Sunday, September 16, 2012

Alexander Büttner dan Nick Powell jaring gol pada penampilan pertama.


Alex Buttner

     Alexander Büttner dan Nick Powell masing-masing menjaringkan gol dalam penampilan pertama dalam kemenangan 4-0 ke atas Wigan Athletic dengan Sir Alex Ferguson juga menyaksikan beberapa aspek positif daripada aksi yang dipamerkan mereka.

     Selepas Robin van Persie dan Shinji Kagawa menjaringkan gol dalam penampilan pertama mereka di Old Trafford, dua lagi pemain baru United tidak menunggu lama untuk berbuat demikian di hadapan penyokong sendiri.

     "Secara keseluruhan aksi dipamerkan Büttner adalah baik namun saya fikir sedikit terburu-buru pada satu-satu ketika," Alex Ferguson memberitahu MUTV. "Beliau memiliki 'enjin' yang hebat dan semangat dalam perlawanan namun beliau masih muda masih terdapat perkara-perkara yang boleh diperbaiki. 

     "Kami fikir kami mampu memperkembangkan (kemahiran) beliau dan diharapkan ia menjadi tambahan yang terbaik dalam pasukan. Beliau menjaringkan banyak gol di liga Belanda dan begitu bersungguh-sungguh dalam setiap gol yang dijaringkan. Saya rasa beliau berhak dengan gol hari ini."

     Sementara itu Nick Powell terus mendapat pujian istimewa daripada pengurus selepas menzahirkan prestasi cemerlang ketika latihan di atas padang di depan ribuan penonton.

     "Nick Powell bakal menjadi pemain yang hebat, kami berharap beliau dapat menggantikan tempat Paul Scholes kerana beliau memiliki visi yang menakjubkan, kawalan, kebolehan kedua kaki, kepantasan dan kemampuan membuat rembatan ke arah gol. Untuk pemain 18 tahun ia sangat hebat."

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...