Monday, September 10, 2012

Manchester United sahkan Phil Jones tidak dapat beraksi selama dua bulan.

     Pemain pertahanan Manchester United Phil Jones bakal terlepas aksi selama dua bulan selepas menjalani pembedahan lutut. Staf perubatan mengambil keputusan bahawa Jones perlu menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan dibahagian otot lutut semasa sesi latihan Khamis lalu.

     Beliau yang baru sahaja kembali berlatih selepas sebelum ini dihantar pulang semasa jelajah pra-musim akibat mengadu sakit belakang. Kehilangan beliau pastinya memberikan tamparan kepada pengurus Sir Alex Ferguson, yang ketika ini telah pun tanpa pertahanan tengah lain - Chris Smalling dan Jonny Evans.

     Jurucakap kelab berkata: "Phil Jones telah menjalani pembedahan akibat terkoyak otot lutut semasa latihan dan memerlukan enam hingga lapan minggu tempoh pemulihan."

     Ia sudah pastinya halangan terbaru buat pemain 20 tahun, yang kariernya tersekat sejak 2011 apabila ditandatangani United dari Blackburn dengan kos perpindahan £16.5 juta dan membuat penampilan pertama bersama England menentang Montenegro dalam kelayakkan Euro 2012.

     Jones, yang juga boleh bermain di posisi bek kanan dan midfield pernah dibandingkan dengan lagenda United Duncan Edwards, kini hanya dijangka kembali beraksi sebelum November - enam bulan selepas penampilan kompetitif beliau.

     Chris Smalling diketepikan akibat retak tulang metatarsal namun Rio Ferdinand atau Jonny Evans bakal digandingkan dengan kapten Nemanja Vidic Sabtu ini berdepan Wigan di Old Trafford.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...