Friday, March 30, 2012

Rio Ferdinand cergas untuk berdepan Blackburn Rovers.

     Sir Alex Ferguson telah mendedahkan bahawa Rio Ferdinand disahkan cergas menjelang perlawanan penting Isnin ini menentang Blackburn.

     Pertahanan tengah itu digantikan menghampiri penghujung perlawanan kemenangan 1-0 ke atas Fulham namun ia hanya langkah berjaga-jaga dan tiada kesan terhadap masalah sakit belakang yang menghantui beliau selama ini.

     Dengan Nani belum cukup cergas untuk kembali, pasukan yang akan berkunjung ke Ewood Park hampir pasti tiada perubahan dengan perlawanan sebelum ini dengan Cottagers.

Thursday, March 29, 2012

Bryan Robson - Kenyataan Patrick Vieira menunjukkan tanda-tanda terdesak.

Robson bersama Ferguson.
     Bryan Robson menyelar bekas midfield Manchester City Patrick Vieira, selepas pemain Perancis itu menyifatkan Manchester United sebagai "terdesak" kerana membawa Paul Scholes kembali bermain.

     Patrick Vieira, sebagai duta kepada Manchester City (selepas hanya bermain 32 perlawanan) melancarkan 'serangan' ke atas Manchester United minggu lalu, menyatakan United begitu terdesak memanggil semula Paul Scholes daripada persaraan dan pada masa yang sama kehilangan pemain muda berbakat besar seperti Ravel Morrison.

Gosip - Nathaniel Clyne bakal menyertai Manchester United?

     Pengerusi Crystal Palace Steve Parish mendedahkan bahawa kelabnya masih berharap dapat mengekalkan pemain pertahanan Nathaniel Clyne, namun tidak akan menghalang beliau menyertai Manchester United.

     Pasukan Championship itu menaruh harapan agar pemain muda berbakat itu komited dengan Palace namun akur sekiranya beliau memilih untuk berhijrah ke United musim panas ini.

Tuesday, March 27, 2012

Jonny Evans akui Manchester United bernasib baik ketika menentang Fulham.

Jonny Evans dan Wayne Rooney meraikan gol.
     Pertahanan Manchester United Jonny Evans mengakui pasukannya bernasib baik dengan keputusan penalti kontroversi ketika kemenangan 1-0 menentang Fulham.

     Gol sebelum tamat separuh masa pertama daripada Wayne Rooney membolehkan juara bertahan liga itu berada tiga mata di depan pencabar terdekat Manchester City namun pasukan Sir Alex Ferguson bergelut untuk mencipta penyudah terbaik walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan.

Monday, March 26, 2012

Alex Ferguson yakin Rio Ferdinand mampu teruskan karier di Manchester United.

Ferguson dan Ferdinand.
     Sir Alex Ferguson yakin Rio Ferdinand mampu beraksi di peringkat tertinggi untuk Manchester United.

     Bos Old Trafford percaya pertahanan tengah itu masih boleh memberikan yang terbaik kepada kelab dan memuji pengaruh pemain 33 tahun itu dalam bilik persalinan.

     Ferdinand membuat 29 penampilan musim ini walaupun mengalami kecederaan belakang dan pengurus Scotland itu percaya Ferdinand masih sebahagian pemain utama dalam pasukannya.

Saturday, March 24, 2012

Did you know? - Musim 2011/12 punyai persamaan dengan musim 1967/68.

Manchester United musim 1967/68
     Musim ini tidak dapat dinafikan perebutan gelaran juara liga adalah antara dua pasukan Manchester. Manchester United dan Manchester City bersaing sengit kali ini. Ironinya kali terakhir kedua pasukan berada dalam situasi sekarang adalah 44 tahun lalu, musim 1967/68.

     Sebagaimana yang berlaku pada masa itu, kedua pasukan masing-masing mengekori antara satu sama lain menuju ke penghujung musim ini. Kita imbas kembali bagaimana City berjaya muncul juara di depan seteru jiran mereka dengan hanya perbezaan dua mata.

Thursday, March 22, 2012

Alex Ferguson - Nani akan kembali berlatih minggu ini.

     Sir Alex Ferguson mendedahkan bahawa pemain sayap Manchester United Nani akan kembali berlatih minggu ini.

     Pemain antarabangsa Portugal itu terlepas tiga perlawanan terakhir United akibat masalah kecederaan kaki namun semakin menghampiri untuk kembali ke pasukan utama.
    
     Beliau juga mengesahkan Phil Jones akan kembali ke dalam pasukan United menjelang pertemuan dengan Fulham malam Isnin ini, dengan kebimbangan kecederaan semakin reda menuju saingan sengit penentuan gelaran juara penghujung musim.

Blast from the Past - Persaingan takhta liga musim ini mengulangi saingan 16 tahun dahulu.

Alex Ferguson dan Roberto Mancini
     Menuju ke penghujung musim dengan baki sembilan perlawanan, Sir Alex Ferguson meramalkan perebutan gelaran liga akan berlarutan hingga ke perlawanan terakhir dan tidak menolak kemungkinan perbezaan gol juga berperanan menentukan juara kelak.

     Manchester United bermula dengan cemerlang, tanpa kalah pada lapan perlawanan pertama termasuk membenam Arsenal di Old Trafford 8-2. Begitu juga City mengekori rapat United hinggalah pertemuan kedua pasukan di Old Trafford di mana tuan rumah dimalukan seteru setempat mereka dengan kekalahan 6-1.

     Selepas itu City tidak lagi menoleh ke belakang meneraju liga dengan United di tempat kedua. Kedua pasukan saling cuba mengatasi antara satu sama lain, hinggalah City dikejutkan oleh Swansea apabila tewas tipis 1-0. United dengan kelebihan satu mata menerajui semula liga selepas kali terakhir pada pertengahan Oktober.

Tuesday, March 20, 2012

Alex Ferguson ramal perebutan takhta liga hingga perlawanan terakhir.

     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson menegaskan beliau meramalkan perebutan takhta liga musim ini pastinya sengit dan mungkin ditentukan pada perlawanan terakhir, sungguhpun pasukannya berada selesa empat mata mendahului carta liga.

     United membelasah Wolves 5-0 Ahad lalu yang menyaksikan juara bertahan itu menjarakkan diri mereka di depan pencabar terdekat Manchester City, yang akan berdepan Chelsea pada Rabu ini.

Alex Ferguson - Antonio Valencia penting buat Manchester United mengejar gelaran liga ke-20.

Valencia menjaringkan gol kedua United.
     Prestasi Antonio Valencia semenjak Krismas telah membantu Manchester United mengatasi kelebihan Manchester City. Pada permulaan Disember, United mengekori seteru setempat mereka dengan perbezaan jaringan dan jumlah mata; City telah menjaringkan 17 gol lebih untuk selesa dengan lima mata di puncak liga pada 01 Disember lalu.

     Menuju wisel penamat perlawanan Ahad lalu, United telah lakukan lebih daripada merapatkan jurang mata. Mereka memiliki kelebihan empat gol dijaringkan namun dengan gol bolos melebihi City meletakkan mereka hanya kurang tiga untuk perbezaan gol. United menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana menjaringkan 70 gol setakat 29 perlawanan.

Monday, March 19, 2012

Jonny Evans gembira dengan gol pertama buat Manchester United.

Evans meraikan gol pertama bersama Evra dan Welbeck.
     Jonny Evans mengakui beliau gembira dan lega apabila akhirnya berjaya menjaringkan gol buat Manchester United.

     Pertahanan tengah itu yang kini dalam prestasi cemerlang di posisi pertahanan namun berjaya membuka jaringan hasil sepakan sudut Wayne Rooney sekaligus memberi laluan kepada kemenangan 5-0 United di Wolves.

Sunday, March 18, 2012

Blast from the Past - Persaingan gelaran liga Manchester United dan Wolverhamptom Wanderers musim 1957/58.

Para pemain United meraikan kejuaraan 1956/57.
     Menjelang pertemuan Manchester United dan Wolverhampton Wanderers hujung minggu ini, kita imbas semula persaingan klasik kedua pasukan dalam merebut gelaran liga musim 1957/58.

     United dengan barisan Busby Babes menjadi juara dua musim sebelumnya - 1955/56 dan 1956/57 dengan purata usia pasukan 21 tahun dan 22 tahun masing-masing - menjadi pilihan bergelar juara musim ini sekaligus mahu menyamai rekod gelaran hatrik oleh Huddersfield Town (1923 hingga 1926) dan Arsenal (1932 hingga 1935).

Friday, March 16, 2012

Alex Ferguson - Athletic Bilbao berhak layak ke suku akhir Europa League.

Rooney dan Giggs.
     Sir Alex Ferguson berkata Manchester United tidak mempunyai sebarang rungutan berikutan tersingkir daripada Europa League di tangan Athletic Club.

     Pasukan La Liga itu menewaskan United dengan keputusan 5-3 secara agregat - 3-2 di Old Trafford, 2-1 di San Mames - untuk layak ke pusingan suku akhir dan menyingkirkan United buat kali kedua dalam kejohanan Eropah musim ini.

Thursday, March 15, 2012

Blast from the Past - Kali terakhir Manchester United berada di Athletic Bilbao.

     Menjelang pertemuan kedua Manchester United dengan Athletic Bilbao kita lihat kembali rekod pertemuan kedua pasukan. Mereka hanya bertemu sekali iaitu pada musim 1956/57 di peringkat suku akhir Piala Eropah.

     Walaubagaimanapun United berjaya mengatasi kelab Sepanyol itu untuk mara ke separuh akhir. Kita imbas perlawanan pertama antara kedua pasukan yang diadakan di Estadio San Mames pada 16 Januari 1957.

Sir Alex Ferguson akui Dimitar Berbatov mungkin meninggalkan Manchester United.

Membawa haluan masing-masing?
     Pengurus Manchester United  Sir Alex Ferguson mengakui bahawa penyerang Dimitar Berbatov berkemungkinan besar meninggalkan Old Trafford pada musim panas akan datang.

     Pemain Bulgaria itu yang muncul penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu namun gagal mengesahkan tempat dalam kesebelasan utama dengan hanya memiliki 10 penampilan liga setakat ini.

Wednesday, March 14, 2012

Gosip - Alex Ferguson melihat sendiri aksi Eden Hazard.

     Pemain sasaran Manchester United Eden Hazard berbesar hati dengan kehadiran Alex Ferguson yang menyaksikan beliau beraksi bersama pasukan Lille.
     Ferguson menyaksikan Hazard ketika kekalahan 2-1 Lille kepada Lyon minggu lalu, dan sekaligus mengesahkan minat untuk mendapatkan pemain berbakat Belgium itu bersama beberapa kelab besar England lain.

     Hazard, penjaring 11 gol dalam 27 penampilan perlawanan Ligue 1 musim ini, juga menarik minat Real Madrid dan Barcelona, namun difahamkan memberi keutamaan untuk berpindah ke Liga Perdana.

Manchester United ke Sepanyol dengan barisan terkuat.

San Mames Stadium di Bilbao.
     Sir Alex Ferguson terbang ke Sepanyol bersama 20 pemain dalam usaha Manchester United mahu melangkah ke suku akhir Europa League dengan mengatasi defisit jaringan 3-2 menentang Athletic Bilbao.

     Kesebelasan terkuat dilihat pasti diturunkan di stadium San Mames esok, dengan hanya Nani, Anderson dan Phil Jones kekal di Manchester.

Tuesday, March 13, 2012

Ashley Young gembira Manchester United kembali ke puncak liga.

Ashley Young ketika beraksi menentang West Brom.
     Pemain sayap Manchester United Ashley Young menyatakan kegembiraan beliau selepas kemenangan 2-0 Ahad lalu ke atas West Brom dan menyaksikan United kembali ke puncak Liga Perdana.

     Pemain 26 tahun itu gembira dengan keputusan di Old Trafford dan penyandang juara United memintas Manchester City untuk berada di tempat teratas buat kali pertama sejak Oktober tahun lalu.

Thursday, March 8, 2012

Did you know - Johny Berry menjaringkan gol kemenangan menentang Athletic Bilbao di Old Trafford.

     John 'Johnny' Berry dikatakan terlalu kecil untuk menjadi pemain bolasepak maka dengan sebab itu beliau meninggalkan persekolahan untuk menjadi pekerja projektor pawagam selepas ditolak kemasukkan oleh pasukan tempatan.

     Bakat beliau hanya dikesan kapten Birmingham City pada masa itu, Fred Harris semasa bermain untuk pasukan tenteranya di India pada Perang Dunia Kedua.
    
     Pada tahun 1947, beliau memulakan karier  sebagai pemain amatur di Birmingham City sebelum menjadi professional dan beraksi cemerlang di St Andrews sebelum menyertai Manchester United pada 1951.

Paul Scholes dan Anderson cergas untuk berdepan Athletic Bilbao.

     Sir Alex Ferguson menjelaskan ketiadaan Paul Scholes semasa latihan terbuka semalam dan mendedahkan pemain veteran itu mungkin diturunkan menentang Athletic Bilbao.

     Anderson juga sedia untuk beraksi di bahagian midfield selepas berada di bangku simpanan di Tottenham dengan situasi kecederaan di United semakin baik. Anders Lindegaard telah kembali berlatih dan Tom Cleverley juga bersama pasukan utama di pusat latihan Carrington.

Wednesday, March 7, 2012

Fernando Llorente waspada ancaman Wayne Rooney.

Fernando Llorente (tengah) ketika menentang Locomotiv Moscow
     Penyerang Athletic Bilbao Fernando Llorente telah memilih Wayne Rooney sebagai ancaman utama daripada pasukan Manchester United menjelang pertemuan 16 pasukan terakhir Europa League.

     Kelab Sepanyol itu akan berkunjung ke Old Trafford untuk perlawanan pertama Khamis ini, kali pertama selepas tahun 1957. Bilbao menamatkan musim lalu di tangga keenam, 38 mata di belakang juara Barcelona, dan tahu mereka adalah 'underdogs'.

Gosip - Alex Ferguson berminat dapatkan pertahanan Vasco da Gama.

     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan tengah Vasco da Gama Dede dalam usaha memperkukuhkan benteng pasukannya.

     Dengan kebimbangan kecederaan kepada Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic, Ferguson telah mengenalpasti Dede dan mengarahkan Jaap Stam untuk melakukan sebarang urusan.

Tuesday, March 6, 2012

Berita terkini masalah kecederaan Manchester United.

Anderson dan Tom Cleverley.
     Selepas kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Tottenham Hotspur, Sir Alex Ferguson gembira untuk berkongsi berita terkini mengenai masalah kecederaan pemain.

David de Gea gembira dengan prestasi sekarang.

     Penjaga gol Manchester United David De Gea mempertahankan prestasi beliau dalam musim pertama di Old Trafford.

     Pemain 21 tahun itu bergelut menyesuaikan diri pada permulaan musim selepas perpindahan dari Atletico Madrid, namun mempamerkan perubahan luar biasa beberapa minggu kebelakangan ini.

     De Gea percaya aksi beliau semakin meningkat dan menjanjikan lebih baik pada masa akan datang.

Monday, March 5, 2012

Ashley Young puji kemenangan Manchester United ke atas Tottenham.

Young diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua United.
     Ashley Young memuji keupayaan Manchester United untuk memenangi perlawanan walaupun tidak bermain dengan baik selepas United mengalahkan Tottenham pada perlawanan liga semalam.

     Spurs menguasai perlawanan secara keseluruhannya di White Hart Lane namun tidak berjaya mendapat apa-apa daripada perlawanan penting ini selepas pasukan Sir Alex Ferguson mencatat kemenangan dengan persembahan mantap dan penyudah berbisa.

Friday, March 2, 2012

Video - Kebangkitan menakjubkan Manchester United selepas ketinggalan tiga gol.


Michael Owen kembali berlatih selepas pulih daripada kecederaan.

Owen dikeluarkan semasa menentang Otelul Galati
     Penyerang Manchester United Michael Owen kembali berlatih semalam berikutan kecederaan paha yang menyebabkan beliau terlepas aksi selama hampir empat bulan.

     Selepas hanya beraksi selama 10 minit ketika perlawanan Champions League menentang Otelul Galati pada November lalu, pemain 32 tahun itu akhirnya dapat kembali untuk latihan peringkat  ringan.

     Dengan kontrak beliau akan tamat pada hujung musim ini, bekas pemain Liverpool dan Real Madrid itu berdepan tugas sukar untuk mendapat tempoh lanjutan di Old Trafford.

Thursday, March 1, 2012

Alex Ferguson waspada ancaman Louis Saha kepada Manchester United.

Ferguson bersama Saha.
     Sir Alex Ferguson mengakui beliau sedar akan ancaman daripada Tottenham terhadap aspirasi pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan liga pada perlawanan Ahad ini di  White Hart Lane.

     Spurs yang menghuni tangga ketiga liga masih merasai bahang kekalahan 5-2 kepada Arsenal dalam perlawanan derby kelab utara London namun Louis Saha membuka jaringan untuk gol ketiga dalam tiga penampilan buat kelab barunya.

     Perpindahan Saha dari Everton ke Spurs termeterai penghujung Januari dan sudah pasti beliau mahu meneruskan prestasi memberansangkan sekaligus mengecewakan cabaran kejuaraan liga kelab lamanya.

Darren Fletcher sasar untuk kembali musim hadapan.

     Pemain midfield Manchester United Darren Fletcher berharap beliau akan dapat kembali beraksi bermula musim hadapan.

     Ketua pasukan Scotland yang berusia 28 tahun itu terpaksa berehat sepenuhnya daripada bolasepak selepas mengidap penyakit usus kronik.

     Beliau mengakui telah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah tersebut dalam usaha kembali menyambung kariernya di United.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...