Monday, December 26, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Wigan Athletic.

     Menjelang pertemuan Manchester United dengan Wigan Athletic, kita imbas top 5 perlawanan klasik yang membabitkan kedua pasukan. Dalam 13 perlawanan antara kedua pasukan ini United menang kesemua perlawanan.

5. Manchester United vs Wigan 4-0, 26 Feb 2006, Akhir Piala Liga, Millenium Stadium.

Rooney meraikan gol pertama.
     Manchester United membenam cabaran Wigan pada separuh masa kedua untuk menang 4-0 dan merangkul Piala Liga buat kali kedua. Wayne Rooney mengambil kesempatan daripada kekeliruan pertahanan Arjan De Zeeuw dan Pascal Chimbonda untuk meletakkan United di depan.


     Gary Neville menghantar bola buat Louis Saha untuk menjaringkan gol kedua sebelum Stephane Henchoz memberikan bola kepada Saha yang membantu Cristiano Ronaldo untuk gol ketiga. Rooney melengkapkan rentetan tiga gol dalam masa tujuh minit dan memastikan United mengakhiri musim dengan trofi.


4. Wigan vs Manchester United 0-5, 22 Ogos 2009, Liga Perdana, JJB Stadium.

Gol pertama Owen buat United.
     Michael Owen menjaringkan gol pertama peribadi buat Manchester United, yang bangkit daripada kekalahan mengejut kepada Burnley. United dikecewakan hinggalah Wayne Rooney menanduk masuk hantaran Antonio Valencia untuk gol ke 100 peribadi buat United.

     Hasil daripada gerakan kemas menyaksikan Dimitar Berbatov menjadikan kedudukan 2-0 dan rembatan Rooney yang terkena pertahanan Mario Melchiot untuk gol ketiga. Owen masuk sebagai gantian untuk menjaringkan gol keempat sebelum sepakan percuma Nani melengkapkan jaringan. Ini memberikan kepuasan buat Sir Alex Ferguson selepas kekalahan di Turf Moor dengan semua penyerang seniornya menjaringkan gol.

3. Manchester United vs Wigan 5-0, 30 Dis 2009, Liga Perdana, Old Trafford.

Berbatov dirai rakan sepasukan.
     Manchester United kembali dua mata dibelakang peneraju liga Chelsea selepas mengalahkan Wigan. Wayne Rooney menyudahkan hantaran Rafael da Silva sebelum Michael Carrick menambah gol kedua. Rafael sendiri menambah satu lagi gol sebelum rehat separuh masa dengan rembatan kaki kiri dan Dimitar Berbatov mudah menjaringkan gol keempat. Antonio Valencia melengkapkan jumlah jaringan dengan chip menarik untuk gol kelima.

     Kekalahan ini meletakkan pasukan Latics satu mata atas zon penyingkiran dan prestasi terkini dengan satu kemenangan dalam sembilan perlawanan membuatkan pasukan Roberto Martinez bergelut dengan tiga pasukan terbawah liga. Malam malang Wigan ditambah dengan kecederaan penjaga gol Chris Kirkland yang dikeluarkan pada separuh masa.


2. Wigan vs Manchester United 1-2, 13 Mei 2009, Liga Perdana, JJB Stadium.

Carrick jaring gol kemenangan.
     Gol kemenangan Michael Carrick lewat permainan membolehkan United memerlukan satu mata untuk merangkul gelaran liga buat kali ketiga berturut-turut. Hugo Rodallega melepasi kawalan Nemanja Vidic untuk meletakkan tuan rumah di depan selepas 28 minit. Pemain gantian Carlos Tevez melakukan flik daripada hantaran Carrick untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 61.

     Carrick melengkapkan kemenangan penting United dengan cubaan 20 ela empat minit sebelum perlawanan tamat. United bergelut dengan taktik tuan rumah namun reaksi pengurus Sir Alex Ferguson selepas jaringan Carrick menunjukkan betapa pentingnya tiga mata daripada kemenangan ini dan juga betapa dekatnya United untuk menyamai rekod gelaran liga Liverpool dengan 18 gelaran.


1. Wigan vs Manchester United 0-2, 11 Mei 2008, Liga Perdana, JJB Stadium.

     Manchester United memintas Chelsea untuk merangkul gelaran liga ke 17 dengan kemenangan di Wigan. Cristiano Ronaldo membuka jaringan menerusi sepakan penalti selepas 33 minit apabila Emmerson Boyce menjatuhkan Wayne Rooney dalam kotak penalti. Emile Heskey terlepas peluang terbaik Wigan menerusi tandukan untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua

     Ryan Giggs yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol kedua hasil hantaran Rooney untuk memastikan trofi liga kekal di Old Trafford - ini juga merupakan medal liga ke 10 beliau. Gol tersebut membuatkan pengurus Sir Alex Ferguson menari keseronokkan dalam keadaan hujan turun di JJB Stadium, dengan United disahkan sebagai juara liga dua mata di depan Chelsea. Buat Giggs ini adalah detik terbaik meraikan hari bersejarah menyamai rekod penampilan 758 perlawanan yang sebelum ini dipegang Sir Bobby Charlton, yang menyaksikan perlawanan daripada kerusi VIP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...