Thursday, June 30, 2011

David de Gea - Saya bangga dapat berada di kelab terbaik seperti United.

De Gea bersama Ferguson.
     Manchester United telah mengesahkan penjanjian perpindahan ketiga musim panas ini setelah mencapai persetujuan dengan Athletico Madrid bagi perpindahan David de Gea.

     Penjaga gol berusia 20 tahun itu telah membuat pemeriksaan perubatan awal minggu ini dan bersetuju dengan kontrak lima tahun.

     "Saya berbangga dan tidak sabar untuk mula beraksi di sini," kata de Gea dalam temubual eksklusif dengan MUTV.

     "Apabila kelab besar seperti Manchester United datang (membuat tawaran) ia jelas membuatkan anda sangat, sangat gembira.

     "Saya melihat minat mereka ke atas saya sebagai motivasi tambahan untuk bekerja lebih keras untuk menunjukkan keupayaan saya.

Alex Ferguson terima ijazah kehormat dan bergelar Dr. Alex Ferguson.


     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson menerima ijazah kehormat dari universiti sebagai menghargai sumbangan cemerlang beliau dalam bidang sukan.

     Ferguson 69 tahun mendapat gelaran doktor dari Universiti of Stirling di Scotland. Kehadiran Ferguson ke universiti di tengah Scotland ini membawa beliau kembali ke tempat permulaan karier bolasepaknya ketika bermain dengan Falkirk dari 1969 hingga 1973. Anak kelahiran Glasgow Scotland ini juga memulakan karier sebagai pengurus di East Stirlingshire pada 1974.

Macheda tidak sabar kembali ke Old Trafford.

Federico Macheda.
     Federico Macheda tidak sabar untuk kembali beraksi di Old Trafford selepas dipinjamkan ke kelab Itali Sampdoria.

     Macheda percaya karier bolasepaknya akan mendapat manfaat apabila kembali beraksi dalam Liga Perdana setelah enam bulan beraksi dalam Serie A.

     Penyerang pasukan Itali itu menyertai Sampdoria secara pinjaman pada Januari tetapi gagal membantu kelab Genoa itu daripada tersingkir ke Serie B musim depan.

Wednesday, June 29, 2011

Gosip - Arsenal berdepan prospek kehilangan pemain utama Fabregas dan Nasri.

Samir Nasri
     Arsenal bakal berdepan kemungkinan kehilangan dua pemain utama Cesc Fabregas dan Samir Nasri. The Gunners menerima tawaran baru sebanyak £34 juta dari Barcelona untuk kapten Cesc Fabregas.

     Dan Manchester United juga dilaporkan bersedia membuat tawaran untuk Samir Nasri dengan nilai £20 juta dengan harapan perjanjian dapat dimeterai sebelum latihan pra-musim yang bermula Isnin depan.

Blast from the Past - Penjaga gol terbaik Manchester United.

     Manchester United bakal menandatangani perjanjian dengan David de Gea sebagai pengganti Edwin Van der Sar yang bersara hujung musim lalu. Sungguhpun berusia 20 tahun namun untuk dua tahun sebelum ini beliau merupakan penjaga gawang utama bagi kelab Athletico Madrid dan beraksi dalam Champions League musim lalu. Diharap dengan lebih pendedahan aksi peringkat utama Eropah dan Liga Perdana, de Gea mampu menunjukkan keupayaan dan kemahiran untuk menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dunia.

     United sebelum ini juga mempunyai beberapa penjaga gol terbaik yang mana menjadi faktor utama kejayaan demi kejayaan yang dirangkul. Kita senaraikan antara penjaga gol terbaik yang pernah beraksi di Old Trafford.

Tuesday, June 28, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 2.


1928 - Manchester United Home Shirt.

Merupakan tahun di mana United mengekalkan jersi baju merah dan seluar putih. Kolar merah dengan tambahan warna putih di bahagian dalam memberikan sentuhan ciri-ciri moden kepada jersi pasukan.

Terkini - Manchester United melengkapkan perpindahan David de Gea.

David de Gea
       David de Gea bakal melengkapkan perpindahan yang dianggarkan berjumlah £18.3 juta dari Atletico Madrid ke Manchester United selepas tiba di Manchester semalam untuk pemeriksaan kesihatan.

Nani mengalu-alukan kehadiran Ashley Young.

Nani
     Nani menegaskan beliau mengalu-alukan kehadiran Ashley Young ke Old Trafford dan bersedia dengan persaingan yang semakin meningkat posisi sayap Manchester United.

     United melengkapkan perpindahan Young minggu lepas selepas pemain Aston Villa itu bersetuju dengan kontrak lima tahun, dan sekaligus mencetuskan spekulasi masa depan Nani apabila dikaitkan dengan kelab-kelab gergasi Eropah lain.

Monday, June 27, 2011

Perbandingan United dengan kelab 'Big Four' lain.

     Tidak dinafikan kejayaan demi kejayaan yang dirangkul United bermula awal tahun 1990an hingga kini berkait rapat dengan kecemerlangan dan kehebatan pengurus Alex Ferguson. Dengan hampir 25 tahun menjadi pengurus nyata kestabilan yang dimiliki United pastinya dicemburui kelab-kelab besar lain.

     Arsene Wenger adalah pengurus kedua paling lama bersama Arsenal (15 tahun) dan diikuti David Moyes di Everton (8 tahun).       

     Chelsea telah mengumumkan perlantikan pengurus muda berpotensi dari Porto Andre Villas-Boas, ini bermakna beliau adalah pengurus Chelsea yang ke-12 dalam era Liga Perdana atau yang ke tujuh selepas Roman Abramovic mengambil alih kelab barat London itu pada 2003.

     Liverpool walaupun pada awalnya dibawah kendalian Rafa Benitez dilihat akan menamatkan penguasaan United dalam Liga Perdana namun akhirnya meninggalkan kelab Merseyside itu pada 2010.

     Kita lihat perbandingan senarai pengurus antara empat kelab ini sejak era Liga Perdana diperkenalkan pada musim 1992/93 hingga kini.

Chicharito terima anugerah Penjaring Terbanyak dan Pemain Paling Berharga pada Kejohanan Gold Cup 2011

     Mexico menewaskan USA 4-2 dalam perlawanan akhir Gold Cup 2011. Kejohanan ini yang dahulunya dikenali sebagai Piala CONCACAF diadakan setiap dua tahun untuk menentukan juara dari rantau Amerika Utara, Tengah Amerika dan Caribean.

     Rekod kejuaraan dipegang oleh Mexico dengan sembilan keseluruhannya dan diikuti USA dengan empat. Javier 'Chicharito' Hernandez muncul sebagai penjaring terbanyak dengan tujuh gol dan ditabal pemain paling berharga untuk kejohanan kali ini.

Gosip - United buat kejutan dengan bidaan untuk Thiago Alcantara.

Thiago Alcantara
   
      Sir Alex Ferguson telah membuat tawaran £15 juta untuk pemain muda Barcelona dan Sepanyol Thiago Alcantara.

     Pengurus United itu mahu pemain paling menyinar pada Kejohanan Eropah Bawah 21 di Denmark dengan tawaran tunai tetapi Barcelona difahamkan tidak mahu menjual mana-mana pemainnya ke pasukan saingan dalam Champions League.

Friday, June 24, 2011

Valencia sedia bersaing untuk posisi sayap.

Antonio Valencia
     Antonio Valencia menolak kenyataan bahawa posisi sayap kanan dalam pasukan utama United dalam ancaman dengan kehadiran pemain baru Ashley Young.

     Valencia dan rakan sepasukan Nani akan bersaing  dengan Young untuk posisi sayap. Namun Young yang sah menjadi pemain United dengan perpindahan dianggarkan melebihi £16 juta semalam kerap beraksi di posisi sayap kiri bersama Aston Villa.

Ashley Young sah bergelar pemain Manchester United.

Ashley Young.
     Ashley Young sah bergelar pemain Red Devils semalam menurut laman web rasmi Manchester United. Beliau adalah pemain kedua yang bakal menyarung jersi United musim depan selepas Phil Jones bersetuju berpindah dari Blackburn awal bulan ini.

     Kenyataan rasmi kelab pada tengahari Khamis lalu menyebut: "Manchester United dengan bangganya mengumumkan bahawa pihak kelab telah mencapai persetujuan dengan Aston Villa berhubung perpindahan Ashley Young. Pemain tersebut telah lulus pemeriksaan perubatan dan bersetuju dengan tawaran kontrak lima tahun."

Thursday, June 23, 2011

Blast from the Past - Musim 1995/96 menyaksikan United dibarisi pemain-pemain muda.

Class of 1992
     Setelah mengakhiri musim 1994/95 tanpa sebarang trofi - naib juara liga dengan hanya satu mata di belakang juara Blackburn dan tewas 1-0 dengan Everton pada perlawanan akhir Piala FA - Alex Ferguson mengambil tindakan drastik dengan merombak pasukan United.

     Musim baru 1995/96 pasukan United hampir keseluruhannya dibarisi pemain muda berbakat menerusi sistem akademi pemain remaja. Pihak media juga pemerhati bolasepak khususnya tidak langsung meletakkan harapan untuk pasukan bimbingan Ferguson mengharungi musim ini dengan cemerlang apatah lagi menjadi juara.

Ashley Young semakin hampir bergelar pemain Manchester United.

Ashley Young
     Ashley Young diambang melengkapkan perpindahan ke Manchester United dengan anggaran kos £16 juta. Perjanjian pemain sayap Aston Villa itu difahamkan telah disediakan lebih awal oleh pihak United sebelum beliau bercuti ke Las Vegas dua minggu lalu. Beliau dengan segera melengkapkan penilaian perubatan di hospital Bridgewater di Manchester sejurus kembalinya ke England Isnin lepas.

Tuesday, June 21, 2011

Alexis Sanchez tolak tawaran dua kelab Manchester untuk menyertai Barcelona.

Alexis Sachez
     Barcelona dilaporkan berjaya mengenepikan cabaran dua kelab Manchester untuk mendapatkan khidmat Alexis Sanchez dari kelab Itali Udinese dengan yuran perpindahan dianggar £32 juta.

     Menurut sumber di Chile dan Sepanyol, kelab Catalan itu adalah kelab pertama membuat tawaran bernilai £25 juta dan selebihnya £7 juta bergantung kepada prestasi pemain.

     Sanchez kini berada di Santiago bersama pasukan kebangsaan Chile untuk persediaan kejohanan Copa America bulan depan, dilaporkan sudah diberi kebenaran oleh pengurus Claudio Borghi sekiranya beliau perlu ke Barcelona untuk menandatangani perjanjian. Difahamkan juga pemain-pemain Chile yang lain sudah pun mengucapkan tahniah kepada Sanchez atas kejayaan menyertai pasukan Juara Eropah 2011.

Friday, June 17, 2011

Jadual perlawanan United musim 2011/12.

       Jadual kesemua perlawanan untuk 20 pasukan Liga Perdana Barclays telah dikeluarkan. Musim 2011/12 bermula secara rasmi pada 13 Ogos depan. Berikut adalah senarai awal perlawanan-perlawanan yang melibatkan Manchester United.

Gosip - Raphael Varane akui beliau tidak berminat untuk berpindah dan duduk dibangku simpanan.

Raphael Varane
     Pemain bintang remaja Perancis Raphael Varane menegaskan beliau hanya akan menyertai Manchester United jika beliau merasakan beliau mempunyai peluang dalam kesebelasan utama.

     United membuat tawaran kepada kelabnya, Lens, dengan yuran perpindahan di bawah £10 juta dan difahamkan kelab Perancis itu bersedia melepaskan pemain 18 tahun itu. Bagaimanapun, pertahanan tengah - yang juga merupakan pemain bawah 21 tahun Perancis - turut menarik minat kelab-kelab lain seperti Manchester City, Paris St Germain, Real Madrid dan Lyon.

Bye bye Bebe - Bebe dipinjamkan ke Besiktas untuk musim depan.

Bebe bersama David Gill pada Ogos lalu.
     Pemain sayap Bebe akan menghabiskan musim depan secara pinjaman bersama kelab Turki Besiktas.

     Bebe, 20, menyertai United dari kelab Portugal Vitoria de Guimaraes yang mengejutkan banyak pihak terutama pihak media pada Ogos tahun lalu. Beliau membuat tujuh penampilan dalam pasukan utama, menjaringkan gol dalam kejohanan Piala Carling dan Champions League - kebetulan pada perlawanan menentang satu lagi kelab Turki Bursaspor. Bebe juga beraksi 13 kali dalam pasukan simpanan United dengan menjaringkan enam gol.

Thursday, June 16, 2011

Patrice Evra - Saya sayang kelab ini.

Patrice Evra dan Alex Ferguson.
     Patrice Evra menandatangani perjanjian baru dengan Manchester United selepas menerima beberapa tawaran lain daripada kelab-kelab ternama Eropah.

     Beliau mendedahkan bahawa perasaan beliau terhadap kelab yang membuatkan beliau mahu kekal di Old Trafford.

     Evra berhijrah dari kelab Perancis Monaco ke Old Trafford pada 10 Januari 2006 dan membuat penampilan pertama empat hari kemudian ketika menentang Manchester City di Eastland.

Michael Owen mahu berundur dari bolasepak ketika berada di puncak.


Michael Owen
      Michael Owen mengakui tiada rancangan untuk bersara dalam masa terdekat sambil menegaskan pentingnya untuk beliau berundur dari arena bolasepak ketika berada di puncak kejayaan. Penyerang berpengalaman berusia 31 tahun itu baru-baru ini menandatangani perjanjian baru untuk kekal di Old Trafford setahun lagi.

     Beliau terpaksa menerima hakikat peranan beliau dalam skuad United mungkin terhad dengan Alex Ferguson akan membina skuad baru yang bakal dibarisi pemain bertaraf dunia.

David de Gea - Bukan harga yang membimbangkan saya, tetapi untuk menjadi pengganti Van der Sar.

David de Gea ketika latihan dengan skuad bawah 21 Sepanyol

Wednesday, June 15, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 1.

     Kita imbas kembali ke tahun 1892 di mana United masih dikenali dengan nama Newton Heath.


1892 - Newton Heath Home Shirt.

     Jersi asal Newton Heath pada awal 1890an telah direka dan dipakai semula pada 1993 untuk menyambut kegemilangan sejarah kelab yang bermula dari bawah. Newton Heath juga menggunakan pasangan baju putih /seluar hitam dan juga baju merah / seluar putih.

Top 5 - Perpindahan pemain bolasepak paling mahal di dunia.

     Dengan perpindahan musim panas secara rasminya akan bermula pada 1 Julai nanti hingga 31 Ogos, kebanyakkan kelab-kelab terkemuka dunia masing-masing sibuk menjalankan 'urusniaga'. Yuran perpindahan adalah subjektif bergantung kepada reputasi pemain dan juga bilangan kelab-kelab lain yang berminat. Kelab dengan sumber kewangan terbesar Manchester City sebagaimana musim-musim sebelum ini sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam pasaran kali ini. Berikut disenaraikan Top 5 pemain termahal dunia sehingga musim perpindahan Januari 2011 lalu.

Eksklusif - Manchester United bakal mendapatkan Alexis Sanchez dengan £27 juta.

Alexis Sanchez
     Manchester United tampak berada di depan untuk menandatangani bintang Chile Alexis Sanchez apabila Davil Gill berada di Sepanyol untuk melengkapkan perjanjian. Ketua eksekutif United itu berharap dapat menyelesaikan urusan perpindahan pemain buruan ramai itu yang dianggar £27 juta dalam masa terdekat.

     Sekiranya Gill berjaya - mematahkan usaha Manchester City, Barcelona dan gergasi Eropah yang lain - ini akan menjadikan perbelanjaan Ferguson pada musim panas ini kepada £82 juta.

     Gill bertemu presiden Udinese Gino Pozzo - yang menetap di Barcelona - untuk berbincang lanjut mengenai perpindahan.

Tuesday, June 14, 2011

Blast from the Past - penjaga gol Manchester United antara Peter Schmeichel dan Edwin van der Sar.

     Apabila Peter Schmeichel meninggalkan United pada 1999 selepas perlawanan akhir Champions League, Alex Ferguson menghadapi kesukaran untuk mencari penjaga gol yang baru. Malahan United terpaksa menanti hingga calon ke sebelas iaitu Edwin Van der Sar yang tiba di Old Trafford pada 2005. Dengan penjaga gol muda dari Sepanyol David de Gea bakal diumumkan secara rasmi sebagai penjaga gol yang baru awal bulan depan, para penyokong sangat menharapkan apa yang berlaku sebelum ini tidak berulang. Kita lihat senarai penjaga gol yang dimaksudkan.

Darron Gibson setuju dengan perpindahan £5 juta ke Sunderland.

Darron Gibson

     Menurut laporan Darron Gibson telah bersetuju untuk berhijrah ke Sunderland selepas Manchester United menerima tawaran mereka minggu lepas. Wes Brown dan John O'Shea juga sebahagian daripada tawaran tersebut, begitupun difahamkan Wes Brown lebih berminat untuk menyertai Everton.

     Gibson berharap dapat menjadi sebahagian daripada kesebelasan utama United musim lalu tetapi malangnya beliau gagal mempamer pemain mantap dan impresi terbaik kepada Ferguson khususnya apabila diberikan peluang. United dalam pencarian pemain midfield bertaraf dunia, untuk memperkuatkan barisan midfield yang sedia ada, dan jelas Gibson menerima hakikat tersebut dan percaya peluang untuk beliau beraksi musim depan terlalu terhad.

Terkini - United melengkapkan perpindahan Phil Jones dari Blackburn.

Phil Jones
     Phil Jones telah melengkapkan perpindahan berjumlah £16.5 juta dari Blackburn ke Manchester United selepas bersetuju dengan kontrak lima tahun. Pemilik Blackburn dari India mahukan yuran perpindahan yang lebih besar dengan ditambah bidaan saat akhir Liverpool berjumlah £22 juta.

     Namun Jones yang sedang beraksi di Denmark untuk kejohanan Eropah bawah 21 tahun memberitahu pengurusan Blackburn bahawa beliau tidak mahu menyertai mana-mana kelab selain Manchester United.

Monday, June 13, 2011

Dalglish bakal dimalukan Ferguson sekali lagi?

Alex Ferguson dan Kenny Dalglish
     Isu perpindahan pemain pertahanan Blackburn Phil Jones ke Manchester United yang berpanjangan disebabkan salah faham pemilik mereka dari India dan bidaan saat akhir Liverpool bukanlah sesuatu yang baru antara Ferguson dan Dalglish. (baca di sini)

     Jones dengan jelas menyatakan yang beliau memilih United berbanding Liverpool, namun pengurusan Anfield membuat bidaan saat akhir dengan jumlah £6 juta melebihi daripada klausa £16 juta yang termaktub dalam kontrak Jones. Situasi ini jelas menunjukan Dalglish sekali lagi tidak berpuas hati apabila 'ditewaskan' oleh Ferguson.

"Saya kapten pasukan, kenapa perlu saya tinggalkan Manchester United?"

Nemanja Vidic
     Setahun yang lalu, pelbagai spekulasi dari media-media menyatakan hasrat Nemanja Vidic mahu berpindah dari Old Trafford dan ia seolah-olah hakikat yang tidak dapat dielakkan. Walaupun beliau sendiri menyatakan mahu menghabiskan tempoh kontraknya bersama United namun berlainan pula kenyataan daripada agennya.

     Namun secara tidak di sangka Vidic, 29, menandatangani kontrak perjanjian baru empat tahun dan dinamakan kapten kelab awal musim lalu.

    Terbaru agennya Silvano Martina menolak spekulasi perpindahan Vidic dari Old Trafford dengan Juventus dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain pertahanan Serbia itu.

Manchester United yakin melengkapkan perpindahan Phil Jones walaupun Liverpool membuat bidaan di saat akhir.

Phil Jones
     Manchester United yakin dapat menandatangani perjanjian perpindahan Phil Jones dengan £16.5 juta walaupun terdapat usaha dari Liverpool membuat bidaan saat akhir. United yakin dapat melengkapkan butiran perjanjian dengan Blackburn, yang mana beliau sekarang berada di Denmark dalam kejohanan Eropah bawah 21 tahun.

     Jones yang telah selesai melakukan pemeriksaan kesihatan dengan United dan bersetuju dengan syarat serta terma di Old Trafford pada Rabu lalu, namun terdapat salah faham dari pemilik Blackburn dari India yang mengharapkan yuran perpindahan yang lebih tinggi hingga £25 juta.

Saturday, June 11, 2011

Eric Cantona kembali ke Old Trafford untuk perlawanan testimoni Paul Scholes.


Eric 'the King' Cantona
     New York Cosmos akan berkunjung ke Old Trafford untuk perlawanan testimoni Paul Scholes yang bersara hujung musim lalu. Eric Cantona yang juga Pengarah Bolasepak kelab Amerika itu akan menjadi jurulatih sementara untuk perlawanan tersebut.

     'Saya mengucapkan tahniah kepada Paul Scholes untuk karier yang menakjubkan di Manchester United,' kata Cantona. 'Saya teruja untuk kembali ke Old Trafford dengan peranan baru saya di New York Cosmos.'

Friday, June 10, 2011

Top 5 - Pemain terbaik dibeli Alex Ferguson.

     Sepanjang hampir 25 tahun Alex Ferguson mengemudi Manchester United, pemain datang dan pergi. Antaranya ada yang gagal dan sudah pasti ada yang berjaya. Kita senaraikan top 5 yang menjadi pemain terbaik dibawah Ferguson.

Sam Allardyce - Phil Jones bakal menggantikan Rio Ferdinand.

Sam Allardyce
     Sam Allardyce bekas pengurus Blackburn Rovers yakin Phil Jones boleh menjadi pemain penting buat Alex Ferguson yang sedang merancang dinasti 'terakhir' pasukan Manchester United dibawah kendaliannya.

     Dengan Paul Scholes dan Gary Neville yang telah bersara sementara Ryan Giggs di penghujung karier, Allardyce meramalkan dengan kehadiran Jones di Old Trafford akan memastikan Revolusi Ferguson berakhir dengan kejayaan.

Thursday, June 9, 2011

Phil Jones bersetuju menyertai Manchester United dengan bayaran £16 juta.

Phil Jones
     Alex Ferguson telah membelanjakan hampir £35 juta musim panas ini dengan mendapatkan Phil Jones dari Blackburn Rovers. Pengurus United itu tidak akan berhenti di situ untuk memperbaiki skuadnya.

     Phil Jones, 19, menjalani pemeriksaan perubatan di Carrington dan bersetuju dengan perjanjian lima tahun dengan gaji permulaan £40,000 seminggu. Ferguson berjaya mendapatkan pertahanan Blackburn itu dengan kos £16 juta, sekaligus meranapkan usaha Liverpool yang juga berminat untuk mendapatkan Jones.

Wednesday, June 8, 2011

Gosip - Alexis Sanchez ke Manchester United untuk £30 juta.

Alexis Sanchez
     Manchester United perlu menyediakan £30 juta untuk mendapatkan Alexis Sanchez dari Udinese. United berharap dapat melengkapkan perpindahan pemain midfield dari Chile itu untuk harga perpindahan sekitar £25 juta namun kelab dari Itali itu enggan merendahkan tawaran mereka.

     Sanchez memilih untuk menyertai Alex Ferguson berbanding Barcelona, kerana beliau tahu beliau akan lebih banyak memanaskan bangku simpanan di Nou Camp berbanding Old Trafford.

Gosip - Ashley Young diberi lampu hijau untuk menyertai Manchester United.

Ashley Young
     Pengerusi Aston Villa Randy Lerner tidak akan menghalang hajat Ashley Young dengan perpindahan ke Manchester United hampir pasti menjadi kenyataan.

     Lerner yang kembali ke England untuk berbincang dengan pihak pengurusan kelab berhubung dengan isu pencarian pengurus baru Villa bagi menggantikan Gerard Houllier. Difahamkan beliau meletakkan tawaran £16 juta untuk khidmat pemain 25 tahun itu.

Tuesday, June 7, 2011

Gosip - Kagawa beri keseimbangan kepada United.

Shinji Kagawa
    Shinji Kagawa boleh dilabel sebagai pemain eksport dari Jepun yang paling berjaya di Eropah buat masa ini. Beliau meninggalkan negaranya musim panas tahun lalu namun dalam musim pertama telah merangkul gelaran juara Bundesliga Jerman bersama Borussia Dortmund.

     Walaupun mengalami kecederaan yang menghadkan penampilan beliau dalam pasukan namun tetap memainkan peranan penting untuk Borussia Dortmund liga bergelar juara liga selepas sembilan musim. Seperti rakan sepasukan yang lain beliau menarik perhatian kelab-kelab terkemuka Eopah yang lain.

Fergie - Hernandez akan terus kekal di Old Trafford.

Javier Hernandez
     Manchester United akan menggandakan gaji Javier Hernandez kepada £75,000 seminggu untuk kekal di Old Trafford. Ferguson telah memberitahu rakan sejawatnya di Real Madrid Jose Mourinho, beliau tidak akan menjual penyerang Mexico itu untuk sebarang harga.

     Difahamkan Mourinho sangat berminat mendapatkan penjaring gol sensasi United itu ke Real Madrid. Bagaimanapun setelah memberi impak besar dalam musim pertamanya di Old Trafford, Ferguson mengarahkan lembaga pengurusan kelab untuk menolak sebarang tawaran mana-mana pihak. Sudah menjadi trend di mana pemain-pemain United yang dibentuk bertaraf bintang menjadi rebutan kelab-kelab lain terutamanya Rea Madrid. Contoh terbaru, Cristiano Ronaldo, setelah bersama United selama enam tahun beliau berhijrah ke Real Madrid dengan rekod perpindahan dunia £80 juta pada 2009.

Video - Hernandez menjaringkan hatrik menentang El Salvador.

Monday, June 6, 2011

Gosip - Samir Nasri ke Manchester United?

Evra dan Nasri bersama skuad Perancis


     Samir Nasri belum membuat keputusan samada ingin kekal bersama Arsenal dan menandatangani kontrak perjanjian baru. Kontraknya dengan Arsenal masih berbaki setahun hingga penghujung musim depan. Dalam masa yang sama beliau tidak menolak kemungkinan prospek untuk beraksi di Old Trafford.

Sejarah Lencana Manchester United - Siri 3 (akhir)

    

     Lencana ini kekal tanpa sebarang perubahan untuk tempoh 28 tahun. Jenama Adidas yang menjadi penaja United pada pertengahan tahun 1980an pernah menukar simpulan di bahagian atas lencana dengan gambar kasut bola namun pihak pengurusan kelab menukarnya semula dengan imej lebih tradisional berkaitan dengan kelab.

Gosip - Manchester United perlu membayar lebih £20 juta untuk Luka Modric.

Luka Modric ketika beraksi menentang United

     Pengurus United Alex Ferguson telah diberitahu bahawa beliau perlu menyediakan yuran perpindahan melebihi £20 juta jika berminat untuk mendapatkan khidmat Luka Modric dari Tottenham.

     Ferguson yang selama ini berminat untuk mendapatkan pemain midfield dari Croatia itu, dan melihat Modric sebagai pengganti Paul Scholes yang telah bersara.

Sunday, June 5, 2011

Rooney akui menjalani rawatan mengatasi masalah botak.

Wayne Rooney

     Penyerang Manchester United Wayne Rooney mengakui menjalani rawatan untuk mengalami masalah botak yang dihadapinya. Beliau mengesahkan dalam twitternya: 'Saya semakin botak pada usia 25 tahun. Kenapa tidak. Saya gembira dengan keputusannya'. 

     Isterinya Coleen, turut menambah: 'Wayne membuat rawatan rambut. Sepenuhnya adalah keputusan beliau dan bukan cadangan daripada saya sebagaimana diperkatakan orang lain. Turut gembira dan pastinya kelihatan lebih baik.' 

Saturday, June 4, 2011

Top 5 - Pemain yang dibeli Ferguson tetapi gagal menyerlah.

     Nama-nama seperti Diego Forlan, Juan Sebastian Veron, Karel Poborsky, Jordi Cruyff dan banyak lagi adalah antara pemain-pemain yang pernah menyarung jersi United namun tidak dapat bertahan lama. Berikut adalah Top 5 paling gagal menyerlah.

Pemain-pemain United di peringkat antarabangsa.

     Manchester United mengakhiri musim di stadium Wembley 28 Mei lalu namun beberapa pemain masih mempunyai komitmen dengan pasukan negara masing-masing sebelum berehat panjang. Berikut adalah senarai pemain dan perlawanan yang berkaitan:-

1. Rio Ferdinand (England).

    vs Switzerland 4 Jun

     Wakil United yang berada dalam skuad Capello untuk perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Switzerland di Wembley. Dua lagi pemain United diketepikan iaitu Michael Carrick (cedera) dan Wayne Rooney (penggantungan).

Friday, June 3, 2011

Imbasan dan rumusan musim 2010/11.

United juara liga 2010/11
     Musim 2010/11 merupakan antara musim yang paling sukar diramal buat Manchester United. Kehebatan Barcelona terutama di bahagian tengah sudah dijangka dan tidak menghairankan setelah United gagal menambah pemain berkualiti di bahagian tersebut musim panas lalu.

     Sesungguhnya dengan merangkul gelaran liga dan berjaya mara ke akhir Champions League boleh dianggap kejayaan luar biasa Alex Ferguson. Kerap kali beliau menyangkal dakwaan bahawa pasukan United mengalami tempoh suram selepas Ronaldo dan Tevez meninggalkan Old Trafford pada 2009, ditambah dengan kecederaan pemain utama dan prestasi tidak menentu pemain senior.

Thursday, June 2, 2011

Sejarah Lencana Manchester United - Siri 2


     Sepanjang era 1960-an, kebanyakkan program dan barangan cenderamata kelab memaparkan lencana yang baru direka dengan mengekalkan perisai dan kapal dari lambang Dewan Bandaran Manchester, dengan perkataan Manchester United di atas manakala Football Club di bawah. Lencana ini direka bertepatan dengan gaya permainan inovatif yang dibawa oleh pengurus United pada masa itu Sir Matt Busby.

Dimitar Berbatov - Saya mahu kekal bersama United.

Berbatov bersama trofi liga.


     Dimitar Berbatov berikrar mahu kekal bersama United musim depan. Pemain Bulgaria itu, 30, dikatakan akan meninggalkan Old Trafford setelah tidak tersenarai dalam pasukan United pada perlawanan akhir Champions League menentang Barcelona yang lalu.

Michael Owen kekal bersama United untuk semusim lagi.

Michael Owen bersama Alex Ferguson.


     Michael Owen menyambung kontrak bersama United untuk satu tahun lagi hingga penghujung musim depan. Bekas penyerang England itu, 31, hanya beraksi dalam kesebelasan utama empat kali musim 2010/11 - satu daripadanya dalam Liga Perdana.

Wednesday, June 1, 2011

Paul Scholes - Bersaranya The One and Only Ginger Prince.

Paul Scholes
     Paul Scholes dilahirkan pada 16 November 1974 di Salford, Manchester. Pada peringkat sekolah beliau mengungguli sukan kriket dan bolasepak. Mula berlatih pertama kali dengan Manchester United pada seawal usia 14 tahun.

     Sebenarnya beliau bukan sebahagian dari pasukan pemain yang memenangi Piala FA Youth Cup 1992 yang dibarisi antaranya David Beckham, Nicky Butt, Gary Neville dan Ryan Giggs, tetapi merupakan ahli pasukan pada musim berikutnya yang layak ke akhir bersama Phill Neville. Beliau mula menjadi pemain profesional pada 23 Julai 1993 dengan jersi bernombor 24 namun perlawanan pertama beliau hanya muncul pada musim 1994/95 dan beraksi 17 kali dan menjaringkan lima gol.

Video - Penghargaan buat Paul Scholes 'the Ginger Prince'.

Paul Scholes - Apa kata mereka..

     Berikut adalah antara pandangan dan pendapat pemain-pemain malahan pengurus-pengurus mengenai Paul Scholes.

Xavi
      In the last 15 to 20 years the best central midfielder that I have seen — the most complete — is Scholes. I have spoken with Xabi Alonso about this many times. Scholes is a spectacular player who has everything. He can play the final pass, he can score, he is strong, he never gets knocked off the ball and he doesn’t give possession away. If he had been Spanish then maybe he would have been valued more.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...