Tuesday, February 21, 2012

Alex Ferguson - Tiada perbincangan mengenai pengganti saya.

     Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa beliau tidak pernah didekati pengurusan Manchester United mengenai pendapat beliau akan pengganti jawatan pengurus yang beliau sandang sekarang.

     Pengurus berusia 70 tahun itu percaya beliau bersedia meninggalkan Old Trafford dalam masa "dua atau tiga" tahun selepas menikmati kejayaan demi kejayaan sepanjang 25 tahun menerajui United.

     Beliau memenangi antaranya 12 gelaran liga dan dua Piala Eropah sejak menyertai United dari Aberdeen pada 1986. Pengganti beliau bakal menghadapi tugas sukar untuk meneruskan kesinambungan kejayaan kelab apabila tiba masa Ferguson berhasrat untuk bersara.

     Beliau mengatakan bahawa tiada perbincangan antara beliau sendiri dan pengurusan United mengenai siapa yang akan menggantikan beliau.

     Ferguson berkata: "Tidak pernah dibincangkan - ia permainan yang bahaya.

     "Buat masa ini terdapat hampir setengah dozen pengurus-pengurus yang melakukan tugas dengan baik dalam Liga Perdana, manakala yang lain masih bergelut.

     "Adakah ia akan kekal dalam masa dua atau tiga tahun akan datang apabila tiba masa saya mahu bersara? Mungkin ada yang sudah kehilangan jawatan mereka."

     Ferguson, yang berharap akan ditawarkan jawatan berbeza di United apabila beliau bersara, percaya beliau sendiri akan mendapati ia sukar jika sekiranya beliau masih punyai masa lagi.

     "Saya rasa United perlukan seorang yang berpengalaman. Jika saya datang ke United hari ini, saya pastinya bergelut disebabkan status kelab ini sendiri," kata beliau.

     "Apabila saya datang ke sini dulu, kami masih di bawah kerana Liverpool sangat dominan dan United jauh terpinggir maka kami perlu membina semula kelab dan ia bukan mudah, ia ambil masa.

     "Namun dengan pengalaman kejayaan bersama Aberdeen dan ia memberikan saya peluang daripada segi penghormatan di bilik persalinan dan memberikan saya keyakinan diri bahawa saya boleh lakukan tugas ini.

     "Jika saya diambil dari Aberdeen hari ini sebagai pengurus United, ia pastinya lebih sukar walaupun saya berjaya di sana."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...