Thursday, September 20, 2012

Michael Carrick ambil positif dari kemenangan.


     Ia mungkin dilabel kemenangan tipis dan meresahkan siapa sahaja yang menyaksikan, namun Michael Carrick melihat beberapa aspek positif dalam kemenangan United pada perlawanan Champions League ke atas Galatasaray.

     Pemain midfield itu menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan penting mengatasi juara Turki, yang memberikan saingan hebat keseluruhan perlawanan. United yang masih dibayangi kegagalan musim lalu mempamerkan aksi matang terutama di bahagian pertahanan.

     "Ia penting untuk memulakan kempen dengan kemenangan selepas (kegagalan) tahun lalu," Carrick memberitahu Sky Sports. "Ia sangat penting untuk menang di tempat sendiri terutama berdepan pasukan seperti Galatasaray - dan mereka pasukan yang sangat bagus.

     "Mereka menguasai bola dengan baik. Ada ketika kami bertahan dengan baik terutama separuh masa kedua apabila kami menghadkan penguasaan mereka tanpa beri ancaman kepada kami. Itu adalah tanda yang baik untuk kami sepasukan.

     "Serangan balas mereka agak baik dan kami sedikit terancam namun kami berjaya mengekangnya dalam separuh masa kedua dan keseluruhannya kami gembira; kami beraksi dengan baik dan menang."

     United bagaimanapun dihadiahkan sepakan penalti apabila Rafael dijatuhkan Burak Yilmaz, namun Nani menjadi pemain ketiga United gagal menyempurnakan sepakan penalti musim ini - yang mana Carrick percaya pengurus Sir Alex Ferguson perlu menanganinya secepat mungkin.

     "Beliau pasti ada sesuatu untuk diperkatakan (mengenai sepakan penalti)," akui beliau, "namun kami bernasib baik setiap kali kami gagal (penalti) kami menang perlawanan tersebut dan diharapkan perlawanan seterusnya akan ada pemain yang berjaya sempurnakannya."

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...