
Begitu juga keyakinan yang ditunjukkan barisan Busby Babes, walaupun bolos empat gol namun keupayaan untuk menjaringkan lima gol amat menakjubkan. Perlawanan terakhir United di bumi England itu berkesudahan 5-4 memihak kepada Busby Babes.
![]() |
Edwards bersama peminat. |
Dengan hanya 10 minit perlawanan berlangsung, bola yang diumpan kepada Duncan Edwards lalu membuat rembatan jarak jauh untuk menewaskan penjaga gol Arsenal Jack Kelsey. Dengan sorakan gemuruh penyokong sendiri Arsenal mula melancarkan serangan dan penjaga gol United Harry Gregg menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya.
Walaubagaimanapun, Gregg bukan sekadar menyelamatkan beberapa serangan lawan malah membantu memulakan serangan United. Beliau membaling bola kepada Albert Scanlon di bahagian sayap yang kemudiannya berlari ke arah gol sebelum membuat hantaran sempurna buat Bobby Charlton untuk menewaskan Kelsey untuk gol kedua United.
![]() |
Charlton (kanan) menjaringkan gol kedua. |
United berada dalam kedudukan paling selesa, namun defisit jaringan dikurangkan pada minit ke 60 oleh bakal pemain United David Herd yang membuat rembatan kencang menewaskan Gregg.
Hanya dua minit berselang kedudukan berubah menjadi 3-3, Arsenal menjaringkan gol dalam masa dua minit, dengan gol kedua hadir akibat keadaan kelam kabut di pintu gol dan ini diambil kesempatan oleh Jimmy Bloomfield manakala gol ketiga oleh pemain yang sama menerusi tandukan.
![]() |
Mark Jones (tengah) dan Edwards (kanan). |
Ironinya tiada seorang pun penonton di dalam stadium tahu bahawa mereka menyaksikan aksi hebat dan luar biasa buat kali terakhir daripada pasukan dari England yang menguasai liga domestik dan Eropah pada pertengahan 1950an.
Gaya baru bolasepak yang dipamerkan Busby Babes amat menakjubkan. Selepas diikat pada kedudukan 3-3, kebanyakan pasukan pastinya akan bertahan untuk sekurang-kurangnya mendapat satu mata, namun United sebaliknya dengan melancarkan serangan demi serangan untuk memburu gol kemenangan.
Aksi lincah Scanlon di bahagian sayap dan kepintaran Bobby Charlton mencipta gol buat Dennis Viollet untuk menjadikan kedudukan 4-3. Beberapa minit kemudian Manchester United memperolehi gol kelima apabila permainan menarik antara Eddie Colman dan Kenny Morgans membantu Tommy Taylor menjaringkan gol ke 132 dan terakhir beliau buat United. Perlawanan masih belum tamat untuk gol terakhir perlawanan yang dijaringkan Derek Tapscott yang mengelirukan pertahanan United yang tampak keletihan bagi melengkapkan keputusan perlawanan 5-4 kepada Busby Babes.
No comments:
Post a Comment