Thursday, April 28, 2011

Shalke 04 vs Manchester United 0-2



United selangkah ke perlawanan akhir Champions League.

     Manchester United menghampiri perlawanan akhir Champions League selepas menundukkan Schalke 2-0 dengan persembahan antara yang terbaik dalam sejarah kelab. United akan menerima kunjungan Schalke sekali lagi di Old Trafford pada 04 Mei dan agak mustahil untuk Schalke menidakkan laluan United ke perlawanan akhir ketiga dalam empat musim.


     Ryan Giggs dan Wayne Rooney menjaringkan gol United sebagai kelebihan untuk pusingan kedua. Kedua-dua pemain beraksi baik dengan hantaran Rooney kepada Giggs menghasilkan gol pertama untuk memecah kebuntuan separuh masa pertama. United memperolehi peluang-peluang pada separuh masa pertama namun perjaga gol Schalke, Manuel Neuer tangkas menepis percubaan Hernandez, Giggs dan Fabio da Silva.

     Sehingga minit ke 67, Neuer beraksi cemerlang menidakkan setiap percubaan United ke gawang Schalke hinggalah gol jaringan Giggs. United juga memiliki pertahanan yang kukuh dibarisi Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic, jelas menggagalkan setiap percubaan penyerang Schalke yang diketuai Raul, bekas pemain Real Madrid.

     Gol kedua menyusul selang dua minit hasil serangan yang dimulai Valencia dari sayap kanan melorongkan kepada Hernandez sebelum mengumpan kepada Rooney untuk mudah menewaskan Neuer. Dengan kelebihan dua gol United memperlahankan rentak perlawanan dan mengekalkan posisi bola.
Peluang Schalke dalam separuh masa kedua sangat terhad dan sering dipatahkan oleh pertahanan United. Michael Carrick yang bermain sebagai holding midfielder nyata beraksi cemerlang dengan 108 hantaran dan ketepatan 87%. Jelas bahagian midfield United begitu kukuh menangkis gerakan yang dimulakan bahagian midfield Schalke.

     Alex Ferguson pastinya gembira dengan keputusan ini untuk perlawanan kedua di Old Trafford. Dengan bekalan dua gol di tempat lawan sudah pastinya tugas yang sangat sukar bagi Schalke untuk mengatasi United. Anderson dan Paul Scholes masuk menggantikan Hernandez dan Park Ji Sung pada 20 minti terakhir dan Nani pula menggantikan Rooney pada minit ke 83.

    Apa yang jelas selepas gol kedua Alex Ferguson mengubah tumpuannya pada perlawanan seterusnya Ahad ini menentang Arsenal di stadium Emirates. Formasi 4-5-1 dengan Nani sebagai penyerang dan lima pemain midfield membolehkan United mengawal perlawanan dan serangan Schalke.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...