Friday, June 24, 2011

Valencia sedia bersaing untuk posisi sayap.

Antonio Valencia
     Antonio Valencia menolak kenyataan bahawa posisi sayap kanan dalam pasukan utama United dalam ancaman dengan kehadiran pemain baru Ashley Young.

     Valencia dan rakan sepasukan Nani akan bersaing  dengan Young untuk posisi sayap. Namun Young yang sah menjadi pemain United dengan perpindahan dianggarkan melebihi £16 juta semalam kerap beraksi di posisi sayap kiri bersama Aston Villa.

     Tetapi Valencia, yang kini bersama skuad Ecuador untuk persediaan menghadapi kejohanan Copa America berkata: "Saya mendengar tentang perkara ini melalui berita - saya tidak merasa gentar.

     "Musim sangat panjang, di bawah pengurusan Alex Ferguson setiap pemain pastinya mendapat peluang beraksi pada perlawanan penting.

     "Ashley adalah pemain bolasepak hebat dan saya percaya beliau mampu membantu United mencapai lebih banyak kejayaan musim depan.

     "Bagi saya, masih ada dua musim lagi di Old Trafford dan saya yakin dapat memenuhi kontrak dan malahan mungkin untuk beberapa tahun lagi.

     Valencia telah dikaitkan sebelum ini dengan perpindahan ke Real Madrid dan Juventus berkata: "Terdapat khabar angin mengenai kelab lain tetapi saya tiada apa-apa berita tentang itu. Saya memberi tumpuan kepada Copa America bersama Equador."

     Valencia yang kembali beraksi setelah pulih daripada kecederaan awal Mac lalu membantu United merangkul kejuaraan liga untuk rekod ke 19 dan layak ke perlawanan akhir Champions League sebelum tewas di tangan Barcelona.

    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...