Friday, June 29, 2012

Manchester United akan bertemu Barcelona dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

    
     Manchester United telah mengumumkan mereka akan bertemu Barcelona dalam perlawanan persahabatan pra-musim di Gothenburg, Sweden. United berdepan gergasi Catalan itu sebagai ulangan perlawanan akhir Champions League 2011 yang dimenangi kelab Sepanyol itu di Wembley.

Tuesday, June 26, 2012

Nemanja Vidic mula latihan pra-musim minggu depan.

     Kapten pasukan Manchester United Nemanja Vidic dijadual akan kembali berlatih minggu depan, seminggu lebih awal daripada jadual asal, dalam usaha untuk kembali beraksi permulaan musim depan.

     Pemain Serbia itu tidak beraksi sejak Disember tahun lalu akibat kecederaan lutut namun berjaya melakukan proses pemulihan yang kuat dan bakal kembali ke Carrington lebih awal daripada rakan sepasukan lain.

Monday, June 25, 2012

Shinji Kagawa mahu buktikan kemampuan sendiri di Manchester United.

     Pemain baru Manchester United Shinji Kagawa yang ditandatangani dari Borussia Dortmund mendedahkan kepada wartawan bahawa beliau mahu buktikan kemampuan sendiri dan mencipta nama di Old Trafford tanpa dibayangi pemain-pemain hebat sebelum ini.

     Kagawa 23 tahun dikaitkan dengan beberapa kelab-kelab besar sekitar Eropah selepas mempamerkan aksi membanggakan bersama juara Bundesliga Dortmund yang mengekalkan kejuaraan buat musim kedua berturut-turut. Namun Sir Alex Ferguson bertindak pantas untuk mendapatkan pemain midfield Jepun itu.

Friday, June 22, 2012

Shinji Kagawa tiba di Manchester untuk ujian perubatan.

     Pemain antarabangsa Jepun Shinji Kagawa semakin hampir menjadi pemain Manchester United secara rasmi apabila terbang ke England hari ini (Jumaat) untuk ujian perubatan. United telah bersetuju untuk menandatangani pemain daripada kelab juara Bundesliga Borussia Dortmund yang dianggar bernilai  melebihi £17 juta.

     Sekiranya pemain 23 tahun itu lulus pemeriksaan perubatan minggu ini, United perlu menunggu permit kerja sebelum melengkapkan perpindahan. Difahamkan United mungkin terpaksa membuat rayuan untuk mendapatkan permit  disebabkan buat masa ini beliau tidak menepati syarat ketat yang ditetapkan.

Tuesday, June 19, 2012

Jadual perlawanan Liga Perdana Manchester United musim 2012/13.

       Jadual kesemua perlawanan untuk 20 pasukan Liga Perdana Barclays telah dikeluarkan. Musim 2012/13 bermula secara rasmi pada 18 Ogos depan. Berikut adalah senarai awal perlawanan-perlawanan yang melibatkan Manchester United.

Wednesday, June 13, 2012

Terkini - Manchester United tandatangan pemain England bawah 18 Nick Powell.

     Manchester United mengesahkan menandatangani Nick Powell dari Crewe Alexandra dengan yuran perpindahan yang belum disahkan. Pemain midfield itu lulus ujian perubatan dan bersetuju dengan kontrak empat tahun yang bermula 1 Julai akan datang.

     United menewaskan cabaran beberapa pasukan Liga Perdana lain untuk mendapatkan pemain muda berbakat itu yang menyifatkan perpindahan ini sebagai 'mimpi jadi kenyataan'. Powell mempamerkan aksi hebat bersama Crewe dalam League Two, menjaring 14 gol dalam 38 penampilan liga musim lalu dan membantu kelabnya dipromosi ke League One.

Friday, June 8, 2012

Gosip - Manchester United sedia tawar Spurs £22 juta untuk Modric.

    Manchester United bersedia untuk menguji tekad Tottenham untuk mengekalkan pemain midfield Luka Modric dengan bidaan £22 juta. Pemain Croatia itu telah lama dalam senarai pemain idaman Sir Alex Ferguson.

     Walaupun Tottenham meletakkan nilai sekitar £30 juta, United tidak sanggup untuk membayar amaun tersebut untuk pemain perancang 26 tahun itu. United percaya kegagalan Spurs untuk layak ke Champions League musim depan memudahkan usaha mendapatkan Modric.

Wednesday, June 6, 2012

Terkini - Manchester United setuju perpindahan Shinji Kagawa.

     Manchester United telah menandatangani penyerang Borussia Dortmund  Shinji Kagawa dengan yuran perpindahan yang belum didedahkan. Kagawa yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Sir Alex Ferguson akan menyertai Old Trafford bergantung kepada pemeriksaan perubatan dan permit kerja UK.

     Sejak menyertai Dortmund untuk yuran £285,000 dari Cerezo Osaka pada 2010, Kagawa telah membantu kelab Jerman itu memenangi gelaran liga dua musim berturut-turut dan menjaringkan 29 gol dalam 71 penampilan.

Monday, June 4, 2012

Nani bincang lanjutkan kontrak dengan Manchester United.

     Pemain sayap Manchester United Nani dilaporkan dalam perbincangan melanjutkan kontrak dengan kelab yang mana perjanjian sekarang akan berakhir pada 2014. Beliau sekarang dibayar £90,000 seminggu dan cuba mendapatkan kenaikan £130,000 seminggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...