Monday, October 31, 2011

Sejarah Ole Gunnar Solskjaer 'the baby-faced assassin' - Siri 1.

Solskjær bersama Ferguson pada 1999
     Selepas menjaringkan 31 gol daripada 38 perlawanan dengan Molde dalam Liga Perdana Norway, beberapa kelab luar termasuk Hamburger SV dari Jerman dan kelab Itali Cagliari menunjukan minat, pengurus Åge Hareide sedia menjual Solskjær kepada  Everton dan kelab lamanya Manchester City untuk £1.2 juta.

     Walaubagaimanapun, Everton mahupun City masing-masing tidak mahu mengambil risiko ke atas Solskjær, dan minat daripada Hamburg dan Cagliari tidak menunjukan perkembangan seterusnya selepas  Manchester United membida £1.5 juta semasa Euro 1996 di England sedang berlangsung. Molde menerima bidaan tersebut dan pada 29 Julai 1996 beliau menandatangani kontrak bersama United.  

Ole Gunnar Solskjaer memenangi gelaran juara liga Norway.

     Ole Gunnar Solskjaer telah merangkul gelaran juara liga Norway dalam tahun pertamanya dalam bidang pengurusan di kelab yang beliau pernah bermain suatu masa dulu iaitu Molde FK.

     Kelab yang berusia 100 tahun ini ditubuhkan pada 19 Jun 1911, dan sudah pastinya tiada siapa pernah mendengar mengenainya hinggalah mereka menjual Solskjaer pada 1996 yang berusia 23 tahun waktu itu.

Sunday, October 30, 2011

Alex Ferguson puji kemenangan berharga ke atas Everton.

     Selepas menyaksikan semangat juang dan ketabahan pasukannya, Sir Alex Ferguson gembira dengan kemenangan United di Goodison Park.

     Selain daripada sepakan percuma daripada Leighton Baines yang mengegarkan palang gol pelawat, Everton jarang sekali kelihatan seperti mahu memecahkan kekebalan kubu pertahanan United dan Javier Hernandez sekali lagi mempamerkan aksi berkualiti untuk memastikan tiga mata buat United.

Saturday, October 29, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Everton.

     Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita imbas kembali top 5 perlawanan klasik.

5. Everton vs Manchester United 2-3, 09 Sep 1995, Liga Perdana, Goodison Park.

     Pertemuan pertama selepas perlawanan akhir Piala FA 1995 - ditambah dengan keseronakan para penyokong Goodison Park menyaksikan penampilan pertama Andrei Kanchelskis yang dibeli dengan £5juta dari United.

     Ia bagaimanapun mengecewakan dengan gol seawal minit ketiga Lee Sharpe. Sebelas minit berselang Kanchelskis terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan bahu. Anders Limpar menyamakan kedudukan pada minit ke 27. Namun selepas separuh masa kedua bermula Sharpe kembali meletakan United di depan selepas gandingan cantik Paul Scholes dan Andy Cole.

Friday, October 28, 2011

Blast from the Past - Pemain yang bermain untuk Manchester United dan Everton.

     Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita imbas kembali pemain-pemain yang pernah bermain untuk kedua pasukan.

1. Mark Hughes.

Manchester United (1980-1986 & 1988-1995)
Penampilan : 467
Gol : 163
Kejayaan : Liga Perdana 1992/93 & 1993/94, Piala FA 1985, 1990 & 1994, Piala Liga 1992, Charity Shield 1990, 1993 & 1994, UEFA Cup Winner's Cup 1991 & UEFA Super Cup 1991.

Everton (2000)
Penampilan : 18
Gol : 1

Gosip - Manchester United intai pemain Benfica Nicolas Gaitán.

Nicolas Gaitán ketika menentang United
     Manchester United telah mengenalpasti pemain midfield Benfica Nicolas Gaitán sebagai sasaran untuk perpindahan bulan Januari, tetapi harus menyamai klausa pelepasan pemain tersebut yang dianggarkan £40 juta.
  
     Gaitán, yang beraksi cemerlang ketika kelab Portugal itu mencatat keputusan seri 1-1 dengan United  pada perlawanan pertama kumpulan C Champions League bulan lepas, telah ditonton aksinya berkali-kali oleh pegawai-pegawai United.

     United yang juga memerhatikan aksi pemain midfield Anderlecht dari Argentina Lucas Biglia, akan kekal dalam pasaran peepindahan pemain untuk mendapatkan midfield serangan selepas gagal dalam usaha sepanjang musim panas lalu untuk menandatangani pemain Inter Milan Wesley Sneijder dan Samir Nasri, yang menolak tawaran United untuk menyertai Manchester City dari Arsenal.

Thursday, October 27, 2011

Prestasi Valencia masih boleh diperbaiki.

     Sir Alex Ferguson merasakan Antonio Valencia belum mencapai kecergasan 100 peratus walaupun menjaringkan gol yang menakjubkan di Aldershot.

     Pemain sayap United itu mempamerkan aksi mengkagumkan selepas kembali daripada kecederaan pada penghujung musim lalu, tetapi pengurus United  merasakan beliau perlu berhati-hati dalam mengendalikan pemain Ecuador itu.

Tuesday, October 25, 2011

Top 5 - Pemain United yang bersara bolasepak antarabangsa untuk beri fokus kepada kelab.

     Nemanja Vidic telah mengumumkan persaraan daripada arena bolasepak antarabangsa dan mahu memfokuskan kerjaya bolasepak dengan United. Kita imbas top 5 pemain-pemain United yang bersara awal untuk terus bersama United.

5. Dimitar Berbatov, Mei 2010.

     Kapten Bulgaria, Dimitar Berbatov mengumumkan persaraan daripada bolasepak antarabangsa pada Mei 2010. Beliau membuat 74 penampilan buat negaranya dan menjaringkan gol untuk rekod 48 gol.

     Bagaimanapun aksi pasukannya dalam kegagalan untuk layak ke Piala Dunia 2010 menimbulkan banyak kritikan di negaranya.

     Berbatov memecahkan rekod jaringan negaranya yang sebelum ini dipegang oleh Hristo Bonev dengan dua gol pada perlawanan persahabatan dengan Malta November 2010.

Nemanja Vidic umum persaraan daripada pasukan kebangsaan Serbia.

     Nemanja Vidic telah mengumumkan persaraan daripada bolasepak antarabangsa. Kapten United itu membuat 56 penampilan dengan Serbia dan menjaringkan dua gol.

     "Selepas memikirkan secara mendalam dan dengan hati yang berat, saya telah memutuskan ia masa yang sesuai untuk saya bersara daripada bolasepak antarabangsa," Vidic memberitahu ManUtd.com

Monday, October 24, 2011

Blast from the Past - Kekalahan besar United kepada City dan impak kepada kedua pasukan.


     Selepas kekalahan memalukan United kepada City hujung minggu lalu, kedua pasukan Manchester ini hanya akan bertemu semula dalam perlawanan liga pada penghujung April depan. Dengan cabaran musim masih panjang kita imbas kembali rekod lalu, bagaimana kedua pasukan menamatkan musim selepas setiap kali City menang besar ke atas United.

Top 5 - Kekalahan besar United di Old Trafford dalam perlawanan liga.

     Selepas kekalahan mengejutkan 1-6 United di laman sendiri dengan seteru setempat City, kita imbas top 5 perlawanan liga yang berkesudahan dengan keputusan kekalahan besar di Old Trafford juga impak di penghujung musim tersebut.

5. Manchester United vs Nottingham Forest 2-6, 27 Nov 1909, Divisyen Satu, Bank Street.

     Musim 1909/10 merupakan musim ke 18 United dalam Football League dan yang ketiga dalam Divisyen Satu. Selepas tewas tiga perlawanan dalam 14 perlawanan pertama liga United menanti kunjungan Forest di Old Trafford. United dengan rekod tanpa kalah di tempat sendiri musim itu dan seri 1-1 dengan penyandang juara liga Newcastle sebelumnya yakin mampu meneruskan rekod cemerlang di Old Trafford.

     Namun ia berlaku sebaliknya dan lebih mengejutkan tewas besar 6-2 kepada pelawat. George Wall, penjaring terbanyak United musim itu dengan 14 gol dan Harold Halse masing-masing menjaringkan satu gol buat United. Pada Februari 1910 United berpindah daripada gelanggang lama Bank Street ke Old Trafford.

Kedudukan akhir musim - tempat ke-5.

Darren Fletcher - Pemain juga merasai kekecewaan penyokong.

     Darren Fletcher menegaskan kekalahan mengaibkan United kepada seteru setempat City juga dirasai oleh semua pemain sebagaimana para penyokong. Pelawat mendahului 3-0 sebelum Fletcher mengurangkan defisit jaringan untuk memberikan sedikit harapan sembilan minit sebelum tamat masa. Namun harapan terus terkubur apabila City menjaringkan tiga gol dalam masa kecederaan dan memastikan Manchester derby kali ini milik mereka.

      "Kami sedar keputusan seperti ini akan memberi kesan kepada penyokong dan bagaimana mereka akan ke tempat kerja pada Isnin dan mendapat kritikan masing-masing, tetapi pemain juga merasai kekecewaan tersebut. Kami juga tinggal di bandar yang sama dan perlu menghadapinya," kata Fletcher kepada MUTV.

Sunday, October 23, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Manchester City.

     Manchester derby antara United dan City sentiasa menyajikan perlawanan kelas tersendiri, keghairahan prnyokong fanatik dan perjuangan mati-matian setiap pemain. Kita lihat top 5 perlawanan antara seteru setempat ini

5. Manchester United vs Manchester City 5-0, 10 Nov 1994, Liga Perdana, Old Trafford.

     United mengekalkan dominasi ke atas City apabila membelasah pasukan Brian Horton 5-0 di Old Trafford. Terdapat jurang ketara membezakan kedua pasukan dan Andrei Kanchelskis membuktikannya dengan jaringan hatrik dalam perlawanan itu.

     Eric Cantona mempamerkan kelas dan sentuhan berbisa untuk menjaringkan gol sementara Mark Hughes juga tersenarai sebagai penjaring gol dalam musim terakhirnya di Theatre of Dreams.

Saturday, October 22, 2011

Blast from the Past - Pemain yang bermain untuk Manchester United dan Manchester City.

     Menjelang Manchester derby hujung minggu ini kita lihat senarai 10 pemain yang pernah mewakili kedua pasukan.

1. Jimmy Bannister.

Manchester City (1902-1906)
Penampilan : 45
Gol : 21
Kejayaan : Piala FA 1904

Manchester United (1906-1909)
Penampilan : 63
Gol : 8
Kejayaan : Liga Divisyen Satu 1907/08

Blast from the Past - Cerita di sebalik 'back-heel' Denis Law menyingkirkan United ke Divisyen Dua.

Denis Law (dua dari kanan) selepas menjaringkan gol.
     24 April 1974, Old Trafford - Apabila Denis Law menjaringkan gol kemenangan minit akhir di Old Trafford untuk Manchester City dalam perlawanan kedua terakhir musim, ia seperti seorang anak yang mematikan mesin sokongan hayat bapanya.

     Law yang ditabal penyokong sebagai King of Old Trafford selepas 236 gol dalam 11 tahun karier dengan United, telah menghancurkan sisa-sisa harapan kelab kesayangannya untuk mengelakan dari tersingkir daripada Divisyen Satu, apabila back-heel spontan beliau daripada hantaran Francis Lee melepasi penjaga gol Alex Stepney. Tujuh tahun sebelumnya beliau dan Stepney bersama-sama meraikan gelaran liga.

Friday, October 21, 2011

Gosip - Manchester United mahu bintang Real Betis Alvaro Vadillo.

Alvaro Vadillo bersama Cristiano Ronaldo
     Laporan tersebar bahawa    
Manchester United akan melengkapkan perpindahan £3 juta untuk Alvaro Vadillo.

     United mengetahui jika pemain muda itu bermain satu lagi perlawanan dengan Betis, nilai klausa perpindahan pemain tersebut akan melonjak ke £20 juta. Dengan pemain sayap itu ketika ini mengalami kecederaan, ini dikatakan memudahkan sebarang perjanjian ditandatangani.

Sejarah saingan Manchester United dengan Manchester City.

     Manchester derby adalah jolokan yang diberikan kepada perlawanan bolasepak antara Manchester United dan Manchester City. Ia tertumpu kepada City of Manchester dan Greater Manchester dengan anggaran jarak empat batu memisahkan kedua pasukan.

     United berpusat di barat daya Manchester di Old Trafford sementara City di timur Manchester di Etihad Stadium yang dahulunya stadium City of Manchester, dibina khas untuk Sukan Komanwel 2002.

Thursday, October 20, 2011

Gosip - Manchester United mendahului persaingan untuk menandatangani The Next Luka Modric.

     Manchester United mendahului saingan mendapatkan bintang muda Croatia yang dilabel sebagai the next Luka Modric. Perancang Dynamo Zagreb Mateo Kovacic adalah sasaran kelab-kelab besar Eropah tetapi United percaya mereka berkedudukan teratas.

     Sir Alex Ferguson mengambilnya sebagai kepentingan peribadi dalam usaha United mendapatkan pemain 17 tahun itu, yang juga dijejaki oleh kelab seperti Arsenal, Juventus dan Bayern Munich.

Nani bersedia tamatkan cabaran City.

     Nani bersedia untuk menutup mulut seteru setempat Manchester City dan membuktikan beliau adalah pemain utama dalam perlawanan besar buat Manchester United.

     United akan berdepan pasukan kendalian Roberto Mancini - ketika ini tangga teratas liga - pada Ahad ini dan Sir Alex Ferguson melabelkannya sebagai Manchester derby terbesar yang pernah diketahuinya.

     Selepas menjaringkan tiga gol pada tiga pertemuan terakhir dengan City, Nani berazam untuk menjadi faktor penentu Ahad ini. 

Wednesday, October 19, 2011

Michael Carrick - Tiga mata penting buat United.


     Michael Carrick memuji rakan sepasukan selepas kemenangan United mengatasi halangan sukar Otelul Galati di Romania. Pemain midfield United itu gembira dengan tiga mata diperolehi dan mencabar rakan sepasukan lain untuk mengekalkan momentum daripada kemenangan 2-0  semalam untuk baki tiga lagi perlawanan kumpulan.

Tuesday, October 18, 2011

Nemanja Vidic dan Wayne Rooney bakal diturunkan menentang Otelul Galati.

     Nemanja Vidic berlepas bersama pemain Manchester United yang lain untuk perlawanan Champions League menentang Otelul Galati tetapi rakan pertahanan tengah Rio Ferdinand tidak tersenarai.

     Ferdinand direhatkan dalam perlawanan pertama kumpulan C menentang Benfica bulan lalu dan ini bermakna Alex Ferguson akan menurunkan beliau pada perlawanan menentang seteru setempat Manchester City Ahad ini.

Monday, October 17, 2011

Javier Hernandez - De Gea beraksi cemerlang.

Hernandez menjaringkan gol penyamaan buat United.

     Javier Hernandez telah menghamburkan kata-kata pujian buat penjaga gol David De Gea selepas aksi cemerlang beliau ketika keputusan seri 1-1 menentang Liverpool.

     Penjaga gol Sepanyol itu telah melakukan beberapa aksi menyelamat yang hebat ketika United kerap kali di bawah tekanan serangan Liverpool terutama lima minit akhir perlawanan dan semakin yakin beraksi dengan setiap perlawanan berlalu.

Saturday, October 15, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Liverpool.

     Pertemuan Manchester United dengan Liverpool adalah perlawanan terbesar dan penting bagi kedua-dua pasukan setiap musim tidak kira samada dalam liga mahupun kejohanan piala yang lain. Liverpool yang mengungguli era 1970an hingga 1980an manakala United mengambil alih pada era 1990an dan 2000an.

     Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan Sabtu ini kita imbas top 5 perlawanan klasik antara kedua pasukan selepas era Liga Perdana.

Friday, October 14, 2011

Blast from the Past - Pemain yang bermain untuk Manchester United dan Liverpool.

     Saingan yang amat ketara antara dua gergasi bolasepak England ini menjadi begitu sengit hingga sejak perpindahan Phil Chisnall dari United ke Liverpool pada 1964, tiada lagi pemain yang berpindah secara terus antara dua seteru tradisi ini.

     Sesetengah pemain, walaubagaimanapun bermain untuk kedua pasukan, tetapi bermain untuk kelab lain terlebih dahulu, antaranya Paul Ince (Inter Milan), Peter Beardsley (Vancouver Whitecaps dan Newcastle United) dan terbaru Michael Owen (Real Madrid dan Newcastle United).

Thursday, October 13, 2011

Sejarah saingan Manchester United dengan Liverpool.

     Perlawanan antara Manchester United dan Liverpool adalah salah satu saingan yang ketara dalam bolasepak, kadang-kadang dirujuk sebagai North West derby. Kedua kelab berasal daripada barat laut England dengan kedua-dua bandar Manchester dan Liverpool secara sejarahnya adalah sebahagian daripada daerah Lancashire, justeru ia juga terkenal dengan Lancashire derby.

     Dua kelab ini juga adalah kelab yang paling berjaya dalam sejarah bolasepak England ; memenangi 118 trofi, 60 buat United dan 58 buat Liverpool

Javier Hernandez tandatangan perjanjian baru dengan United.

     Manchester United telah memberikan Javier Hernandez kontrak baru lima tahun yang dilaporkan bernilai £80,000 seminggu. Penyerang muda Mexico itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid selepas musim pertama yang gemilang di Old Trafford, yang menyaksikan beliau menjaringkan 20 gol dalam semua kejohanan.

     Walaubagaimanapun, beliau yang bergelar Chicharito telah mempersetujui perjanjian baru sekaligus menjadikan beliau antara pemain yang menerima bayaran tertinggi, dan komited dalam jangka masa panjang di United.

Wednesday, October 12, 2011

Nemanja Vidic dan Tom Cleverley bersedia menghadapi Liverpool.

     Manchester United bakal menurunkan Nemanja Vidic dan Tom Cleverley pada pertemuan Sabtu ini menentang Liverpool di Anfield.

     Kapten United itu tidak dapat beraksi sejak kemenangan perlawanan pembukaan musim menentang West Brom akibat kecederaan otot betis.

     Pemain 29 tahun itu menunjukan kemajuan dalam usaha kembali beraksi dengan staff kejurulatihan United minggu lalu, dan tersenarai dalam pasukan Serbia yang tewas 1-0 kepada Slovenia malam tadi.

Tuesday, October 11, 2011

Sir Bobby Charlton - Happy 74th birthday.

Ryan Giggs menang Anugerah Golden Foot.

Ryan Giggs menerima Golden Foot dari Prince Albert II of Monaco
     Ryan Giggs telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Golden Foot 2011 selepas menerima jumlah undian tertinggi menerusi laman web. Sebagai sebahagian daripada anugerah, pemain Wales itu akan mendapat plak tapak kaki  di atas Monte Carlo's 'Champions Promenade'. Penghargaan ala Hollywood ini menampilkan beberapa nama-nama hebat dalam sejarah bolasepak.

     Golden Foot adalah anugerah tahunan bagi menghargai pemain yang berusia 29 tahun ke atas yang menonjol dalam sukan (samada kejayaan individu mahupun berpasukan), personaliti mereka dan untuk orang ramai dan pakar-pakar bolasepak.

Monday, October 10, 2011

Tom Cleverley tandatangan perjanjian baru dengan United.


     Tom Cleverley telah menandatangani perjanjian baru empat tahun dengan United yang akan menyaksikan pemain midfield itu kekal hingga musim 2014/15.

     Pemain midfiled 22 tahun itu yang kini pulih daripada kecederaan buku lali, adalah produk akademi Manchester United setelah tiba di Old Trafford sejak berusia 12 tahun. Persembahan hebat dalam pasukan utama kebelakangan ini membolehkan beliau tersenarai dalam pasukan England.

Friday, October 7, 2011

Paul Pogba dalam perancangang Sir Alex.

Paul Pogba
     Paul Pogba berharap akan mendapat lebih banyak peluang untuk membuktikan diri beliau selepas merasai aksi pasukan utama ketika menewaskan Leeds United dalam saingan Piala Liga.

     Pemain midfield 18 tahun untuk membuat penampilan senior pertama separuh masa kedua ketika United menewaskan seteru tradisi 3-0 di Elland Road dan mempamerkan mengapa beliau diletakan harapan tinggi di kelab dengan aksi mantap dan penuh kemahiran.

     Pemain Perancis itu mungkin akan diberikan peluang sekali lagi dalam pusingan seterusnya menentang Aldershot selepas diberi jaminan beliau dalam perancangan pengurus Sir Alex.

Wednesday, October 5, 2011

Gosip - Chicago Fire mahukan khidmat Rio Ferdinand.


     Pasukan bolasepak dalam liga MLS Amerika Syarikat Chicago Fire berhasrat mendapatkan pemain pertahanan United Rio Ferdinand dan menjadikan beliau ikon bolasepak di negara itu seperti David Beckham.

Monday, October 3, 2011

Anderson sasar 10 gol buat United musim ini.

     Pemain midfield Manchester United Anderson mensasarkan 10 gol buat dirinya musim ini. Sebelum ini, beliau memerlukan 78 penampilan untuk menjaringkan gol pertama buat United.

     Gol tandukan Anderson dalam kemenangan 2-0 United ke atas Norwich City Sabtu lalu adalah yang ke lima dalam 11 penampilan dan membantu United untuk kekal tangga teratas liga mengatasi Manchester City dengan perbezaan gol.

     Bekas pemain FC Porto itu berkata, "Satu daripada sasaran saya adalah untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 10 gol dalam musim ini. Saya akan buat yang terbaik untuk menjaringkan lebih daripada itu."

     Dengan Paul Scholes yang sudah bersara dan menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton, Anderson telah diberikan tugas utama untuk United oleh Sir Alex.

Saturday, October 1, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 6.


     Semasa pasangan lagenda Sir Matt dan Jimmy Murphy mengambil alih, United berada pada kedudukan ke 16 liga dan pada penghujung musim United berjaya menamatkan saingan di tangga ke empat dengan barisan pemain seperti Crompton, Hamlett, Chilton, Aston, Whalley, Cockburn, Delaney,Pearson, Rowley, Buckle dan Wrigglesworth.

     Pada musim 1946/47 menyaksikan format liga kembali kepada format liga kebangsaan dan bukan lagi format mengikut rantau semasa perang. Manchester United kembali memiliki momentum dengan 26 gol daripada Jack Rowley membantu kelab menduduki tangga naib juara liga, hanya satu mata di belakang musuh tradisi Liverpool.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...