Saturday, December 31, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Blackburn Rovers.

     Menjelang perlawanan antara Manchester United dan Blackburn Rovers, kita imbas top 5 perlawanan klasik yang melibatkan kedua pasukan.

5. Manchester United vs Blackburn Rovers 2-1, 25 Jan 2006, Separuh Akhir Piala Liga, Old Trafford.

Van Nistelrooy gagal menyempurnakan penalti

     Manchester United menempah tiket perlawanan akhir Piala Liga untuk berdepan Wigan selepas mengatasi Blackburn. Ruud Van Nistelrooy meletakkan United di depan sebelum Steven Reid menyamakan kedudukan selepas kesalahan pertahanan tuan rumah.

     Pemain Blackburn Zurab Khizanishvili dihukum apabila menggunakan tangan namun sepakan penalti Van Nistelrooy diselamatkan Brad Friedel. Pertengkaran antara pemain pada waktu rehat separuh masa mencemari perlawanan sebelum Louis Saha melakukan volley untuk gol kemenangan United.

Friday, December 30, 2011

Blast from the Past - Pemain yang bermain untuk Manchester United dan Blackburn Rovers.

     Menjelang perlawanan Manchester United dan Blackburn Rovers hujung minggu ini, kita lihat antara senarai pemain yang pernah bermain untuk kedua pasukan.

1. Henning Berg.

Blackburn Rovers (1993-1997 & 2000-2003)
Penampilan : 233
Gol : 7
Kejayaan : Liga Perdana 1994/95, Piala Liga 2002

Manchester United (1997-2000)
Penampilan :
Gol :
Kejayaan : Liga Perdana 1998/99 & 1999/00, Piala FA 1999, Charity Shield 1997, Champions League 1999, Intercontinental Cup 1999

Blast from the Past - Perebutan gelaran liga musim 1994/95 antara Manchester United dan Blackburn Rovers.

Blackburn juarai liga
     Liga Perdana mula diperkenalkan dalam bolasepak England pada musim 1992/93 dengan Manchester United merangkul dua kejuaraan liga pertama kemudian Blackburn Rovers muncul pencabar pada musim 1994/95 sekaligus menghalang gelaran hatrik. Ini ditambah dengan detik 'gila' Eric Cantona di Crystal Palace, gelaran ketiga berturut-turut dihalang oleh pasukan berbelanja besar Blackburn yang dibawah kendalian bekas lagenda Liverpool Kenny Dalglish.

Thursday, December 29, 2011

Alex Ferguson nafi mahu dapatkan pemain baru pada perpindahan Januari.

     Sir Alex Ferguson menafikan cadangan bahawa beliau akan berbelanja besar bagi mendapatkan pemain baru Januari ini, malah beliau mendakwa tidak akan berbelanja sesuka hati dalam usaha mengatasi masalah kecederaan di Manchester United yang semakin membimbangkan ketika ini.

     Pengurus 69 tahun itu menegaskan bahawa beliau hanya akan terlibat dalam perpindahan Januari sekiranya boleh mendapatkan pemain yang telah lama menjadi sasaran dan mengelak daripada melakukan urusan tergesa-gesa.

Wednesday, December 28, 2011

Gosip - Bayer Leverkusen berminat dapatkan semula Dimitar Berbatov dari Manchester United.

Berbatov ketika bersama Leverkusen.
     Penyerang Manchester United Dimitar Berbatov ada berhubung dengan Bayer Leverkusen mengenai potensi perpindahan, demikian menurut wakil agen pemain tersebut.

     Pemain Bulgaria itu menghabiskan enam musim dengan kelab Jerman itu sebelum menyertai Tottenham namun perpindahan ke bekas kelabnya bergantung kepada kesediaan United menawarkan kontrak baru kepada beliau.

Phil Jones dan Chris Smalling bakal kembali menentang Blackburn.

Jones dan Smalling ketika bersama England.
     Phil Jones dan Chris Smalling akan kembali memperkukuhkan pertahanan Manchester United pada perlawanan menentang Blackburn, sekiranya mereka sempat pulih daripada gangguan kesihatan yang menghalang mereka beraksi ketika menewaskan Wigan 5-0 Isnin lalu.

     Barisan pertahanan yang mengalami rombakan besar termasuk Antonio Valencia dan Michael Carrick, dan kemudian Patrice Evra beraksi di pertahanan tengah bergandingan dengan Carrick, telah mempamerkan aksi cemerlang dan menafikan setiap peluang pasukan The Latics.

Tuesday, December 27, 2011

Park Ji Sung - Gol awal sangat penting untuk bina keyakinan pasukan.

Park Ji Sung diraikan rakan sepasukan.
     Park Ji Sung berbangga kerana meletakkan United di landasan tepat apabila membuka jaringan pada kemenangan 5-0 Manchester United ke atas Wigan Athletic di Old Trafford. Beliau menegaskan gol awal membolehkan pasukan membina keyakinan sepanjang perlawanan.

     Pemain Korea itu menjaringkan gol selepas lapan minit perlawanan, selepas rakan baik beliau Patrice Evra, membantu mencipta gol tersebut. United tidak menoleh kebelakang selepas itu, dengan saingan Manchester City, Chelsea dan Liverpool kesemuanya hanya mencatat keputusan seri.

Monday, December 26, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Wigan Athletic.

     Menjelang pertemuan Manchester United dengan Wigan Athletic, kita imbas top 5 perlawanan klasik yang membabitkan kedua pasukan. Dalam 13 perlawanan antara kedua pasukan ini United menang kesemua perlawanan.

5. Manchester United vs Wigan 4-0, 26 Feb 2006, Akhir Piala Liga, Millenium Stadium.

Rooney meraikan gol pertama.
     Manchester United membenam cabaran Wigan pada separuh masa kedua untuk menang 4-0 dan merangkul Piala Liga buat kali kedua. Wayne Rooney mengambil kesempatan daripada kekeliruan pertahanan Arjan De Zeeuw dan Pascal Chimbonda untuk meletakkan United di depan.

Saturday, December 24, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 9.

Manchester United musim 1957/58
     Permulaan musim 1957/58 menyaksikan Busby Babes disebut-sebut untuk membawa kejayaan trebel pada penghujung musim, termasuk liga, Piala FA dan Piala Eropah, namun semua keghairahan dan keseronokan terkandas di tengah jalan dengan Tragedi Munich pada Februari 1958.

     Sir Matt telah membina daripada sistem pemain remaja Manchester United yang mana ditakdirkan untuk menguasai bolasepak England dan Eropah beberapa tahun akan datang.

     Pada masa ini Busby Babes seolah-olah tidak dapat dikalahkan. Pasukan yang memenangi kejuaraan liga 1956 dengan purata umur pemain hanya 22 tahun, adalah pasukan termuda merangkul gelaran liga England. Tahun berikutnya mereka sekali lagi muncul juara liga, dan menyebabkan banyak pihak menyifatkan tiada apa yang menghalang barisan bintang muda Manchester United daripada memenangi segalanya.

Friday, December 23, 2011

Kecederaan Phil Jones tidak serius dan bakal diturunkan menentang Wigan.


Phil Jones bersama Dempsey.
     
     Kebimbangan Sir Alex Ferguson bahawa Phil Jones bakal diketepikan sehingga enam minggu hanyalah sementara apabila hasil pemeriksaan ke atas pemain muda Manchester United itu menunjukkan kecederaan tulang pipi yang dialami di Fulham tidak seteruk jangkaan awal.

     Walaupun selepas tamat perlawanan, harapan semua pihak bahawa pemain 19 tahun itu tidak mengalami retak tulang pipi selepas terkena siku Clint Dempsey dan memaksa beliau digantikan. Prognosis awal menunjukkan hanya sel tisu lembut mengalami kerosakkan dan Jones mungkin kembali beraksi pada Boxing Day berdepan Wigan.

Thursday, December 22, 2011

Phil Jones mungkin tidak dapat beraksi hingga enam minggu.

     Phil Jones akan menjalani X-ray hari ini untuk menilai sejauh mana kecederaan tulang rahang yang dialaminya semasa kemenangan 5-0 United ke atas Fulham. Jones memerlukan rawatan atas padang selepas terkena siku penyerang tuan rumah Clint Dempsey pada babak awal permainan di Craven Cottage. Walaupun bermain sehingga minit ke 20, Jones akhirnya digantikan oleh Ashley Young.

Did you know? - Ryan Giggs pemain yang menjaringkan gol dalam setiap musim liga.

Ryan Giggs pada musim pertamanya.
     Liga Perdana diperkenalkan bermula musim 1992/93 menggantikan format lama Liga Divisyen Satu. Ryan Giggs membuat penampilan pertama United pada 02 Mac 1991 menentang Everton di Old Trafford dalam liga.

     Setakat ini beliau adalah pemain tunggal yang menjaring gol liga dalam kesemua 22 kempen bolasepak utama England, selepas menjaringkan gol ketika bertemu Fulham di Craven Cottage.

Ryan Giggs - Manchester United berada di kemuncak prestasi.

Ryan Giggs meraikan gol ketiga United.
     Ryan Giggs percaya pasukan lain akan bergelut apabila berdepan dengan United pada ketika ini. Pemain Wales itu, bercakap selepas Manchester United menewaskan Fulham 5-0 di Craven Cottage, memberitahu MUTV bahawa prestasi United pada masa ini adalah "first-class".
    
     "Ia minggu yang cemerlang," kata beliau. "Anda lihat kemampuan kami (di Fulham) dan itulah standard yang ditetapkan buat kami.

Wednesday, December 21, 2011

Blast from the Past - Pemain yang bermain untuk Manchester United dan Fulham.

     Menjelang pertemuan kedua pasukan kita imbas beberapa pemain yang pernah beraksi untuk Manchester United dan Fulham sepanjang karier mereka.

1. George Best.

Manchester United (1963-1974)
Penampilan : 470
Gol : 179
Kejayaan : Liga Divisyen Satu 1964/65 & 1966/67, Piala Eropah 1968

Fulham (1976-1978)
Penampilan : 42
Gol : 8

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Fulham.

     Menjelang perlawanan antara Manchester United dan Fulham awal pagi esok, kita imbas top 5 pertemuan klasik yang melibatkan kedua pasukan.


5. Manchester United vs Fulham 5-3, 26 Mac 1958, Ulangan Separuh Akhir Piala FA, Highbury.

     Lebih sebulan selepas Tragedi Munich yang meragut nyawa hampir kesemua pemain utama United, pasukan dari London, Fulham menanti dalam separuh akhir Piala FA. Perlawanan pertama di Villa Park berkesudahan seri 2-2 dengan Bobby Charlton menjaringkan dua gol.

     Perlawanan ulangan menyusul empat hari kemudian di Highbury. Charlton dan Brennan masing-masing menjaringkan satu gol, manakala Dawson menjaringkan hatrik untuk keputusan 5-3. United layak ke perlawanan akhir namun tewas kepada Bolton Wanderers dengan jaringan 2-0.

Chris Smalling memuji bekas rakan sepasukan di Fulham menjelang pertemuan Manchester United di Craven Cottage.

     Pertahanan Manchester United Chris Smalling mengakui beliau tidak akan berada di tempat di mana beliau berada sekarang tanpa tempoh dua tahun yang dihabiskan di Fulham.

     Namun Smalling tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada kelab lamanya apabila United bertandang ke Craven Cottage untuk mencari tiga mata dalam usaha mempertahankan gelaran Liga Perdana.

Luis Suarez digantung lapan perlawanan dan denda.

     Penyerang Liverpool Luis Suarez dikenakan hukuman berat oleh Football Association (FA) England berikutan kenyataan perkauman keatas pertahanan United Patrice Evra.

     Suarez digantung lapan perlawanan dan didenda  £40,000 oleh FA. Beliau didapati bersalah atas salahlaku selepas Evra menuduh pemain antarabangsa Uruguay itu menghina beliau dengan kata-kata berunsur perkauman semasa perlawanan liga kedua pasukan di Anfield 15 Oktober lalu.

Tuesday, December 20, 2011

Gosip - Manchester United sasar dapatkan pemain midfield Newcastle Cheik Tiote.

Tiote meraikan gol penyamaan dengan Arsenal
     Pegawai bakat Manchester United menyaksikan aksi pemain midfield Newcastle midfielder Cheik Tiote hujung minggu lalu.

     Sir Alex Ferguson difahamkan sedang menimbangkan beberapa pemain midfield termasuk pemain Benfica Nicolas Gaitan, Mario Gotze dari Borussia Dortmund dan Christian Eriksen dari Ajax.
Dan United adalah kelab terbaru yang dikaitkan dengan pemain Ivory Coast ini.

Did you know? - James William Gibson selamatkan Manchester United 80 tahun lalu.

James W. Gibson
     Pemain-pemain United mendapat hadiah Krismas lebih awal hari ini pada 80 tahun lalu. Durian runtuh bernilai £2,000 tunai dan ayam belanda untuk para pemain dalam era 1930an adalah hasil daripada rayuan bersejarah yang menyelamatkan United daripada muflis dan di ambang 'kepupusan'. Pada Disember 1931, United dalam bahaya untuk gulung tikar dan hilang selamanya.

     Pemilik United sebelum itu, John Henry Davies meninggal dunia pada 1927 selepas 25 tahun bersama kelab. United memenangi Piala FA dan dua gelaran liga pada 10 tahun pertama dan selepas kematian Davies, mereka (United) mempunyai reputasi seperti yo-yo, kerap kali turun naik antara divisyen satu dan dua.

     United dibebani hutang dan lembaga pengarah kelab tidak memiliki simpanan tunai walaupun untuk membayar gaji pemain. Tekanan ekonomi disebabkan perang dunia telah melanda England dan juga Old Trafford khususnya.

Monday, December 19, 2011

Blast from the Past - Rekod Manchester United dalam Piala UEFA atau Europa League sebelum ini.

     Europa League atau sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA bukanlah kejohanan utama bolasepak Eropah dan tidak mengejutkan United hanya menyertainya sebanyak enam kali. Sebelum musim 1971/72 kejohanan ini juga dikenali Inter Cities Fairs Cup. Peringkat separuh akhir adalah rekod terbaik United dalam kejohanan ini pada musim 1964/65 di mana ia masih menggunakan nama lama.

     Setelah diundi bertemu dengan Ajax, yang juga pernah dipertemukan pada kejohanan sama musim 1976/77, kita imbas rekod terdahulu United dalam kejohanan ini.

Michael Carrick puas hati dengan kemenangan dan tiga mata penting.

     Michael Carrick berkata beliau bersedia 'membayar denda' yang bakal dikenakan Sir Alex Ferguson selepas pemain midfield itu meninggalkan posisinya untuk menjaringkan gol kedua United dalam kemenangan 2-0 di Queens Park Rangers.

     Dengan perlawanan memasuki minit ke 56 di Loftus Road, Carrick mengambil bola di kawasan sendiri hasil kesilapan Joey Barton sebelum meluru ke gol QPR untuk merembat daripada luar kotak penalti dan menewaskan penjaga gol Radek Cerny.

Sunday, December 18, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Queens Park Rangers.

     Menjelang perlawanan Manchester United dengan Queens Park Rangers hujung minggu ini kita imbas senarai top 5 perlawanan klasik antara kedua pasukan.

5. Manchester United vs QPR 8-1, 19 Mac 1969, Liga Divisyen Satu, Old Trafford.

     Ini merupakan antara kemenangan terbesar United di laman sendiri sebaliknya buat QPR perlawanan ini kekal sebagai kekalahan terbesar dalam sejarah kelab di tempat lawan. United turun sebagai juara bertahan Piala Eropah 1968, walaubagaimanapun tanpa kemenangan dalam lima perlawanan termasuk kekalahan 0-1 di tangan seteru setempat City di Old Trafford pada 08 Mac.

     Sekali lagi berdepan kelab dari London - empat hari sebelumnya tewas 2-3 kepada Chelsea di Stamford Bridge - United perlu bangkit untuk bersaing dengan saingan liga yang lain, dan hanya Piala Eropah satu-satunya kejohanan piala buat United setelah disingkirkan Everton dalam Piala FA.

     United menang bergaya 8-1 dengan Willie Morgan (gambar) mencatat hatrik, Best dengan dua gol dan masing-masing satu gol daripada Aston, Kidd and Stiles. United mengakhiri musim ditangga ke-11 dan 25 mata dibelakang juara liga Leeds United. Dalam Piala Eropah, laluan United tersekat di separuh akhir apabila tewas agregat 1-2 kepada AC Milan.

Saturday, December 17, 2011

Manchester United diundi bertemu Ajax dalam UEFA Europa League.

     Manchester United bakal berdepan Ajax dalam pertemuan menarik pusingan 32 pasukan Europa League. Perlawanan pertama akan diadakan di Amsterdam ArenA pada Khamis 16 Februari, (sepak mula 02.00 AM waktu Malaysia), dengan perlawanan kedua di Old Trafford pada Khamis berikutnya 23 Februari (sepak mula 04.05 AM waktu Malaaysia).

Blast from the Past - Imbasan perlawanan liga terakhir QPR dengan Manchester United di Loftus Road.

QPR vs Manchester United 1-1, 16 Mac 1996, Liga Perdana, Loftus Road.

Cantona dan Ferguson meraikan Double pada 1995/96
     Perlawanan ini dianggap penting buat kedua pasukan dengan tuan rumah bergelut dengan penyingkiran manakala United masih bersaing dengan Newcastle untuk merebut takhta liga.

     Pada separuh masa pertama, United menguasai permainan, mencipta peluang demi peluang, sebagaimana dijangka kepada pasukan yang menang 10 perlawanan sebelum ini menentang pasukan yang hanya menang satu daripada 10 perlawanan dan bergelut untuk mengelak daripada tersingkir.

Friday, December 16, 2011

Wayne Rooney mahu memenangi Europa League.

Rooney bersama trofi Europa League.
     
     Penyerang Manchester United Wayne Rooney telah menetapkan sasaran untuk memenangi trofi Europa League. United akan bermain dalam kejohanan kedua bolasepak Eropah pada tahun hadapan selepas tersingkir daripada Champions League di Basel minggu lalu.

     Walaupun ia jelas mengejutkan buat kelab yang telah bermain dalam tiga perlawanan akhir dalam empat tahun Champions League, Rooney tidak mahu menyentuh mengenai kekecewaan tersebut. Pemain 26 tahun itu berazam mahu mengatasi segala cabaran yang tinggal musim ini, di samping mempertahankan gelaran liga.

Undian Europa League - Siapa lawan Manchester United di pusingan seterusnya?.


      Setelah tersingkir daripada kejohanan utama Eropah iaitu Champions League, Manchester United bersama Manchester City dan Stoke bakal mewakili England dalam Europa League, kejohanan kedua bolasepak Eropah.

Thursday, December 15, 2011

Gosip - Federico Macheda bakal dipinjamkan pada Januari.

     Agen Federico Macheda, Giovanni Bia telah mengesahkan penyerang Itali itu bakal meninggalkan Manchester United secara pinjaman.

     Pemain 20 tahun itu hanya dihadkan kepada dua penampilan daripada bangku simpanan dalam liga musim ini. Beliau juga turun dalam kesebelasan utama ketika kekalahan kepada Crystal Palace dalam Piala Liga Carling dan juga penyingkiran daripada Champions League di Basel.

Wednesday, December 14, 2011

Gosip - Pemain sasaran £10 juta Manchester City mahu bermain dengan Manchester United.

Mateo Kovacic (kiri) ketika menentang Real Madrid.
     Manchester City dilaporkan dalam usaha mendapatkan prospek bolasepak terhangat Croatia ketika ini, Mateo Kovacic, daripada seteru setempat Manchester United .

     Pegawai dari City telah mengadakan pertemuan dengan wakil kelab Dinamo Zagreb awal minggu ini, dan dijangka mendahului saingan mendapatkan tandatangan Kovacic.

Darren Fletcher berehat daripada bolasepak buat sementara.

     Pemain midfield Manchester United Darren Fletcher akan berehat panjang daripada bolasepak atas sebab kesihatan. Kapten Scotland itu mengalami ulser kolitis, iaitu masalah dengan usus.

     United mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan bagaimana Fletcher menderita dengan penyakit itu tahun lalu dan sedikit masa sebelum itu.

Tuesday, December 13, 2011

Gosip - United berminat dapatkan pertahanan Crystal Palace Nathaniel Clyne.

Clyne ketika menewaskan United dalam Piala Liga.
     Manchester United berminat mendapatkan pertahanan Crystal Palace defender Nathaniel Clyne sebagai pengganti Gary Neville yang bersara Februari lalu. Sir Alex Ferguson melihat Clyne sebagai jawapan kepada permasalahan United untuk posisi bek kanan.

Blast from the Past - Dua tahun selepas tersingkir United menjadi juara Eropah 2008.

Alex Ferguson kecewa selepas tersingkir.
     Kekalahan Manchester United kepada Basel mengimbau kembali pengalaman pahit kekalahan kepada Benfica enam tahun sebelumnya, apabila United tersingkir pada peringkat kumpulan Champions League.

     Dua tahun setengah selepas detik hitam itu, Alex Ferguson mengemudi pasukannya ke kemuncak bolasepak Eropah dengan menewaskan Chelsea di Moscow untuk merangkul kejohanan terbesar Eropah buat kali ketiga.

Monday, December 12, 2011

Gosip - Manchester United berminat dapatkan pemain muda Belanda.

Jetro Willems (kiri) ketika beraksi bersama PSV.
     Manchester United dilaporkan dalam usaha mendapatkan pemain muda berbakat Belanda Jetro Willems – dengan Sir Alex Ferguson mencari pengganti Patrice Evra.

     Ferguson menghantar adiknya Martin, pegawai bakat United, dalam misi 'meninjau' pemain bek kiri yang berusia 17 tahun itu, yang turun beraksi untuk PSV Eindhoven hujung minggu lalu, dan menimbang untuk mendapatkan pemain remaja itu secepat mungkin.

     Willems menyertai PSV dari Sparta Rotterdam pada penghujung Ogos lalu, dan mungkin berpindah sekali lagi sekiranya Ferguson merasakan ini adalah masanya untuk sebarang perpindahan sebelum mendapat saingan pasukan lain.

Sunday, December 11, 2011

Nani - United beri respon terbaik.

Nani meraikan gol kedua peribadi.
     Nani berpendapat United memberikan respon terbaik selepas tersingkir daripada Champions League dengan membenam cabaran Wolves di Old Trafford.

     Pemenang Players' Player of the Year musim lalu mempamerkan aksi cemerlang dengan menjaringkan dua gol dalam liga buat pertama kali ketika kemenangan 4-1 mengatasi pasukan Mick McCarthy.

     Dengan prestasi semasa begini, pemain sayap ini pastinya akan digeruni pertahanan lawan dan selepas menambah gol liga kepada lima musim ini, beliau berharap dapat mengekalkan momentum hingga tahun baru.

Saturday, December 10, 2011

Nemanja Vidic terlepas aksi baki musim ini akibat kecederaan.

Vidic alami kecederaan ketika di Basel.
     Kem Manchester United menerima satu lagi berita buruk apabila pengurus Sir Alex Ferguson mendedahkan bahawa Nemanja Vidic akan terlepas baki musim 2011/12.

     Pertahanan Serbian itu diusung keluar ketika kekalahan 1-2 United kepada Basel Rabu lalu, keputusan yang menyingkirkan United daripada Champions League. Vidic meninggalkan stadium dengan bertongkat dan agennya mendedahkan pada Khamis lalu bahawa pertahanan itu mengalami kecederaan otot ligamen.

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Wolverhampton Wanderers.

     Menjelang pertemuan Manchester United dan Wolverhampton Wanderers hujung minggu ini kita imbas top 5 perlawanan klasik membabitkan dua pasukan ini.

5. Manchester United vs Wolves 1-1, 26 Mac 1949, Separuh Akhir Piala FA, Hillsborough.

     United selaku penyandang juara beraksi cemerlang dalam Piala FA dengan menjaringkan 22 gol keseluruhan untuk sampai ke separuh akhir, termasuk kemenangan 8-0 ke atas Yeovil Town pada pusingan kelima.

Friday, December 9, 2011

Did you know? - Apa yang perlu anda tahu mengenai UEFA Europa League.

     UEFA Europa League (sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA) adalah kejohanan tahunan dianjurkan badan bolasepak Eropah UEFA sejak 1971. Ia adalah kejohanan Eropah kedua prestij selepas UEFA Champions League. Kelab Eropah yang layak dalam kejohanan ini adalah berdasarkan prestasi dalam liga dan kejohanan piala negara masing-masing.

     Dikenali sebelum ini sebagai Piala UEFA, kejohanan ini ditukar kepada UEFA Europa League sejak musim 2009/10 dan juga beberapa perubahan format. Untuk tujuan rekod UEFA, Piala UEFA dan UEFA Europa League adalah kejohanan yang sama, dengan pertukaran nama hanyalah sebagai langkah penjenamaan semula.

Manchester United bimbang kehilangan kapten Nemanja Vidic untuk keseluruhan musim.

     Nemanja Vidic mungkin terpaksa melupakan baki musim ini selepas terpaksa dikeluarkan pada perlawanan menentang Basel. Kapten United itu terpaksa bertongkat semalam setibanya dari Switzerland dengan juara England itu tersingkir daripada Champions League.

     Kebimbangan dapat dilihat di kem United dengan Vidic berkemungkinan diketepikan hingga sekurang-kurangnya sehingga April. Pemain pertahanan tengah 30 tahun itu dikeluarkan sebelum rehat masa pertama selepas bergelut dengan Marco Streller yang secara tidak sengaja terjatuh ke atas lutut kanan kapten United itu.

Paul Scholes yakin United mampu bangkit selepas tersingkir daripada Champions League.

     Lagenda United Paul Scholes mengakui United "tidak berhak untuk layak" ke peringkat kalah mati Champions League selepas tewas 1-2 kepada Basel, tetapi menegaskan pasukan Sir Alex Ferguson tidak perlu terlalu sandarkan pada kekecewaan.

     Bekas pemain midfield itu, yang bermain dalam 16 kempen Eropah bersama United berkata fokus perlu dialihkan kepada mengekalkan gelaran Liga Perdana.

Thursday, December 8, 2011

Blast from the Past - United tersingkir daripada Champions League musim 1994/95.

     Selepas ditewaskan Basel 1-2 United sekali lagi disingkirkan daripada layak ke peringkat kalah mati Champions League. Ini bukanlah kali pertama kerana pada musim 1994/95 dan 2005/06, laluan United terkandas diperingkat kumpulan.

     Kita imbas kembali musim 1994/95 di mana United yang juga juara England dan pemenang Piala FA musim sebelum itu, gagal mara ke peringkat seterusnya, juga impak kepada baki musim tersebut.

Musim 1994/95.

     United diundi dalam kumpulan A bersama Barcelona, Galatasaray dari Turki dan kelab Sweden Gateborg. Perlawanan pertama kumpulan menemukan United dengan Goteborg di Old Trafford. Tiga hari sebelumnya United tewas mengejut perlawanan liga 1-2 kepada seteru tradisi Leeds United di Elland Road.

Wednesday, December 7, 2011

Blast from the Past - Perlawanan pertama United di St Jakob Park menentang Basel pada 26 Nov 2002.


Van Nistelrooy menjaringkan gol kedua.
      Dua gol dalam masa dua minit daripada Ruud van Nistelrooy memastikan Manchester United berjaya menewaskan Basel di Switzerland.

     Christian Gimenez memberikan permulaan hebat kepada pasukan Christian Gross apabila menjaringkan gol pembukaan hanya selepas 31 saat perlawanan. Dan pasukan Swiss itu mempunyai beberapa peluang untuk menggandakan jaringan.

Did you know? - Fakta perlawanan menjelang pertemuan Basel dan Manchester United.

Welbeck diraikan rakan-rakan United.
  • Sekiranya Basel mengalahkan Manchester United, pasukan Swiss itu akan layak ke pusingan 16 pasukan kalah mati Champions League dan mereka akan menjuarai kumpulan jika Benfica gagal menewaskan Otelul Galati.
  • Jika Manchester United berjaya mengelak kekalahan, juara England itu akan layak ke peringkat seterusnya. United juga akan menjuarai kumpulan sekiranya mengutip tiga mata penuh dan Benfica gagal mengalahkan Otelul Galati atau jika United seri dan Benfica tewas.

Alex Ferguson - Rooney fokus sepenuhnya berdepan Basel.

Alex Ferguson ketika sidang media.
     Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa Wayne Rooney tidak akan terganggu oleh keputusan UEFA yang bakal diumumkan Khamis ini, dengan penyerang itu fokus untuk membantu United layak ke peringkat seterusnya dalam Champions League.

     Ferguson enggan menimbangkan bahawa minda penyerang itu mungkin terganggu, walaupun kes rayuan penggantungan beliau akan didengar di Switzerland sehari selepas perlawanan dengan Basel. Terdapat spekulasi bahawa Fabio Capello akan membuat kejutan dengan mengenepikan Rooney daripada pasukan England ke Euro 2012 andainya penggantungan tiga perlawanan kekal.

Tuesday, December 6, 2011

Darren Fletcher - Saya tidak mahu kecewa lagi.

     Darren Fletcher berikrar mahu membantu United daripada tersingkir daripada Champions League menentang Basle esok. Fletcher adalah sebahagian daripada pasukan United yang gagal layak ke peringkat kalah mati selepas kekalahan mengejut dengan Benfica di Lisbon pada Disember 2005.

     Kapten Scotland itu akan menggunakan kekecewaan tersebut bagi menyemarakkan semangat juang rakan sepasukan lain untuk mengelak nasib yang sama di Switzerland, di mana satu mata cukup untuk layak.

Gol Wayne Rooney tercalon untuk FIFA World Goal of The Year 2011.

     Gol Wayne Rooney menentang Manchester City Februari lalu akan bersaing dengan Lionel Messi dan Neymar untuk anugerah FIFA World Goal of the Year.

     Penyudah hebat yang juga gol kemenangan penyerang Manchester United itu ketika perlawanan Manchester derby disenarai pendek dalam tiga calon terakhir untuk Anugerah Puskas atau FIFA World Goal of the Year.

Monday, December 5, 2011

Manchester United diundi bertemu Manchester City dalam Piala FA.

Ronaldo dan Van Nistelrooy bersama Piala FA terakhir United pada 2004
     United telah diundi bertemu dengan seteru setempat yang juga juara bertahan Piala FA Manchester City dalam pusingan ketiga Piala FA musim ini. Kedua pasukan akan beraksi di Etihad Stadium pada hujung minggu 7 atau 8 Januari 2012.

Sunday, December 4, 2011

Javier 'Chicharito' Hernandez terpaksa berehat sebulan.

Chicharito alami kecederaan awal perlawanan.
     Javier Hernandez bakal terlepas jadual sibuk sepanjang Krismas selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali semasa kemenangan 1-0 United ke atas Aston Villa, Sabtu lalu.

     Pemain Mexico itu tersadung dan jatuh pada awal babak pertama di Villa Park, menyebabkan tambahan masa kecederaan yang panjang dan diusung dengan keluar daripada padang.

Saturday, December 3, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Aston Villa.

     Menjelang pertemuan Manchester United dan Aston Villa hujung minggu ini kita imbas top 5 perlawanan klasik kedua pasukan.

5. Manchester United vs Aston Villa 1-3, 27 Mac 1994, Akhir Piala Liga, Wembley.

Ron Atkinson bekas pengurus United dengan Dalian Atkinson.
     Impian Manchester United untuk kejayaan treble musnah apabila mereka ditewaskan oleh  Aston Villa yang sekaligus menempah tempat dalam Piala UEFA musim depan dan berhak bergelar juara Piala Liga.

     Kemenangan itu amat manis terutama buat Ron Atkinson, pengurus Villa yang selepas dipecat oleh United pada 1986, juga mengemudi Sheffield Wednesday menjuarai Piala Liga mengalahkan bekas kelabnya tiga tahun lalu.

Friday, December 2, 2011

Alex Ferguson mungkin ketepikan beberapa pemain yang tewas dalam Piala Carling.


Berbatov gagal beraksi cemerlang.

     Sir Alex Ferguson bersedia mengenepikan beberapa pemain selepas pasukan muda United tewas mengejut 1-2 kepada Crystal Palace dalam Piala Liga Carling dan bimbang pasukannya kurang kekuatan untuk mempertahankan kejuaraan liga.

     Kekalahan dalam masa tambahan di Old Trafford itu menafikan tempat United ke separuh akhir dan mungkin akan mengakibatkan masa depan beberapa pemain dipersoalkan, berdasarkan maklum balas Ferguson.

Thursday, December 1, 2011

Jonny Evans - Kami perlu teruskan cabaran.

Jonny Evans ketika menentang Palace.
     Dengan jadual perlawanan yang semakin ketat, Jonny Evans menegaskan United perlu teruskan dan bangkir secepat mungkin daripada kekalahan dalam Piala Liga Carling kepada Crystal Palace.

     Evans, yang menjadi kapten dalam penampilan ke-100 beliau untuk United, berkata semua pemain mahu melupakan kekalahan di Old Trafford semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...