Wednesday, October 5, 2011

Gosip - Chicago Fire mahukan khidmat Rio Ferdinand.


     Pasukan bolasepak dalam liga MLS Amerika Syarikat Chicago Fire berhasrat mendapatkan pemain pertahanan United Rio Ferdinand dan menjadikan beliau ikon bolasepak di negara itu seperti David Beckham.

     Chicago terdesak untuk mendapatkan pemain berprofil tinggi dari England untuk membolehkan mereka bersaing dengan LA Galaxy yang memiliki Beckham, dan mengenalpasti Ferdinand sebagai calon utama. Ferdinand akan berusia 33 tahun bulan depan dan kontrak bersama United akan tamat pada penghujung musim depan.

     Mereka mahu Ferdinand menyertai kelab Chicago itu musim panas nanti dan percaya mampu memujuk pertahanan England itu meninggalkan Liga Perdana dan mengakhiri kariernya di Amerika Syarikat. Bekas pemain West Ham dan Leeds itu bergelut dengan kecederaan dalam tiga tahun kebelakangan ini dan tidak tersenarai dalam pasukan England dalam perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Montenegro. Kadar cukai yang rendah di Amerika Syarikat bermakna Chicago mampu memastikan yang bayaran gaji Ferdinand sama dengan £120,000 seminggu diperolehinya di Old Trafford.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...