Friday, October 7, 2011

Paul Pogba dalam perancangang Sir Alex.

Paul Pogba
     Paul Pogba berharap akan mendapat lebih banyak peluang untuk membuktikan diri beliau selepas merasai aksi pasukan utama ketika menewaskan Leeds United dalam saingan Piala Liga.

     Pemain midfield 18 tahun untuk membuat penampilan senior pertama separuh masa kedua ketika United menewaskan seteru tradisi 3-0 di Elland Road dan mempamerkan mengapa beliau diletakan harapan tinggi di kelab dengan aksi mantap dan penuh kemahiran.

     Pemain Perancis itu mungkin akan diberikan peluang sekali lagi dalam pusingan seterusnya menentang Aldershot selepas diberi jaminan beliau dalam perancangan pengurus Sir Alex.

     Pogba memberitahu laman web Persekutuan Bolasepak Perancis: "Kemungkinan untuk pinjaman kepada kelab Championship telah dibincangkan pada awal musim, tetapi Sir Alex tidak mahu saya pergi.

     " Itu menjadikan saya mahu membuktikan keputusan beliau adalah tepat dengan menaruh keyakinan terhadap saya. Saya bangga dengan apa yang sedang saya lakukan. Saya semakin hampir dengan pasukan utama dan harap saya boleh menjadi lebih baik."

     Pogba mengakui bahawa beliau mempunyai perasaan bercampur baur apabila masuk menggantikan Ryan Giggs selepas separuh masa di Leeds. "Saya sangat gementar tetapi sangat gembira untuk bersama barisan pemain seperti Carrick, Berbatov dan Owen," kata beliau. " Ia adalah perasaan yang hebat dapat merasai aksi pasukan utama dan sayu mahukan lebih lagi."

     Beliau tiba di United daripada Le-Harve pada 2009 dan merupakan tonggak utama kejayaan merangkul Piala FA Youth bawah 18 bulan Mei lalu.

     "Kami menjulang piala di depan lebih 25,000 peminat -  ia sangat hebat," beliau menambah. "Saya selalu impikan untuk bermain menentang pasukan seperti Chelsea dan Liverpool dan sekarang ia menjadi kenyataan.

     "Kami meneruskan tradisi Mancunia dengan memenangi trofi tersebut buat kali ke 10. Ini membuktikan saya tidak berada di utara England untuk sesuatu yang sia-sia."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...