Tuesday, March 6, 2012

David de Gea gembira dengan prestasi sekarang.

     Penjaga gol Manchester United David De Gea mempertahankan prestasi beliau dalam musim pertama di Old Trafford.

     Pemain 21 tahun itu bergelut menyesuaikan diri pada permulaan musim selepas perpindahan dari Atletico Madrid, namun mempamerkan perubahan luar biasa beberapa minggu kebelakangan ini.

     De Gea percaya aksi beliau semakin meningkat dan menjanjikan lebih baik pada masa akan datang.

     "Secara jujurnya, saya fikir saya lakukan banyak perkara baik daripada perkara buruk, namun mungkin kesilapan yang saya lakukan lebih mendapat perhatian," De Gea memberitahu AS.

     "Saya telah lakukan yang terbaik. Saya gembira dengan prestasi dan aksi setakat ini dan saya pasti lebih banyak lagi (aksi terbaik) menyusul.

     "Sudah pasti saya kritikal terhadap diri sendiri. Saya perlu begitu. Setiap pemain bolasepak perlu belajar daripada kesilapan untuk memperbaiki hari demi hari dan tahu kelemahan yang ada."

     De Gea telah menjalani pembedahan pembetulan mata musim panas lalu untuk membetulkan masalah penglihatan jarak jauh, menyebabkan desas-desus masalah beliau di gawang disebabkan oleh prosedur tersebut. Walaubagaimanapun, De Gea mengenepikan kenyataan bahawa masalah penglihatan jarak jauh beliau menjadi punca kemerosotan aksi awal musim.

De Gea dengan aksi hebat menentang Chelsea.
     "Saya tidak kisah dengan kritik yang mengatakan masalah tersebut memberi kesan kepada saya," tambah De Gea. "Saya bayangkan ramai pemain lain mengalami masalah sama dan sebab itu terdapat kanta lekap."

     De Gea juga mendedahkan kegembiraan beliau dapat berlatih bersama pemain veteran seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes, dan pada masa yang sama menyatakan Wayne Rooney sebagai 'good guy'.

     "Setiap pagi ketika masuk ke bilik persalinan saya lihat (Ryan) Giggs dan (Paul) Scholes seperti saya sedang bermimpi," De Gea menjelaskan. "Ia kebanggaan yang besar.

     "Saya lihat Giggs memperbaiki aksi setiap hari. Saya beritahu beliau: 'Saya bersama lagenda bolasepak'. Saya bangga dapat bermain bersama mereka. Wayne Rooney juga seorang lelaki yang baik dan pemain hebat.

     "Saya mempunyai hubungan yang baik dengan kesemua pemain, terutama yang bertutur dalam bahasa Sepanyol: 'Chicharito' (Javier Hernandez), (Antonio) Valencia dan Nani."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...