Wednesday, February 22, 2012

Tomasz Kuszczak dipinjamkan ke Watford.

    
     Penjaga gol simpanan Manchester United Tomasz Kuszczak akan menghabiskan baki musim ini dalam Liga Championship bersama Watford atas pinjaman kecemasan.

     Pemain 29 tahun itu mendapati peluangnya dalam pasukan utama United amat terhad musim ini, dengan tugasan menjaga gawang dikongsi sebahagian besarnya antara David De Gea dan Anders Lindegaard.

     Kuszczak, yang memulakan karier profesional beliau di Jerman bersama Hertha Berlin, tiba di Old Trafford pada Julai 2006, pada mulanya atas pinjaman dari West Bromwich Albion sebelum menandatangani perjanjian kekal pada musim panas berikutnya.

     Tomasz membuat 61 penampilan bersama United namun sekarang perlu membantu Watford, yang kini berada di tempat ke 14 Liga Championship, mengelak penyingkiran. Walaubagaimanapun beliau akan dicabar pada posisi tersebut di Hornets.

     Penjaga gol Hornets Scott Loach, bekas penjaga gol England bawah 21 yang tersenarai dalam pasukan senior Fabio Capello pada Ogos 2010, boleh dikatakan bermain dalam kebanyakkan perlawanan di Vicarage Road, dengan bermain 31 daripada 35 perlawanan Hornets setakat ini.

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...