Newton Heath

     Manchester United ditubuhkan pada 1878 dengan nama Newton Heath LYR Football Club oleh bahagian Carriage and Wagon dari depot Lancashire and Yorkshire Railway di Newton Heath. Pada mulanya pasukan ini bermain sesama bahagian dan syarikat keretapi yang lain.

     Tanggal 20 November 1880, Newton Heath LYR Football Club telah beraksi dalam perlawanan pertama yang direkodkan - dengan menyarung jersi yang melambangkan syarikat, warna hijau dan emas. Mereka ditewaskan 6-0 oleh pasukan simpanan Bolton Wanderers.

     Menjelang tahun 1888, kelab ini menjadi antara kelab pelopor dalam membentuk liga serantau yang digelar The Combination. Namun selepas setahun liga tersebut dibubarkan, Newton Heath kemudiannya menyertai Football Alliance yang baru dibentuk. Mereka kemudian kekal selama tiga tahun sebelum bergabung dengan Football League.

     Hasilnya Newton Heath memulakan musim 1892/93 dalam Divisyen Satu, dalam masa yang sama tidak lagi terikat dengan syarikat keretapi dan memansuhkan 'LYR' dari nama asal kelab. Namun hanya selepas dua musim kelab tersingkir ke Divisyen Dua.

     Dengan sistem penyingkiran seperti sekarang belum diperkenalkan pada masa itu, perlawanan Test Match pada setiap hujung musim diadakan untuk melayakkan pasukan Divisyen Dua naik ke Divisyen Satu. Newton Heath akhirnya berjaya ke Divisyen Satu pada musim 1902/03.

     Pada Januari 1902 dengan beban hutang £2,670 - bersamaan £210,000 pada 2011- Newton Heath telah menerima arahan winding-up. Kapten pasukan Harry Stafford menemukan empat usahawan tempatan termasuk John Henry Davies (yang kemudiannya menjadi Presiden kelab), bersetuju melabur £500 setiap seorang sekaligus memiliki kepentingan langsung terhadap kelab.

     Pada 24 April 1902, secara rasminya kelab Newton Heath ditukar kepada nama Manchester United.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...