Sunday, April 17, 2011

Manchester City vs Manchester United 1-0 -Harapan Treble United Berkecai.

     Manchester United pastinya kecewa apabila harapan treble musnah setelah kecundang di peringkat separuh akhir Piala FA. Manakala City sudah pasti melihat keputusan ini sebagai amaran bukan sahaja kepada musuh setempat United malahan keseluruhan pasukan liga.


     Ini merupakan kunjungan City ke stadium Wembley sejak 1981 dan Roberto Mancini sememangnya memiliki peluang baik memenangi trofi buat City yang telah 35 tahun ketandusan trofi utama. Kali terakhir City memenangi Piala Liga tahun1976.

     Dimitar Berbatov terlepas peluang terbaik untuk menjaringkan gol pendahuluan, sementara kesilapan Michael Carrick membolehkan Yaya Toure menyumbat gol tunggal perlawanan. Lebih buruk lagi Paul Scholes dibuang padang setelah melakukan bentesan keras keatas Pablo Zabaleta.



     United walaupun bermain dengan 10 pemain tetap melakukan ancaman ke gol City dengan pemain gantian Hernandez. Akhirnya walaupun dengan masa tambahan lima minit dihujung perlawanan tidak dapat menghalang laluan City ke akhir Piala FA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...