Monday, October 3, 2011

Anderson sasar 10 gol buat United musim ini.

     Pemain midfield Manchester United Anderson mensasarkan 10 gol buat dirinya musim ini. Sebelum ini, beliau memerlukan 78 penampilan untuk menjaringkan gol pertama buat United.

     Gol tandukan Anderson dalam kemenangan 2-0 United ke atas Norwich City Sabtu lalu adalah yang ke lima dalam 11 penampilan dan membantu United untuk kekal tangga teratas liga mengatasi Manchester City dengan perbezaan gol.

     Bekas pemain FC Porto itu berkata, "Satu daripada sasaran saya adalah untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 10 gol dalam musim ini. Saya akan buat yang terbaik untuk menjaringkan lebih daripada itu."

     Dengan Paul Scholes yang sudah bersara dan menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton, Anderson telah diberikan tugas utama untuk United oleh Sir Alex.



     Beliau telah bermula dalam sembilan daripada 11 perlawanan United dalam semua kejohanan musim ini dan merasakan mendapat manfaat daripada pendedahan dan penglibatan dalam perlawanan.

     "Anda boleh katakan ia adalah permulaan terbaik saya kerana saya belum pernah bermain dalam lima atau enam perlawanan berturut-turut pada permulaan musim," kata beliau.

     "Ia sangat hebat diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama dan membantu pasukan.

     " Saya rasa masanya telah tiba buat saya. Saya telah berlatih dengan baik, menjaga diri dan bos (Sir Alex) memberikan saya peluang. Ia sangat penting dan saya menerimanya dan buktikan kepada semua kenapa saya di sini."
         

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...