Thursday, September 6, 2012

Manchester United tandatangan penyerang Universidad de Chile Angelo Henriquez.



     Manchester United telah melengkapkan perjanjian dengan penyerang Chile Angelo Henriquez dari kelab Universidad de Chile dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

    Sir Alex Ferguson jelas gembira selepas berjaya mendapatkan salah satu bakat terhangat di Amerika Selatan, dengan Henriquez menjaringkan 11 gol dalam 17 perlawanan kelab Universidad tahun ini dan yakin pemain 18 tahun itu memiliki masa depan yang cerah bersama United.


     "Angelo telah memberikan impak menakjubkan dalam masa singkat setakat ini," Sir Alex memberitahu laman web rasmi.

     "Kepantasan adalah aset paling berharga beliau  dan boleh membaca permainan dengan baik untuk seorang pemain yang begitu muda. Kami punyai rekod cemerlang dalam membentuk pemain muda berbakat dan Angelo sangat sesuai dengan profil sebagai pemain United – kemahiran, serangan dan bermain dengan bakat sebenar dan istimewa."

     Henriquez juga begitu gembira dengan prospek bermain di Old Trafford, dan berharap dapat mengikut jejak langkah Chicharito yang berhijrah dari Mexico.

     "Saya teruja dapat menyertai kelab terbesar dunia. Manchester United kelab hebat dan dengan pengurus yang sangat hebat.

     "Untuk dapat menjadi sebahagian daripadanya (United) adalah penghormatan besar dan saya tidak sabar untuk turun beraksi. Saya harap saya akan menjadi sebahagian daripada kejayaan United masa akan datang.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...