![]() |
Andreas Pereira (dua dari kiri) |
Pemain muda Belgium kelahiran Brazil ini menegaskan beliau telah dapat menyesuaikan diri dengan baik, terima kasih kepada beberapa pemain senegara dalam pasukan utama.
"Ia sangat hebat. Saya boleh katakan yang impian saya selama ini menjadi realiti," beliau memberitahu Voetbal International.
"Apa sahaja berkenaan kelab ini adalah mencerminkan keprofesionalisme. Saya perlu memakai sut kelab. Terutama tali leher. Saya di sini untuk 24 jam dengan bolasepak. Di sekolah kami sebagai pemain Manchester United berada dalam kelas berasingan dan kami dapat perhatian ramai pihak.
"Setiap hari kami makan di kelab dengan semua pemain, termasuk pasukan utama. Saya diterima baik, terutama daripada pemain-pemain Brazil dalam pasukan utama, kembar Fabio dan Rafael, juga Anderson."
Beliau merupakan pemain midfield serangan yang boleh menjaringkan gol, dan memilih United selepas menolak tawaran beberapa kelab England lain.
No comments:
Post a Comment