang Palace pada 10 Oktober, United tewas tipis 1-0 di Old Trafford. Namun keputusan perlawanan ini memihak United dengan mencatat kemenangan 4-2. Gol-gol United dijaringkan oleh Brian Kidd dengan dua gol manakala Bobby Charlton dan Fitzpatrick masing-masing dengan satu gol.

Ryan Giggs - The Living Legend.

     Ryan Giggs genap 38 tahun semalam 29 November, dan tiada apa perlu dipersoalkan mengenai pemain kelahiran Wales ini akan diingati sebagai pemain paling penting dan hebat di Old Trafford apabila beliau mengambil keputusan untuk bersara.

     Sekiranya anda mengikuti United sejak Giggs membuat penampilan pertamanya pada Mac 1991, anda akan bersetuju dengan kenyataan di atas; jika anda mula menyokong United pada pertengahan 1990an, anda mempunyai idea yang kukuh bagaimana hebatnya Giggs; dan sekiranya anda hanya menonton beliau dalam masa 10 tahun kebelakangan ini pastinya anda akan bersetuju bahawa beliau adalah pemain United yang terbaik antara yang terbaik.

Tuesday, November 29, 2011

Alex Ferguson - Paul Pogba bakal diturunkan menentang Crystal Palace.

     Menjelang perlawanan Piala Liga Rabu ini menentang Crystal Palace, Sir Alex Ferguson telah mengesahkan United akan menurunkan barisan pemain muda seperti biasa dilakukannya sebelum ini.
    
     Palace yang berada di tangga ke-10 Liga Championship dan berjaya mengalahkan pendahulu liga Southampton, bulan lalu.

     Ferguson meletakkan keyakinan terhadap pemain-pemain muda dan menyatakan Paul Pogba sebagai pemain yang mungkin berada dalam kesebelasan utama. Pogba bermain 45 minit menentang Leeds dan 30 minit menentang Aldershot setakat ini.

Patrice Evra ambil positif daripada seri 1-1 dengan Newcastle.

     Sepakan penalti menyamakan kedudukan yang mengundang kontroversi Demba Ba adalah punca kekecewaan penyokong tuan rumah dan pemain United, namun pemain bek Perancis itu merasakan pasukannya mula menunjukan corak serangan sebagaimana permulaan musim lalu. Beliau yakin sekiranya United mampu kekal dengan permainan sebegitu mereka mampu menjadi juara liga, Mei nanti.

Saturday, November 26, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Newcastle United.

     Menjelang pertemuan Manchester United dan Newcastle United hujung minggu ini kita imbas top 5 perlawanan klasik kedua pasukan.

5. Manchester United vs Newcastle United 2-0, 22 Mei 1999, Akhir Piala FA, Wembley.

Sheringham dan Scholes
     Setahun yang lalu Newcastle tewas kepada Arsenal di Wembley dan sekali lagi berjaya ke akhir musim ini. Keseluruhan permainan lebih menguasai perlawanan dan persembahan Newcastle amat membimbangkan jurulatih Ruud Gullit.

     Kesebelasan utama United kehilangan Denis Irwin yang digantung dan Dwight Yorke yang direhatkan untuk perlawanan akhir Champions League. Tempat Irwin digantikan Phil Neville, Ole Gunnar Solskjaer untuk Yorke, dan Jaap Stam direhatkan dengan David May bergandingan Ronny Johnsen ditengah pertahanan.

Friday, November 25, 2011

Did you know? - Alan Shearer tolak tawaran Manchester United sebanyak dua kali.

Shearer bersama Southampton
     Musim panas 1991, Shearer adalah sebahagian pasukan kebangsaan England bawah 21 tahun yang beraksi dalam kejohanan antarabangsa di Toulon, Perancis. Shearer muncul bintang kejohanan tersebut apabila beliau menjaringkan tujuh gol dalam empat perlawanan.

     Pada musim 1991/92, Shearer menjadi pemain paling menyerlah dalam liga domestik. Dengan 13 gol dalam 41 penampilan buat Southampton, beliau disenaraikan dalam pasukan England dan menjaringkan gol dalam perlawanan debutnya menewaskan Perancis 2-0 pada Februari 1992.

     Prestasi menyerlah ini telah menyebabkan beliau dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Manchester United. Malahan kemungkinan perpindahan telah dikhabarkan sejak musim luruh tahun 1991 lagi, namun beliau menolak tawaran dengan alasan untuk menghabiskan kontrak bersama Southampton.

Blast from the Past - Pemain yang bermain untuk Manchester United dan Newcastle.

     Menjelang perlawanan antara Manchester United dan Newcastle hujung minggu ini, kita imbas senarai pemain-pemain yang pernah bermain dengan kedua pasukan.

1. Andy Cole.

Newcastle United (1993-1995)
Penampilan : 70
Gol : 55

Manchester United (1995-2001)
Penampilan : 245
Gol : 121
Kejayaan : Liga Perdana 1995/96, 1996/97, 1998/99, 1999/00 & 2000/01, Piala FA 1996 & 1999, Charity Shield 1996 & 1997, Champions League 1999, Intercontinental Cup 1999.

Danny Simpson mahu buktikan kepada Alex Ferguson.

     Danny Simpson bersedia untuk membuktikan bahawa Sir Alex Ferguson membuat keputusan yang salah dengan membenarkan beliau meninggalkan United.

     Pemain bek kanan itu kembali buat kali pertama ke Old Trafford esok sejak dipinjamkan ke Newcastle dua tahun lalu. Beliau menandatangani penjanjian untuk kekal sebagai pemain Toon Army, dengan pasukannya mahu memberi kejutan kepada United.

Tom Cleverley mungkin kembali beraksi lebih awal.

     Tom Cleverley bakal memberikan Manchester United berita baik dengan kembali beraksi lebih awal daripada jangkaan asal.

     Pengurus United Sir Alex Ferguson sebelum ini memberitahu Cleverley akan diketepikan sehingga Krismas disebabkan kecederaan ligamen buku lali.

     Namun menurut laporan pemain midfield itu dijangka cergas lebih awal dan mungkin dapat beraksi dalam masa tiga minggu.

Thursday, November 24, 2011

Sejarah Ulangtahun ke-60 Busby Babes.

Busby Babes sebelum perlawanan menentang Red Star Belgrade 1958
     Ungkapan Busby Babes pertama kali digunakan dalam media cetak pada tahun 1951. Frank Nicklin, sub-editor di Manchester Evening News mencipta ungkapan itu dalam laporan perlawanan Liverpool dengan Manchester United pada 24 November 1951 yang menyaksikan penampilan pertama dua pemain muda United iaitu Jackie Blanchflower 18 tahun dan Roger Byrne 22 tahun. Selepas itu ungkapan keramat tersebut kekal sebagai rujukan untuk pemain muda berbakat Manchester United, dibangun dan diuruskan oleh Sir Matt bersama pembantunya Jimmy Murphy.

Blast from the Past - Perebutan gelaran liga musim 1995/96 antara Manchester United dan Newcastle United.

Kevin Keegan
     Musim 1995/96 akan kekal diingati terutama persaingan sengit antara pengurus Newcastle Kevin Keegan dan rakan sejawat di United Alex Ferguson.

     Newcastle yang pada satu ketika mendahului liga dengan 12 mata, akhirnya hanya mampu menjadi naib juara empat di belakang United.

     Pasukan bimbingan Keegan memasuki Disember 1995 seakan-akan tidak 'terkejar' oleh mana-mana pasukan lain.

Wayne Rooney "sangat diragukan" kecergasannya untuk berdepan Newcastle.

     Wayne Rooney masih diragui tahap kecergasannya menjelang perlawanan liga menentang Newcastle Sabtu ini.  Rooney terlepas perlawanan Champions League menentang Benfica yang menyaksikan United hanya mampu seri 2-2. Kecederaan pinggul dialami beliau ketika kemenangan 1-0 United ke atas Swansea.

     Menurut sumber penyerang England ini "sangat diragukan" tahap kecergasan beliau untuk mengemudi bahagian serangan berdepan Newcastle di Old Trafford, dengan pasukan Sir Alex Ferguson mahu mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga Manchester City.

Wednesday, November 23, 2011

Blast from the Past - Imbasan rekod United sebelum perlawanan terakhir kumpulan Champions League.

     Selepas hanya mampu seri 2-2 dengan Benfica, kini United di tempat kedua kumpulan C di belakang Benfica, juga diekori rapat Basel dengan satu mata. Dengan mengambil kira rekod head-to-head antara pasukan dalam kumpulan yang sama, Benfica adalah pilihan untuk menjuarai kumpulan, manakala United untuk menjadi juara kumpulan perlu mengalahkan Basel dan pada masa sama mengharapkan Otelul Galati mengelak kekalahan di Portugal.

    Format satu peringkat kumpulan (32 pasukan) dalam Champions League dimulakan pada musim 2003/04 dengan sebelum itu kejohanan ini menggunakan format kumpulan peringkat kedua (16 pasukan) selepas peringkat pertama. Kita imbas rekod United selepas perlawanan kelima kumpulan dan sejauh mana laluan mereka seterusnya.

Darren Fletcher - Kami kecewa dengan keputusan namun fokus untuk berdepan Basel.

Fletcher meraikan jaringan kedua United.
     Darren Fletcher mengakui walaupun kecewa dengan keputusan seri 2-2 dengan Benfica, namun beliau berpuas hati dengan kelayakan ke peringkat kalah mati Champions League musim ini masih lagi di tangan United dengan perlawanan terakhir kumpulan menentang Basel bulan depan.

Tuesday, November 22, 2011

Alex Ferguson - Kecederaan Rooney tidak serius.

     Sir Alex Ferguson menjangkakan Wayne Rooney akan cergas untuk berdepan Benfica di Old Trafford malam ini, sungguhpun beliau terlepas latihan sessi pagi semalam.

     Rooney tidak termasuk dalam kelompok 24 pemain yang berlatih di Carrington pagi semalam - kurang 36 jam sebelum perlawanan Champions League kumpulan C - namun pengurus United mengenepikan kebimbangan bahawa penyerang itu mengalami kecederaan serius pada sidang media pra-perlawanan UEFA dan memberi jaminan pemain nombor 10 itu akan  beraksi.

Eric Harisson - "Cleverley bakat terbaik selepas Scholes".

Eric Harisson (kiri) bersama Class of 1992
     Berikutan persaraan Paul Scholes hujung musim lalu, Tom Cleverley telah mengambil peluang untuk menggantikan bekas pemain antarabangsa England itu di bahagian tengah midfield United. Beliau menyinar ketika masuk sebagai pemain gantian pada kemenangan ke atas Manchester City dalam Community Shield.

     Walaupun kemunculannya dibayangi oleh beberapa siri kecederaan - terbaru beliau tidak dapat beraksi hingga Krismas - Cleverley masih disebut-sebut untuk mendapat tempat dalam pasukan England di kejohanan Euro 2012.

Blast from the Past - United tersingkir daripada Champions League selepas tewas kepada Benfica.


Ferdinand, Scholes dan Park ketika kalah kepada Benfica.
      Manchester United tersingkir daripada Champions League setelah tewas 1-2 kepada Benfica di  Stadium of Light, Lisbon. Paul Scholes memberikan United permulaan sempurna dalah usaha melayakkan diri ke peringkat kalah mati menerusi penyudah daripada jarak dekat selepas hanya enam minit.

     Namun gol tandukan Geovanni menyamakan kedudukan sebelum Beto merembat bola dari jarak 20 ela untuk gol kedua sejurus sebelum tamat masa pertama. Kekalahan ini bermakna pasukan Sir Alex Ferguson berada di tempat terakhir kumpulan D dan bermakna tidak layak walaupun untuk kejohanan Piala UEFA. Ini merupakan kali pertama United gagal melepasi peringkat kumpulan kejohanan elit bolasepak Eropah untuk 11 tahun.

Monday, November 21, 2011

Patrice Evra mungkin terlepas aksi menentang Benfica.

     Patrice Evra berkemungkinan terlepas aksi Manchester United dalam perlawanan Champions League menentang Benfica selepas dijangkiti virus.

     Pemain bek kiri itu dikeluarkan pada minit ke 51 ketika United menewaskan Swansea dan akan dilihat semula tahap kecergasan menjelang perlawanan kumpulan C di Old Trafford.

     Sekiranya beliau tidak dapat beraksi maka Fabio da Silva, yang menggantikan beliau di Swansea akan mengambil alih posisi bek kiri United. 

Ryan Giggs - United perlu bermain dengan lebih baik.

     Ryan Giggs mengakui United bermain dibawah kemampuan sebenar ketika menewaskan Swansea 1-0 pada Sabtu lalu sekaligus mencatat kemenangan kelima tanpa bolos.

     Pemain midfield veteran itu mencipta gol tunggal perlawanan yang disudahkan oleh Javier Hernandez, namun kecewa kerana United tidak dapat menambah jaringan pada 80 minit seterusnya.

Saturday, November 19, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Swansea.

     Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita lihat top 5 pertemuan klasik United dan Swansea. Kali terakhir Swansea beraksi dalam liga utama ialah musim 1982/83.

5. Swansea vs Manchester United 3-1, 16 Jan 1932, Divisyen Dua, Vetch Field.

     United tiba di Swansea dengan rekod tiga kekalahan berturut selepas Krismas termasuk dibelasah 7-0 oleh Wolvehampton Wanderers. Namun United gagal untuk menyekat kemaraan Swansea apabila tewas 3-1 kepada tuan rumah. Gol saguhati United dijaringkan oleh Arthur Warburton (gambar).

     Minggu berikutnya sekali lagi United tewas kali ini kepada Tottenham Hotspur di White Hart Lane sebelum menang tipis 3-2 ke atas Nottingham Forest di Old Trafford seminggu selepas itu.

Friday, November 18, 2011

Did you know? - Apa yang perlu anda tahu mengenai Swansea City.

  • Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1912.
  • Perlawanan profesional pertama ketika seri 1-1 menentang Cardiff City di Vetch Field pada 07 September 1912
  • Menjadi sebahagian daripada pasukan dalam Divisyen Tiga yang baru diperkenalkan dalam Football League pada 1920 .
  • Bermain di Divisyen Dua pertama kali pada 1925.

Phil Jones - Saya pernah membenci jaringan minit akhir Manchester United.

     Ketika mengadakan temubual dengan laman web rasmi Manutd.com,  Phil Jones mendedahkan bahawa detik paling digemari dan sentiasa diingatinya bersama United hingga setakat ini adalah kemenangan United ke atas City pada perlawanan Community Shield.

     United ketinggalan 2-0 selepas tamat separuh masa pertama namun kembali bangkit untuk menang 3-2, dengan Nani menjaringkan gol kemenangan pada minit keempat masa kecederaan.

     Jones mendedahkan sebelum beliau menyertai United, beliau sangat benci dengan kemampuan United menjaringkan gol minit-minit akhir sesuatu perlawanan, namun kini beliau menyukainya.

Gosip - Kelab Russia Anzhi Makhachkala berminat dapatkan Dimitar Berbatov.

Berbatov ketika dibangku simpanan.
     Penyerang Manchester United Dimitar Berbatov mungkin mempertimbangkan perpindahan ke kelab Russia Anzhi Makhachkala, menurut agennya.

     Kelab berbelanja besar Anzhi, yang sebelum ini pada musim panas lalu telah mendapatkan khidmat penyerang Inter Milan  Samuel Eto'o, dilaporkan bersedia untuk menawarkan £15 juta untuk pemain Bulgaria ini.

Warren Joyce kekal bersama Manchester United.

Warren Joyce
     Pengurus pasukan simpanan United Warren Joyce mengesahkan komitmen masa depan beliau dengan Manchester United selepas spekulasi mengaitkan beliau dengan jawatan pengurus kelab Championship, Hull City.

     Joyce, yang sebelum ini memegang jawatan tersebut antara tahun 1998 dan 2000, dikatakan bakal mengambil alih jawatan pengurus di KC Stadium apabila Nigel Pearson berhijrah ke  Leicester City minggu lalu.

Thursday, November 17, 2011

Nicky Butt sasar bidang pengurusan.

Nicky Butt
     Bekas pemain mindfield United  Nicky Butt mendedahkan bahawa beliau berminat untuk berpindah ke bidang pengurusan selepas menutup tirai kariernya sebagai pemain.

     Pemain 36 tahun ini bermain dengan kelab  Hong Kong, South China tetapi kembali ke England awal tahun ini dan sedang mengikuti kursus asas kejurulatihan.

Ashley Young dan Tom Cleverley bakal kembali beraksi.

Ashley Young dan Tom Cleverley
     Manchester United akan meneruskan saingan liga hujung minggu ini bagi mengurangkan jurang mata dengan seteru setempat City. Ini akan didorong dengan kembalinya dua tonggak midfield Ashley Young dan Tom Cleverley selepas keduanya pulih daripada kecederaan.

     Kedua pemain beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan permulaan musim sebelum mengalami kecederaan. Namun mereka akan kembali pada perlawanan Sabtu ini menentang Swansea dengan pasukan Alex Ferguson mahu mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga Manchester City.

Luis Suarez didakwa FA berikutan kata-kata berunsur rasis ke atas Patrice Evra.

     Luis Suarez telah didakwa oleh Football Association (FA) dengan penyalahgunaan perkataan berunsur rasis (perkauman) ke atas pertahanan United Patrice Evra.

     FA mengumumkan dakwaan dibuat semalam selepas siasatan selama sebulan. Kenyataan rasmi FA menyatakan:

     "Pihak FA hari ini membuat pendakwaan ke atas pemain Liverpool Luis Suarez berikutan kejadian yang berlaku ketika perlawanan Liverpool menentang  Manchester United di Anfield pada 15 Oktober 2011.     

Blast from the Past - Ryan Giggs menyertai United dari City.

Giggs bersama bapanya Danny Wilson
     Selepas berpindah ke Salford dalam Greater Manchester, Giggs bermain untuk pasukan tempatan Deans FC, yang dilatih oleh pegawai pencari bakat Manchester City Dennis Schofield. Schofield mencadangkan Giggs kepada Manchester City, dan terus menyertai School of Excellence milik City.

     Sementara itu, Giggs meneruskan aksi bersama Salford Boys, yang layak ke akhir kejohanan Granada Schools Cup di Anfield pada tahun 1987. Giggs menjadi kapten dalam kemenangan pasukan Salford ke atas pasukan dari Blackburn, dan trofi disampaikan oleh ketua pegawai bakat Liverpool Ron Yeats.

Wednesday, November 16, 2011

Terkini - United dapatkan pemain 'wonderkid' berusia lima tahun.

Charlie Jackson ketika beraksi.
     Ramai berpendapat bolasepak adalah permainan lelaki namun Charlie Jackson membuktikan mereka salah - setelah dikenalpasti oleh Manchester United seawal usia tiga tahun.

     Dianggap 'whizkid' dunia bolasepak, Jackson yang berasal dari Denton, memukau pegawai-pegawai pencari bakat United dengan kawalan dan gerakan, dan memiliki ciri-ciri bintang masa depan.

Manchester United terima penggantungan dua perlawanan Nemanja Vidic.

Vidic menerima kad merah.
     Manchester United menerima penggantungan dua perlawanan ke atas kapten Nemanja Vidic dalam Champions League.

     Vidic bakal terlepas perlawanan Champions League United menentang Benfica di Old Trafford Selasa depan berikutan keputusan kelab untuk tidak membuat rayuan ke atas hukuman yang dikenakan UEFA. Beliau menerima kad merah semasa perlawanan dengan Otelul Galati di Romania bulan lalu.

Tuesday, November 15, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 6.

1980-1982 - Jersi Home Manchester United.

Kedai cenderamata United meletakan diskaun separuh harga untuk semua stok yang berjenama Admiral disebabkan keputusan untuk bertukar kepada jersi jenama Adidas. Untuk musim 1980/81, kolar labuh berwarna putih kembali dengan tiga jalur terkenal Adidas warna putih ditambah pada setiap lengan, dan warna merah untuk seluar. Logo Adidas mengantikan Admiral di dada. Nombor di belakang ditulis dengan putih dan merah, gaya sebenar 80-an, walaupun kemudiannya ditukar dengan putih sepenuhnya pada pertengahan musim.

Gosip - Manchester United dan Liverpool bersaing dapatkan Lucas Rodrigues.

Lucas Rodrigues
     Manchester United dan Liverpool dilaporkan bersedia bersaing untuk mendapatkan tandatangan pemain muda Brazil Lucas Rodrigues yang dianggarkan bernilai £20juta.

     United, masih lagi mencari pengganti Paul Scholes yang bersara hujung musim lalu, dikatakan memiliki kelebihan dalam persaingan  mendapatkan pemain midfield 19 tahun kelab Sao Paulo itu.

Michael Owen terlepas aksi hingga Krismas.

Owen cedera ketika menentang Otelul Galati
     Michael Owen bakal diketepika sehingga enam minggu akibat kecederaan otot paha.

     Pemain 31 tahun itu mengalami masalah itu ketika kemenangan 2-0 Manchester United pada perlawanan Champions League ke atas Otelul Galati awal November lalu, namun ia dianggap tidak serius pada mulanya.

Monday, November 14, 2011

Paul Scholes bersedia untuk jawatan pengurusan di United.

     Paul Scholes bersedia untuk menduduki jawatan pengurusan di Manchester United  – dengan ‘bosnya’ Warren Joyce kembali ke Hull City. Pengurus pasukan simpanan Joyce, 46, akan dibenarkan kembali ke Humberside, di mana beliau menjadi pengurus daripada 1998-2000.

     Ini bermakna, pembantunya iaitu Scholes dikatakan akan mengambil alih tempatnya di United. Hull boleh mendapatkan khidmat Joyce tanpa perlu membayar apa-apa pampasan dengan Sir Alex Ferguson mahu menggunakan kesempatan ini untuk menaikan jawatan Scholes sekarang.

Sunday, November 13, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 8.

     Musim berikutnya, masa depan malahan sejarah Manchester United akan berubah buat selamanya apabila United bertemu dengan Kilmarnock dalam perlawanan persahabatan pada Oktober 1953. Sir Matt memutuskan untuk menyenaraikan enam daripada Busby Babes pada perlawanan itu dan kemenangan memihak kepada United 3-0.

Busby Babes

      Selepas kemenangan itu Sir Matt mendapat idea untuk menurunkan kesemua barisan Busby Babes dalam perlawanan liga, pada ketika itu beliau hanya beberapa kali menurunkan satu atau dua pemain untuk perlawanan tertentu.

     Dalam perlawanan Divisyen Satu berikutnya menentang Huddersfield Town pada 31 Oktober 1953, Sir Matt menambah pemain baru seperti Duncan Edwards, Jackie Blanchflower dan Dennis Viollet dalam pasukannya yang telah pun dibarisi pemain muda seperti Ray Wood, Bill Foulkes, Roger Byrne dan Tommy Taylor. Namun United hanya mampu seri 0-0 pada perlawanan itu.

Saturday, November 12, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 7.

     Walaupun United memenangi Piala FA pertama selepas 39 tahun, perhatian Sir Matt terus ditumpukan untuk membawa kejuaraan liga ke Old Trafford. United berada dalam laluan betul apabila menjadi naib juara pada tahun 1947, 1948, 1949 dan 1951, dan mereka memulakan musim 1951/52 dengan penuh motivasi dengan pengalaman saingan merebut kejuaraan.

     Jack Rawley memulakan musim tersebut dengan bergaya dengan jaringan hatrik berturut-turut buat United dalam dua perlawanan pertama menentang West Bromwich Albion dan Middlesborough. Walaupun Rawley dan Pearson beraksi cemerlang, menjelang Disember 1951 United masih di belakang saingan kelab London Spurs dan Arsenal. Namun selepas tanpa kalah dalam 20 minggu, menang 10 daripada 16 perlawanan United berada tidak jauh daripada pencabar gelaran yang lain.

Friday, November 11, 2011

Laporan - 660 juta penyokong Manchester United seluruh dunia.

     Laporan terbaru ke atas pengaruh Manchester United mendapati bahawa kelab bolasepak terkemuka dunia ini mempunyai anggaran 660 juta seluruh dunia, peningkatan 100% daripada kajian yang dilakukan sebelumnya oleh Taylor Nelson Sofres (TNS). Kajian pasaran juga mendapati United adalah jenama keenam terbesar dunia.

     Majoriti kejayaan Manchester United samada di atas atau di luar padang boleh dikaitkan dengan seorang individu sepanjang 25 tahun lalu - Sir Alex Ferguson. Pengurus yang merangkul 37 trofi utama dalam masa suku abad bersama United, telah membawa berjuta-juta peminat seluruh dunia, dengan angka terakhir 333 juta pada penghujung tahun 2007 oleh TNS Market Research. Pada penghujung 2011, angka tersebut meningkat dengan anggaran lebih 660 juta peminat United seluruh dunia.

Tomasz Kuszczak keluar kenyataan rasmi.

     Penjaga gol United Tomasz Kuszczak telah mengeluarkan kenyataan berikut kepada laman web rasmi kelab ManUtd.com selepas cerita kenyataan beliau awal minggu ini.

     "Dalam membalas laporan terbaru media Inggeris, saya ingin memberitahu perkara sebenar dengan menjelaskan bahawa saya tidak menggunakan perkataan slave (hamba) dalam temubual baru-baru ini dengan akhbar Poland SuperExpress, mengenai situasi terkini saya di Manchester United Football Club.

Thursday, November 10, 2011

Danny Welbeck - Cleverley boleh menjadi pemain kelas dunia.

     Danny Welbeck percaya rakan sepasukannya di United, Tom Cleverley boleh menjadi pemain berbakat taraf dunia.

     Kedua rakan sepasukan ini adalah sahabat di atas dan juga di luar padang, dan saling berganding untuk memberikan impak yang baik musim ini dengan hantaran tepat pemain midfield itu membolehkan Welbeck menanduk masuk gol pendahuluan semasa menentang Spurs Ogos lalu.

Wednesday, November 9, 2011

Terkini - United capai persetujuan menandatangani Andreas Hoelhebaum Pereira dari PSV.

Andreas Pereira (jersi hitam) ketika beraksi bersama PSV
     Sir Alex Ferguson sekali lagi membuat kejutan dalam perpindahan pemain dengan mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain berusia 15 tahun dari PSV Eindhoven Andreas Hoelhebaum Pereira.

Tuesday, November 8, 2011

Cristiano Ronaldo bakal kembali beraksi di Old Trafford.

Ronaldo bersama Ferdinand
     Cristiano Ronaldo bakal kembali menyarung jersi Manchester United dalam perlawanan testimoni Rio Ferdinand di Old Trafford.

Monday, November 7, 2011

Anders Lindegaard puji pertahanan United.

     Pasukan Sir Alex Ferguson mengekalkan rekod tanpa bolos dalam empat perlawanan berturut-turut selepas dibelasah City dalam Manchester derby dua minggu lalu.

     Penjaga gol Anders Lindegaard berjenaka kerana kemenangan United adalah disebabkan kehadirannya digawang menentang Sunderland sebelum memuji aksi cemerlang Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic. Ia merupak kali pertama pasangan pertahanan tengah ini beraksi bersama sejak perlawanan pertama musim menentang West Brom.

Sunday, November 6, 2011

Video - Dokumentari Sir Alex Ferguson bahagian 4 (akhir).

25 Years and counting..

Top 5 - Perlawanan terpenting dalam tempoh 25 tahun Alex Ferguson di Old Trafford.

     Sempena ulangtahun ke-25 Sir Alex Ferguson bersama Manchester United kita lihat top 5 perlawanan-perlawanan yang dilabel sebagai key games sepanjang beliau menjadi pengurus United.

5. Manchester United vs Crystal Palace 1-0, 17 Mei 1990, Ulangan Akhir Piala FA, Wembley.

Lee Martin menjulang Piala FA 1990
     Ini merupakan perlawanan akhir pertama yang dimainkan di stadium Wembley yang dilengkapi sepenuhnya dengan tempat duduk. Sebulan sebelum perlawanan, UEFA telah mengumumkan bahawa sekatan ke atas kelab-kelab England daripada beraksi di peringkat Eropah akan ditarik balik sekiranya penyokong England berkelakuan baik dalam Piala Dunia 1990 di Itali.

     Selepas seri 3-3 dalam perlawanan akhir yang asal, kedua pasukan terpaksa bertemu sekali lagi dalam ulangan lima hari kemudian. Topik utama media pada perlawanan ulangan ini adalah keputusan Alex Ferguson menggantikan penjaga gol Jim Leighton dengan Les Sealey. Leighton tidak lagi bermain untuk United selepas itu. Sealey menyelamatkan tiga percubaan merbahaya untuk menafikan Palace.

Alex Ferguson - 25 tahun bersama United.

Alex Ferguson selepas dilantik pengurus United pada Nov 1986
     Pada 06 November 1986, Sir Alex Ferguson mengambil alih jawatan sebagai pengurus Manchester United daripada Ron Atkinson selepas permulaan buruk United musim 1986/87. Selepas beberapa kekecewaan daripada barisan pemainnya, beliau kembali dengan pasukan yang memenangi Piala FA tahun 1990. Kejayaan seterusnya menyusul dengan Piala Liga 1992 dan kejayaan menamatkan penantian 26 tahun untuk bergelar juara liga pada musim 1992/93.

Saturday, November 5, 2011

Video - Dokumentari Sir Alex Ferguson bahagian 3.

25 Years and counting..

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Sunderland.

     Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita imbas kembali top 5 perlawanan klasik antara Manchester United dan Sunderland.

5. Sunderland vs Manchester United 6-0, 11 Dis 1926, Divisyen Satu, Roker Park.

Clarence Hilditch

      Selepas hanya mencatat enam kemenangan daripada 17 perlawanan pertama musim United berkunjung ke Sunderland. Daripada aspek prestasi di tempat lawan nyata ia tidak menyebelahi United dengan dua kemenangan sebelum ini.

     Ia nyata menjadi realiti apabila United di bawah pengurus Clarence Hilditch dibelasah Sunderland dengan enam gol, dan musim tersebut menyaksikan United hanya menduduki tempat ke-15.

Friday, November 4, 2011

Video - Dokumentari Sir Alex Ferguson bahagian 2.

25 Years and counting..

Blast from the Past - Pemain yang bermain untuk Manchester United dan Sunderland.

     Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita imbas kembali antara pemain-pemain yang pernah bermain untuk kedua pasukan.

1. Kieran Richardson.


Manchester United (2002-2007)
Penampilan : 81
Gol : 11
Kejayaan : Liga Perdana 2006/07, Piala Liga 2006, Community Shield 2003.

Sunderland (2007-sekarang)
Penampilan : 111
Gol : 13

Wes Brown tidak sabar untuk kembali ke Old Trafford.

     Pertahanan Sundeland Wes Brown tidak sabar untuk kembali ke Old Trafford tapi kali ini menentang bekas pasukannya Manchester United selepas berpindah pada musim panas lalu.

     Bekas pemain United itu membuat lebih 350 penampilan dalam tempoh 15 tahun, merangkul 15 medal - termasuk lima gelaran liga, dua Piala FA dan dua Champions League.

     Pemain 32 tahun itu kembali ke Old Trafford buat pertama kali selepas berhijrah ke Sunderland dan pada masa yang sama memahami tugas sukar yang bakal dihadapi pasukannya berdepan United yang masih merasai kekecewaan selepas dibelasah City 6-1 dua minggu lalu.

Thursday, November 3, 2011

Video - Dokumentari Sir Alex Ferguson bahagian 1.

25 Years and counting..


Rooney - Saya boleh bermain di mana-mana posisi.

     Wayne Rooney yakin beliau memiliki bakat dan kemampuan yang diperlukan untuk bermain di mana-mana posisi selepas mempamerkan aksi memberansangkan ketika kemenangan 2-0 United ke atas Otelul Galati dalam Champions League.

     Rooney merasakan beliau berkemampuan untuk berjaya dalam peranan barunya dan mengulas: "Saya telah katakan sebelum ini, saya pemain yang berkebolehan untuk bermain di mana sahaja posisi. Bukan mahu bercakap besar. Saya rasa saya mampu lakukannya. Jika pengurus mahu saya bermain di posisi itu, saya tiada masalah.

Wednesday, November 2, 2011

Blast from the Past - Pemenang-pemenang FIFA Ballon d'Or.

Ronaldo bersama Denis Law (kiri) dan Bobby Charlton
      Ballon d'Or, atau terjemahan mudahnya the golden ball (bola emas) dan selalunya dirujuk sebagai anugerah European Footballer of the Year, adalah acara tahunan persatuan anugerah bolasepak.

     Anugerah ini telah diilhamkan oleh ketua pengarang majalah France Football Gabriel Hanot, yang meminta rakan sekerjanya melakukan undian pemain terbaik Eropah pada tahun 1956. Pemenang pertama anugerah adalah Stanley Matthews dari Blackpool.

Wayne Rooney dan Nani tersenarai dalam Anugerah Ballon d’Or.


     Dua pemain Manchester United Wayne Rooney dan Nani keduanya tersenarai dalam 23 pemain untuk anugerah Ballon d’Or tahun ini, yang mana diberikan kepada World Footballer of the Year.

     Lionel Messi dari Barcelona bakal mempertahankan dua anugerah sama yang dimenanginya sebelum ini dan disebut-sebut sekali lagi menjadi pilihan untuk menang bagi tahun 2011, sebagai pemain paling dominan dan bermain dalam pasukan yang paling dominan.

Alex Ferguson - Rio Ferdinand perlu perbaiki permainan dengan segera.

     Sir Alex Ferguson telah memberi amaran kepada Rio Ferdinand bahawa beliau perlu mengubah permainannya selepas seolah-olah kehilangan rentak.

     Ferdinand kembali dalam pasukan utama Manchester United dalam perlawanan Champions League malam ini, tetapi masih bergelut dengan masalah kecederaan dan turun naik prestasi musim ini, sekaligus bukan lagi pilihan automatik dalam kesebelasan utama.


Tuesday, November 1, 2011

Sejarah Ole Gunnar Solskjaer 'the baby-faced assassin' - Siri 2 (akhir).

     Selepas beberapa tahun sebagai super sub, Solskjær akhirnya mendapat peluang dalam kesebelasan utama pada musim 2001/02, bergandingan dengan penyerang Belanda Ruud van Nistelrooy. Beliau menggunakan peluang dengan sebaik mungkin dan memaksa Andy Cole dan Dwight Yorke memanaskan bangku simpanan.

      Musim 2002/03, selepas kedua Andy Cole dan Dwight Yorke meninggalkan Old Trafford, Solskjær hanya berdepan Diego Forlán dan Van Nistelrooy bagi merebut saingan posisi serangan kesebelasan utama. Namun Ferguson lebih mengutamakan gandingan Van Nistelrooy bersama Paul Scholes, atau sebagai penyerang tunggal, ini bermakna peluang beliau adalah terhad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...