Wednesday, February 29, 2012

Alex Ferguson - Tottenham adalah ujian sebenar saingan gelaran juara liga Manchester United.

Ferguson bersama pengurus Spurs Harry Redknapp.
     Sir Alex Ferguson memutuskan bahawa pertemuan Manchester United dengan Tottenham sangat 'besar' dan penting, sambil mengakui beliau berpuas hati untuk berdepan Manchester City pada hujung April dengan hanya dua mata di belakang pendahulu liga itu.

     United akan berkunjung ke White Hart Lane Ahad ini selepas memungut 13 mata daripada lima perlawanan terakhir termasuk Arsenal dan Chelsea di tempat lawan juga Liverpool di Old Trafford.

Monday, February 27, 2012

Alex Ferguson - Kemenangan melambangkan semangat juang pasukan.

Giggs meraikan gol kemenangan.
     Sir Alex Ferguson percaya kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Norwich, dengan gol minit-minit akhir Ryan Giggs, mungkin terbukti sangat penting dalam perebutan takhta liga.

     United dilihat bakal kehilangan dua mata penting selepas gol pembukaan Paul Scholes dibalas menerusi jaringan penyerang tuan rumah Grant Holt dengan perlawanan berbaki tujuh minit.

     Namun Giggs, bermain buat kali ke 900 untuk United, menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk memberikan tiga mata penting buat penyandang juara.

Sunday, February 26, 2012

Blast from the Past - Kali terakhir Manchester United di Carrow Road.


     Dengan status Liga Perdana mereka masih belum terjamin,  Norwich mempamerkan semangat dan keyakinan dengan meletakkan tekanan kepada Manchester United.
    
     United terlebih dahulu menguasai perlawanan dengan beberapa hantaran tepat dan kawalan bahagian midfield.

     Walaupun Paul Scholes mengemudi pasukannya daripada bahagian midfield, namun mereka gagal mencipta peluang jaringan sebenar.

Friday, February 24, 2012

Manchester United bakal bertemu Athletic Bilbao.

Fernando Llorente (dua kiri) penyerang utama Bilbao.
     Kemenangan agregat 3-2 Manchester United ke atas Ajax, walaupun tewas 2-1 di Old Trafford semalam, menempah tiket ke peringkat seterusnya dalam Europa League dan bakal berdepan pasukan Athletic Bilbao.

Alex Ferguson akui kesilapan turunkan barisan pertahanan kurang pengalaman.

     Sir Alex Ferguson menarik nafas lega menyaksikan Manchester United mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Europa League namun mengakui keputusan untuk merombak pasukan berdepan Ajax hampir memakan diri.

     Pengurus itu membuat empat perubahan dalam pasukan yang menang   2-0 minggu lalu di Amsterdam dan memberi keutamaan kepada barisan pemain muda, dengan perhatian mungkin diberikan kepada perlawanan liga Ahad ini menentang Norwich.

Thursday, February 23, 2012

Ryan Giggs bakal atasi rekod Paolo Maldini.

Giggs atasi rekod Charlton di Moscow 2008.
     Sir Alex Ferguson percaya Ryan Giggs adalah ikon unik dalam dunia bolasepak hari ini dan merasakan untuk dapat bermain dalam tempoh yang panjang ia tidak mungkin dapat diulangi sesiapa.

     Pemain midfield itu dalam laluan untuk membuat penampilan menakjubkan buat kali ke 900 bersama Manchester United malam ini pada perlawanan Europa League menentang Ajax dan telah bersetuju melanjutkan kontrak selama setahun di Old Trafford.

     Paolo Maldini, pertahanan AC Milan, kekal di depan pemain Wales itu selepas mencatat penampilan 902 dan menghabiskan 25 tahun bersama pasukan Serie A itu namun Sir Alex tiada sebarang keraguan bahawa pemain beliau lebih menyerlah.

Wayne Rooney tidak diturunkan menentang Ajax di Old Trafford.

Rooney ketika beraksi di Amsterdam minggu lalu.
     Wayne Rooney bakal terlepas aksi Europa League Khamis ini menentang Ajax akibat sakit tekak.

     Penyerang itu tidak berlatih bersama kumpulan utama semalam dan akan direhatkan pada perlawanan kedua di Old Trafford selepas membantu United memperolehi kelebihan dua gol minggu lalu.

     Dimitar Berbatov dilaporkan cergas untuk diturunkan, namun posisi dibahagian serangan akan dicabar pemain lain.

Alex Ferguson bakal turunkan barisan pemain muda menentang Ajax.

Tom Cleverley dan Ashley Young bakal diturunkan.
     Sir Alex Ferguson akan menjadikan perlawanan Europa League menentang Ajax esok sebagai peluang untuk menurunkan pemain-pemain yang memerlukan lebih masa permainan dan kebanyakkan daripada mereka masih baru dalam bolasepak Eropah.

     United memiliki kelebihan 2-0 menjelang perlawanan timbal balik di Old Trafford, dan pengurus Manchester United itu tidak menjangkakan perlawanan mudah daripada juara Belanda itu.

Wednesday, February 22, 2012

Javier Hernandez gembira peranan sebagai super sub.

Hernandez bangga disamakan dengan Solskjaer.
     Javier Hernandez menegaskan beliau tiada masalah dilabel sebagai 'super sub' berikutan prestasi membanggakan selama 18 bulan bersama Manchester United.

     Penyerang Mexico itu membuat penampilan pertama buat United pada Ogos 2010 dan telahpun setakat ini menjaringkan 29 gol, dengan 10 daripadanya sebagai pemain gantian. Ia satu rekod menakjubkan, dengan mengambil kira rekod kelab, hanya seorang pemain menjaringkan lebih banyak gol sebagai pemain gantian.

Tomasz Kuszczak dipinjamkan ke Watford.

    
     Penjaga gol simpanan Manchester United Tomasz Kuszczak akan menghabiskan baki musim ini dalam Liga Championship bersama Watford atas pinjaman kecemasan.

     Pemain 29 tahun itu mendapati peluangnya dalam pasukan utama United amat terhad musim ini, dengan tugasan menjaga gawang dikongsi sebahagian besarnya antara David De Gea dan Anders Lindegaard.

Tuesday, February 21, 2012

Alex Ferguson - Tiada perbincangan mengenai pengganti saya.

     Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa beliau tidak pernah didekati pengurusan Manchester United mengenai pendapat beliau akan pengganti jawatan pengurus yang beliau sandang sekarang.

     Pengurus berusia 70 tahun itu percaya beliau bersedia meninggalkan Old Trafford dalam masa "dua atau tiga" tahun selepas menikmati kejayaan demi kejayaan sepanjang 25 tahun menerajui United.

     Beliau memenangi antaranya 12 gelaran liga dan dua Piala Eropah sejak menyertai United dari Aberdeen pada 1986. Pengganti beliau bakal menghadapi tugas sukar untuk meneruskan kesinambungan kejayaan kelab apabila tiba masa Ferguson berhasrat untuk bersara.

Sunday, February 19, 2012

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 10.

      Lima hari sebelum Tragedi Munich United berkunjung ke Highbury dalam perlawanan liga untuk berdepan Arsenal dengan stadium dipenuhi 65,000 penyokong yang bertuah dapat menyaksikan perlawanan klasik dengan aksi luar biasa kedua pasukan.

     Begitu juga keyakinan yang ditunjukkan barisan Busby Babes, walaupun bolos empat gol namun keupayaan untuk menjaringkan lima gol amat menakjubkan. Perlawanan terakhir United di bumi England itu berkesudahan 5-4 memihak kepada Busby Babes.

Friday, February 17, 2012

Phil Jones gembira dapat kembali beraksi.

Phil Jones ketika beraksi menentang Ajax
     Phil Jones jelas berpuas hati dengan sumbangan pemain-pemain United yang kembali daripada kecederaan selepas kemenangan 2-0 ke atas Ajax dalam Europa League.

     Pemain pertahanan itu kembali dalam kesebelasan utama di Amsterdam ArenA dan beraksi baik di posisi bek kanan sementara Tom Cleverley juga turut kembali beraksi di tengah midfield. Ashley Young and Nani juga tersenarai dalam kesebelasan utama selepas diketepikan.

Thursday, February 16, 2012

Blast from the Past - Kali terakhir Manchester United menentang Ajax di Amsterdam.

     Menjelang pertemuan Manchester United dan Ajax Amsterdam dalam saingan Europa League awal pagi esok ini kita lihat kembali rekod pertemuan kedua pasukan.

     Kedua pasukan hanya pernah bertemu sekali iaitu dalam kejohanan yang sama (dulunya masih Piala UEFA) pada musim 1976/77.

Andreas Pereira - Menjadi pemain Manchester United adalah impian menjadi realiti.

Andreas Pereira (dua dari kiri)
     Andreas Pereira yang bersetuju berpindah tahun lalu dari kelab Belanda PSV Eindhoven sebelum menandatangani perjanjian sejurus usia beliau 16 tahun, telah menyatakan kegembiraan menjadi pemain Manchester United.

     Pemain muda Belgium kelahiran Brazil ini menegaskan beliau telah dapat menyesuaikan diri dengan baik, terima kasih kepada beberapa pemain senegara dalam pasukan utama.

Manchester United senaraikan 20 pemain ke Amsterdam.

Evra dan Giggs tidak bersama pasukan ke Ajax
     Manchester United telah menyenaraikan 20 pemain ke Amsterdam untuk perlawanan Europa League menentang Ajax dengan Nani, Chris Smalling dan Phil Jones kesemuanya kembali daripada kecederaan.

     Ashley Young juga bersama pasukan selepas terlepas perlawanan menewaskan Liverpool hujung minggu lalu namun Ryan Giggs, Dimitar Berbatov dan Patrice Evra kekal di Manchester.

Wednesday, February 15, 2012

Blast from the Past - Rekod Manchester United menentang kelab dari Belanda.

     Manchester United diundi bertemu lawan dari Belanda iaitu Ajax Amsterdam pada Pusingan 32 pasukan Europa League musim ini. Kedua pasukan hanya pernah bertemu dua kali pada saingan kejohanan yang sama (dahulunya Piala UEFA) pada musim 1976/77 dan United mengatasi Ajax dengan agregat 2-1 daripada dua perlawanan tersebut. Sungguhpun layak ke pusingan seterusnya laluan United terkandas apabila tewas kepada Juventus dengan agregat 1-3.

     Sepanjang sejarah saingan di peringkat Eropah, United hanya bertemu dengan empat pasukan daripada Belanda dan mencatat enam kemenangan daripada 10 perlawanan disamping menjaringkan 17 gol. Kita imbas rekod perlawanan United dengan empat pasukan tersebut.

Javier Hernandez mahu menang menentang Ajax.

     Javier Hernandez berkata Manchester United mensasarkan untuk memulakan perjalanan dalam Europa League dengan kemenangan mengatasi Ajax di Amsterdam. United akan berdepan kelab Belanda itu untuk kali kedua dalam sejarah kejohanan Eropah, iaitu pada pusingan 32 pasukan terakhir.

     Kemenangan tunggal United pada peringkat Eropah musim ini adalah pada Oktober lalu ketika menentang pasukan dari Romania Otelul Galati, semasa kempen mengecewakan Champions League.

     Dan dengan Sir Alex Ferguson telahpun mengesahkan bahawa beliau akan menurun pasukan terkuat di Amsterdam ArenA, United mahu memastikan mereka berada di landasan kukuh menjelang perlawanan kedua di Old Trafford minggu depan.

Did you know? - Top 10 pemain dengan penampilan terbanyak buat Manchester United.

     Ryan Giggs berpeluang membuat penampilan ke 900 untuk Manchester United pada pertemuan dengan Ajax dalam Europa League. Kita imbas top 10 pemain United yang membuat penampilan terbanyak setakat ini.

10. Arthur Albiston.



Penampilan : 485
Gol : 7
Debut : vs Manchester City, 09 Okt 1974, Pusingan Ketiga Piala Liga, Old Trafford.

Ryan Giggs hampiri penampilan ke 900 buat Manchester United.

Giggs bersama Bobby Charlton
     Pemain veteran Wales Ryan Giggs dalam laluan untuk membuat penampilan ke 900 buat Manchester United ketika bertemu Ajax di Amsterdam. Walaupun terdapat perasaan anti-klimaks mengenai kejohanan Europa League menyelubungi Old Trafford, apatah lagi selepas pasukan Sir Alex Ferguson layak ke tiga perlawanan akhir Champions League dalam masa empat tahun.

     Namun Giggs yang berusia 38 tahun menggesa rakan sepasukan untuk memberikan persembahan terbaik dalam kejohanan kedua utama Eropah pada peringkat 32 pasukan. Beliau juga mahu mendapatkan medal yang masih belum dimenanginya dengan berkata: "Saya mahu medal Europa League dalam trofi kabinet saya." 

Monday, February 13, 2012

Alex Ferguson berikrar akan turunkan barisan terkuat dalam Europa League.

     Sir Alex Ferguson telah menjelaskan bahawa beliau akan memberikan sepenuh perhatian dan rasa hormat untuk kejohanan Europa League.

     United akan menurunkan barisan terkuat dalam pertemuan dengan Ajax walaupun keutamaan lebih diberikan kepada mempertahankan gelaran juara Liga Perdana.

     Terdapat cadangan bahawa tumpuan United akan lebih diberikan kepada saingan domestik dan menjadikan saingan peringkat Eropah kurang penting selepas tersingkir daripada Champions League Disember tahun lalu.

Sunday, February 12, 2012

Wayne Rooney - Menjaringkan gol menentang Liverpool sentiasa menjadi impian sejak kecil.

Impian sejak kecil?
     Wayne Rooney berkata menjaringkan gol menentang Liverpool di Old Trafford adalah seperti impian menjadi kenyataan selepas dua gol pantas yang dijaringkan beliau memberikan kemenangan 2-1 kepada Manchester United Sabtu lalu.

     Penyerang United itu menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit untuk mengesahkan kemenangan dalam perlawanan penting di Theatre of Dreams, di mana United akhirnya berjaya mengatasi asakan lewat permainan pelawat untuk memungut tiga mata dan sekaligus memintas Manchester City dengan satu mata di persada liga.

Saturday, February 11, 2012

Ryan Giggs sambung kontrak setahun lagi di Manchester United.

     Pemain midfield 38 tahun Manchester United Ryan Giggs telah menandatangani lanjutan kontrak selama setahun, demikian menurut kenyataan penyandang juara Liga Perdana semalam.

     Giggs, yang membuat penampilan pertama buat United pada Mac 1991 telahpun bermain untuk rekod 898 kali dan menjaringkan 162 gol.

     "Apabila saya menandatangani kontrak yang pertama, saya tidak pernah terfikir yang saya mampu bermain selama 22 tahun di United namun saya rasa gembira dan saya tahu saya masih boleh menyumbang untuk pasukan mengejar lebih banyak kejayaan," Giggs bercakap dalam satu kenyataan.

Top 5 - Kemenangan terkenal Manchester United dalam perlawanan liga ke atas Liverpool di Old Trafford.

     Menjelang pertemuan Manchester United dan seteru tradisi Liverpool hujung minggu ini, kita imbas rekod menarik perlawanan kedua pasukan. Dalam 157 perlawanan liga setakat ini United mencatat 60 kemenangan dengan 38 daripadanya di Old Trafford.

     United juga menjaringkan 130 gol dan hanya bolos 72 daripada 78 perlawanan di tempat sendiri. Kita lihat top 5 kemenangan penting dan bermakna buat United dalam perlawanan liga ke atas lawan dari Merseyside itu di Old Trafford.

Friday, February 10, 2012

Tom Cleverley mungkin diturunkan menentang Liverpool.

     Tom Cleverley bakal disenaraikan dalam pasukan Manchester United untuk perlawanan liga menentang  Liverpool Sabtu ini, sekiranya beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan pada perlawanan pasukan simpanan.

     Pemain 22 tahun itu tidak dapat beraksi buat pasukan Sir Alex Ferguson sejak mendapat kecederaan buku lali pada hujung Oktober lalu, namun mungkin disenarai sebagai pemain simpanan pada perlawanan di Old Trafford

Thursday, February 9, 2012

Top 5 - Gol jaringan Park Ji Sung dalam perlawanan besar.

     Park Ji Sung sering kali dilabel media dan penyokong Manchester United sebagai pemain untuk perlawanan besar. Setelah mencatat penampilan ke 200 beliau bersama United pada pertemuan dengan dengan Chelsea Ahad lalu, kita imbas top 5 jaringan beliau dalam perlawanan besar.


5. Chelsea vs Manchester United 1-1, 21 Sep 2008, Liga Perdana, Stamford Bridge.

     Gol penyamaan lewat permainan Salomon Kalou mengekalkan rekod tanpa kalah Chelsea di laman sendiri dan mendapat satu mata berharga menentang Manchester United.

     Park Ji-Sung meletakkan United di depan selepas 18 minit selepas penjaga gol Petr Cech gagal menangkap kemas cubaan Dimitar Berbatov.

     United kehilangan khidmat penjaga gol Edwin van der Sar disebabkan kecederaan pada separuh masa pertama dan ini diambil kesempatan oleh Chelsea menguasai perlawanan.

     Joe Cole dan Nicolas Anelka mensia-siakan beberapa peluang sebelum pemain gantian Kalou menanduk masuk gol penyamaan 10 minit sebelum tamat perlawanan.

Park Ji Sung mahu teruskan kecemerlangan di Manchester United.

     Park Ji Sung telah menyatakan rasa bangga beliau selepas bermain buat kali ke 200 untuk Manchester United ketika perlawanan dramatik di Chelsea, namun pemain Korea itu menegaskan beliau tetap fokus untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

     Kemasukan Park sebagai pemain gantian pada minit ke 86 di Stamford Bridge mengesahkan satu lagi rekod buat pemain Asia itu dengan United bangkit untuk mendapatkan satu mata berharga selepas pada satu ketika ketinggalan dengan 3-0.

Wednesday, February 8, 2012

Dimitar Berbatov mahu lebih masa bermain.


     Dimitar Berbatov dijangka kekal di Manchester United melangkaui musim ini namun mengulangi rasa tidak puas hati dengan kurangnya peluang beraksi di Old Trafford.

     Pemain 31 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan bulan Januari lalu namun tiada perjanjian dimeterai dan sekarang dijangka United akan mengaktifkan lanjutan kontrak setahun - klausa yang disertakan semasa beliau menandatangani perjanjian perpindahan daripada Tottenham ke United pada 2008.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...