Thursday, February 16, 2012

Blast from the Past - Kali terakhir Manchester United menentang Ajax di Amsterdam.

     Menjelang pertemuan Manchester United dan Ajax Amsterdam dalam saingan Europa League awal pagi esok ini kita lihat kembali rekod pertemuan kedua pasukan.

     Kedua pasukan hanya pernah bertemu sekali iaitu dalam kejohanan yang sama (dulunya masih Piala UEFA) pada musim 1976/77.

     Ajax bukanlah asing dalam persada saingan Eropah terutama pada awal era 1970an dengan barisan pemain bintang seperti lagenda Johan Cruyff, Piet Keizer dan Arie Haan mengemudi kelab Belanda itu memenangi Piala Eropah tiga tahun berturut-turut daripada tahun 1971 hingga 1973.

     United yang dibimbing pengurus Tommy Docherty layak ke Piala UEFA selepas menduduki tangga ketiga liga musim sebelumnya. Mereka bertandang ke Amsterdam dengan hanya kalah satu daripada enam perlawanan permulaan musim iaitu tewas 2-3 kepada Tottenham di Old Trafford.

     Perlawanan akhirnya memihak kepada tuan rumah yang dibawah jurulatih Tomislav Ivić dengan keputusan 1-0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Ruud Krol.  


     Senarai penuh pemain kedua pasukan pada perlawanan di Amsterdam 15 September 1976 adalah:

Ajax: Schrijvers, Van Dord, Gluić, Dusbaba, Krol, Notten, Hulshoff, Geels, Erkens, Arnesen (Ling 76), Schoenaker (Zuidema 81).

United: Stepney, Nicholl, Houston, Daly (McCreery 68), Greenhoff, Buchan, Coppell, McIlroy, Pearson, Macari, Hill

*Rekod Manchester United dalam Europa League.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...