Monday, June 27, 2011

Gosip - United buat kejutan dengan bidaan untuk Thiago Alcantara.

Thiago Alcantara
   
      Sir Alex Ferguson telah membuat tawaran £15 juta untuk pemain muda Barcelona dan Sepanyol Thiago Alcantara.

     Pengurus United itu mahu pemain paling menyinar pada Kejohanan Eropah Bawah 21 di Denmark dengan tawaran tunai tetapi Barcelona difahamkan tidak mahu menjual mana-mana pemainnya ke pasukan saingan dalam Champions League.


    
     Tawaran United merupakan yang tertinggi antara kelab-kelab yang berminat dan Ferguson membuat tawaran sebelum pemain tersebut menjaringkan gol  menakjubkan dari jarak 45 meter pada perlawanan akhir Euro Bawah 21 hujung minggu lepas.

     Barcelona mahu memberi kesempatan kepada pemain itu pengalaman beraksi dalam Liga Perdana tetapi mahu dimasukkan klausa beli-balik yang tidak dipersetujui United. Thiago dijangka tidak akan banyak beraksi dalam kesebelasan utama musim depan, masalah yang merisaukan jurulatih Pep Guardiola yang tidak mahu kehilangan Thiago dalam jangka masa panjang.


Thiago (kanan) meraikan kejayaan Euro Bawah 21.
   
     Pemain 20 tahun ini dianggap pemain ideal menggantikan tempat Paul Scholes di United tetapi Barca terdesak untuk menyaksikan pemain ini beraksi di tempat lain. Ferguson tidak dapat membuat perbincangan terus dengan Thiago ini kerana agen kepada pemain tersebut adalah abang Pep Guardiola sendiri Pere.

     Dalam perkembangan lain Barcelona mungkin menjadikan Thiago sebahagian daripada tawaran kepada Arsenal untuk mendapatkan khidmat Cesc Fabregas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...