Monday, June 4, 2012

Nani bincang lanjutkan kontrak dengan Manchester United.

     Pemain sayap Manchester United Nani dilaporkan dalam perbincangan melanjutkan kontrak dengan kelab yang mana perjanjian sekarang akan berakhir pada 2014. Beliau sekarang dibayar £90,000 seminggu dan cuba mendapatkan kenaikan £130,000 seminggu.

     "Saya sangat gembira tapi saya tidak pasti masa depan. Sekarang saya akan menilai setiap peluang,” kata beliau dalam temubual dengan stesen televisyen Portugal RTP.

     "Bolasepak bukan sekadar di England atau Sepanyol. Satu kemungkinan untuk menikmati kejayaan di negara lain. Agen saya masih menunggu berita daripada United. Kami telah memberikan tawaran balas dan sekarang menunggu maklum balas daripada kelab. Saya telah bersama dengan kelab selama lima musim dan mengecap pelbagai kejayaan."

     Nani muncul pemain terbaik United musim 2010/11 dan memulakan musim lalu dengan baik. Kecederaan membayangi aksi beliau sepanjang musim lalu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...