![]() |
Phil Jones ketika beraksi menentang Ajax |
Pemain pertahanan itu kembali dalam kesebelasan utama di Amsterdam ArenA dan beraksi baik di posisi bek kanan sementara Tom Cleverley juga turut kembali beraksi di tengah midfield. Ashley Young and Nani juga tersenarai dalam kesebelasan utama selepas diketepikan.
Jones memberitahu MUTV: "Saya terlepas aksi selama tiga minggu jadi saya tidak mungkin dapat cergas sepenuhnya namun saya dapat bermain 90 minit dan diharapkan sekiranya saya dipilih saya akan berikan yang terbaik dalam perlawanan seterusnya.
"Saya gembira dengan kembalinya Tom Cleverley. Beliau berbakat besar. Kami terasa kehilangan beliau semasa diketepikan akibat kecederaan. Namun saya menyaksikan beliau ketika latihan jadi saya tahu sikap dan usaha keras beliau begitu mengagumkan.
"Beliau berhak berada dalam kesebelasan utama malam ini. Ashley (Young) juga beraksi cemerlang. Beliau kembali daripada kecederaan dan beraksi dengan baik dan saya gembira kerana beliau menjaringkan gol pertama malam ini."
Sementara itu pemain sayap Antonio Valencia, yang diundi pemain terbaik United bulan Januari, mendapat kecederaan selepas membantu mencipta gol kedua di Amsterdam ArenA, yang dijaringkan Javier Hernandez.
Valencia kemudiannya terus dikeluarkan dan digantikan Danny Welbeck untuk baki perlawanan. Sir Alex Ferguson mengesahkan selepas perlawanan mengenai kecederaan yang dialami.
"Beliau tidak bernasib baik mendapat kecederaan hamstring. Ia mungkin sebulan," kata Sir Alex pada sidang media selepas perlawanan.
"Ia tamparan hebat (kehilangan Valencia) malam ini, namun sedikit demi sedikit kami semakin kuat dengan Nani dan Ashley Young kembali dalam pasukan."
*sumber - manutd.com
No comments:
Post a Comment