![]() |
Hernandez bangga disamakan dengan Solskjaer. |
Penyerang Mexico itu membuat penampilan pertama buat United pada Ogos 2010 dan telahpun setakat ini menjaringkan 29 gol, dengan 10 daripadanya sebagai pemain gantian. Ia satu rekod menakjubkan, dengan mengambil kira rekod kelab, hanya seorang pemain menjaringkan lebih banyak gol sebagai pemain gantian.
"Ole Gunnar Solskjaer," kata Hernandez sambil senyum. "Saya tahu."
Namun Ole juga mengambil masa untuk mencatat rekod tersebut. Solskjaer menjaringkan 28 gol sebagai pemain gantian selepas 150 penampilan daripada bangku simpanan; Chicharito sudahpun memiliki 10 daripada 30 penampilan sebagai gantian.
"Saya tidak tahu apa yang membuatkan saya begitu efektif sebagai pemain gantian," kata Hernandez.
"Saya tiada jawapannya. Dalam bolasepak anda tidak boleh memberikan banyak alasan, kerana itu atau kerana ini. Tiada perbezaan dalam permainan saya (samada saya bermula atau sebagai pemain gantian).
"Jika saya bermain satu minit, 10 minit atau 90 minit, saya cuba bermain dengan permainan yang sama. Saya sentiasa mahu berikan yang terbaik dan bantu pasukan. Kadang-kadang dalam perlawanan apabila anda perlu menjaringkan gol dan mungkin saya lebih bernasib baik."
Namun adakah Hernandez bimbang bahawa lebih banyak beliau memberi impak sebagai pemain gantian akan mengurangkan peluang beliau tersenarai dalam kesebelasan utama?
"Saya hanya mahu membantu pasukan," kata beliau. "Saya tidak kisah sekiranya saya bermula daripada bangku simpanan. Tahun lalu saya dibangku simpanan pada permulaan dan kemudiannya dalam kesebelasan utama menuju ke penghujung musim. Pengurus mempunyai jawapannya.
"Setiap pemain dalam pasukan mahu bermain sebanyak mungkin , namun saya tidak kisah samada saya sebagai pemain gantian atau kesebelasan utama. Saya hanya mahu menikmatinya. Ia umpama mimpi menjadi kenyataan dapat bermain untuk Manchester United."
Perbandingan rekod Ole Gunnar Solskjaer dan Javier Hernandez setakat ini.
- | Ole Gunnar Solskjaer | Javier Hernandez |
---|---|---|
Penampilan (mula) | 216 | 41 |
Penampilan (gantian) | 150 | 30 |
Gol keseluruhan | 126 | 29 |
Nisbah gol/perlawanan | 0.34 | 0.41 |
No comments:
Post a Comment