Thursday, April 28, 2011

Shalke 04 vs Manchester United 0-2



United selangkah ke perlawanan akhir Champions League.

     Manchester United menghampiri perlawanan akhir Champions League selepas menundukkan Schalke 2-0 dengan persembahan antara yang terbaik dalam sejarah kelab. United akan menerima kunjungan Schalke sekali lagi di Old Trafford pada 04 Mei dan agak mustahil untuk Schalke menidakkan laluan United ke perlawanan akhir ketiga dalam empat musim.

Sunday, April 17, 2011

Manchester City vs Manchester United 1-0 -Harapan Treble United Berkecai.

     Manchester United pastinya kecewa apabila harapan treble musnah setelah kecundang di peringkat separuh akhir Piala FA. Manakala City sudah pasti melihat keputusan ini sebagai amaran bukan sahaja kepada musuh setempat United malahan keseluruhan pasukan liga.

Saturday, April 16, 2011

Top 5 - Separuh akhir Piala FA terbaik sepanjang zaman.

1. Fulham 3 Manchester United 5 - Highbury 1958.

     Tahun yang sama tragedi Munich 1958 di mana kejayaan ini adalah hasil daripada pemain-pemain yang terselamat terdiri pemain-pemain muda dan baru. Setelah seri pada perlawanan pertama 2-2 di Villa Park, United lebih dulu bermula baik dengan tiga gol pendahuluan. Fulham merapatkan jurang dan, pada ketika kedudukan 4-3 untuk United, Johnny Haynes menjaringkan gol tetapi tidak dikira. United sekali lagi menjaringkan gol untuk ke perlawanan akhir.

2. West Ham 2 Everton 1 - Elland Road 1980.

     Selepas seri 1-1 di Villa Park di mana pemain Everton Brian Kidd menjaringkan gol dan dibuang padang, kedua-dua pasukan bertemu di Elland Road. Alan Devonshire meletakan Hammers di depan sebelum Bob Latchford menyamakan kedudukan. Dengan perlawanan berbaki dua minit Frank Lampard Snr (bapa kepada Frank Lampard) menanduk masuk gol kemenangan untuk layak ke akhir. West Ham menewaskan Arsenal 1-0 pada perlawanan akhir hasil jaringan Trevor Brooking.

3. Manchester United 3 Oldham 3 - Maine Road 1990.

     Bermain di tempat City, United ketinggalan hasil jaringan Earl Barrett. Bryan Robson dan Danny Wallace memberikan pendahuluan buat United sebelum Ian Marshall volley mengikat perlawanan ke masa tambahan. Wallace sekali lagi menjaringkan gol tetapi Marshall memastikan keputusan seri untuk perlawanan semula yang seterusnya dimenangi United. Kejayaan United di perlawanan akhir merupakan trofi utama pertama United di bawah kendalian Alex Ferguson.

4. Crystal Palace 4 Liverpool 3 - Villa Park 1990.

     Liverpool mengalahkan Palace 9-0 sebelum ini dan merupakan pasukan pilihan ke akhir. Walaubagaimanapun Palace tidak mengaku kalah dengan gol dari Mark Bright, Gary O'Reilly dan Andy Gray membawa perlawanan ke masa tambahan. Kejayaan luar biasa Palace dilengkapkan oleh gol tandukan Alan Pardew (pengurus Newcastle sekarang).

5. Arsenal 1 Manchester United 2 - Villa Park 1999



     Tidak lengkap senarai tanpa perlawanan ulangan terakhir piala FA tahun 1999 di mana Manchester United menentang Arsenal. Selepas seri 0-0 pada perlawanan pertama, David Beckham meletakkan United di depan. Dennis Bergkamp menyamakan kedudukan dan kapten United Roy Keane dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua sebelum perlawanan berlarutan ke masa tambahan.

     Dengan permainan tinggal 10 minit, Bergkamp berpeluang menamatkan harapan Treble untuk United tetapi sepakan penaltinya diselamatkan Peter Schmeichel. Ryan Giggs menjaringkan gol terbaik piala FA sepanjang zaman dengan larian solo dari tengah padang menggelecek lima pemain Arsenal sebelum merembat ke gol melepasi David Seaman.

Friday, April 15, 2011

Top 5 - Separuh akhir Piala FA terbaik sepanjang zaman.

1. Fulham 3 Manchester United 5 - Highbury 1958.

     Tahun yang sama tragedi Munich 1958 di mana kejayaan ini adalah hasil daripada pemain-pemain yang terselamat terdiri pemain-pemain muda dan baru. Setelah seri pada perlawanan pertama 2-2 di Villa Park, United lebih dulu bermula baik dengan tiga gol pendahuluan. Fulham merapatkan jurang dan, pada ketika kedudukan 4-3 untuk United, Johnny Haynes menjaringkan gol tetapi tidak dikira. United sekali lagi menjaringkan gol untuk ke perlawanan akhir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...