![]() |
Evra dan Giggs tidak bersama pasukan ke Ajax |
Ashley Young juga bersama pasukan selepas terlepas perlawanan menewaskan Liverpool hujung minggu lalu namun Ryan Giggs, Dimitar Berbatov dan Patrice Evra kekal di Manchester.
Sir Alex mengotakan kata-kata beliau sebelum ini untuk menurunkan kesebelasan terkuat dan berhasrat untuk memberikan perhatian serius kepada kejohanan ini sungguhpun tersingkir daripada Champions League awal Disember tahun lalu.
Anders Lindegaard, Nemanja Vidic, Darren Fletcher, Anderson dan Michael Owen masih dalam senarai pemain yang diketepikan akibat kecederaan namun situasi masalah kecederaan di United semakin beransur pulih dengan Tom Cleverley juga bakal diturunkan sejak Oktober selepas tersenarai sebagai pemain gantian Sabtu lalu.
Walaupun terdapat desas desus bahawa Alex Ferguson akan menurunkan ramai pemain muda dalam Europa League, hanya Ezekiel Fryers dan Paul Pogba adalah pemain pasukan simpanan yang juga bersama rombongan pasukan ke Ajax.
Senarai pemain United: De Gea, Amos; Fabio, Rafael, Evans, Jones, Smalling, Fryers, Ferdinand; Valencia, Nani, Carrick, Young, Park, Scholes, Cleverley, Pogba; Rooney, Hernandez, Welbeck.
*sumber - manutd.com
No comments:
Post a Comment