Thursday, September 20, 2012

Michael Carrick ambil positif dari kemenangan.


     Ia mungkin dilabel kemenangan tipis dan meresahkan siapa sahaja yang menyaksikan, namun Michael Carrick melihat beberapa aspek positif dalam kemenangan United pada perlawanan Champions League ke atas Galatasaray.

     Pemain midfield itu menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan penting mengatasi juara Turki, yang memberikan saingan hebat keseluruhan perlawanan. United yang masih dibayangi kegagalan musim lalu mempamerkan aksi matang terutama di bahagian pertahanan.

Sunday, September 16, 2012

Alexander Büttner dan Nick Powell jaring gol pada penampilan pertama.


Alex Buttner

     Alexander Büttner dan Nick Powell masing-masing menjaringkan gol dalam penampilan pertama dalam kemenangan 4-0 ke atas Wigan Athletic dengan Sir Alex Ferguson juga menyaksikan beberapa aspek positif daripada aksi yang dipamerkan mereka.

     Selepas Robin van Persie dan Shinji Kagawa menjaringkan gol dalam penampilan pertama mereka di Old Trafford, dua lagi pemain baru United tidak menunggu lama untuk berbuat demikian di hadapan penyokong sendiri.

Monday, September 10, 2012

Manchester United sahkan Phil Jones tidak dapat beraksi selama dua bulan.

     Pemain pertahanan Manchester United Phil Jones bakal terlepas aksi selama dua bulan selepas menjalani pembedahan lutut. Staf perubatan mengambil keputusan bahawa Jones perlu menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan dibahagian otot lutut semasa sesi latihan Khamis lalu.

     Beliau yang baru sahaja kembali berlatih selepas sebelum ini dihantar pulang semasa jelajah pra-musim akibat mengadu sakit belakang. Kehilangan beliau pastinya memberikan tamparan kepada pengurus Sir Alex Ferguson, yang ketika ini telah pun tanpa pertahanan tengah lain - Chris Smalling dan Jonny Evans.

Thursday, September 6, 2012

Manchester United tandatangan penyerang Universidad de Chile Angelo Henriquez.



     Manchester United telah melengkapkan perjanjian dengan penyerang Chile Angelo Henriquez dari kelab Universidad de Chile dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

    Sir Alex Ferguson jelas gembira selepas berjaya mendapatkan salah satu bakat terhangat di Amerika Selatan, dengan Henriquez menjaringkan 11 gol dalam 17 perlawanan kelab Universidad tahun ini dan yakin pemain 18 tahun itu memiliki masa depan yang cerah bersama United.

Wednesday, September 5, 2012

Darren Fletcher tersenarai dalam pasukan Manchester United untuk Champions League.


     Darren Fletcher turut disenaraikan dalam senarai skuad Manchester United untuk menghadapi kempen peringkat kumpulan Champions League bermula 19 September ini.

     Pemain antarabangsa Scotland itu terlepas aksi kompetitif sejak 22 November lalu berdepan Benfica berikutan nasihat perubatan namun disenaraikan dalam skuad untuk kejohanan Eropah musim ini.

Monday, September 3, 2012

Robin van Persie - Peranan Scholes sangat penting.

     Robin van Persie memuji sumbangan Paul Scholes selepas lagenda United itu masuk sebagai pemain gantian dan membantu kemenangan United di Southampton semalam.

     Tatkala tuan rumah mendahului 2-1, Scholes dimasukkan Sir Alex Ferguson untuk mengemudi bahagian midfield dalam usaha mendapatkan kemenangan di St Mary.

     Walaupun dinamakan pemain terbaik perlawanan dengan jaringan hatrik, van Persie memuji impak rakan sepasukan dalam kemenangan dramatik 3-2 itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...