Friday, June 24, 2011

Ashley Young sah bergelar pemain Manchester United.

Ashley Young.
     Ashley Young sah bergelar pemain Red Devils semalam menurut laman web rasmi Manchester United. Beliau adalah pemain kedua yang bakal menyarung jersi United musim depan selepas Phil Jones bersetuju berpindah dari Blackburn awal bulan ini.

     Kenyataan rasmi kelab pada tengahari Khamis lalu menyebut: "Manchester United dengan bangganya mengumumkan bahawa pihak kelab telah mencapai persetujuan dengan Aston Villa berhubung perpindahan Ashley Young. Pemain tersebut telah lulus pemeriksaan perubatan dan bersetuju dengan tawaran kontrak lima tahun."
     
     Young membuat 193 penampilan dengan Aston Villa dan menjaringkan 39 gol selepas menyertai mereka dari Watford pada Januari 2007. Pemain sayap 25 tahun itu yang juga bermain sebagai penyerang kedua terkenal dengan keupayaan mencipta gol - dalam lima musim liga yang lepas hanya Cesc Fabregas memiliki lebih assists kepada rakan sepasukan.

     Dalam temubual eksklusif dengan MUTV, Young memberitahu beliau pastinya merindui para penyokong Aston Villa dan kakitangan di Villa Park namun menegaskan "peluang untuk beraksi dengan kelab yang terbesar di dunia sukar dilepaskan.

     "Ia satu peluang...diharapkan saya dapat menjadi sebahagian dari lembaran sejarah dengan membantu untuk memenangi kejuaraan liga ke 20."

     Pertahanan United Rio Ferdinand mengalu-alukan kehadiran Ashley Young ke Old Trafford melalui Twitter: "Seorang lagi pemain muda, berada di kemuncak prestasi dan dahagakan kejayaan."

1 comment:

  1. mntap la mamat ni..kiri kanan boleh main..finishing pn ok..marveles r

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...