![]() |
Tom Cleverley dan Ashley Young bakal diturunkan. |
United memiliki kelebihan 2-0 menjelang perlawanan timbal balik di Old Trafford, dan pengurus Manchester United itu tidak menjangkakan perlawanan mudah daripada juara Belanda itu.
"Terdapat ramai pemain yang perlukan masa permainan, pemain yang tidak dapat beraksi akhir-akhir ini ," Sir Alex berkata dalam sidang media sebelum perlawanan.
"Nani, Ashley Young, Javier Hernandez, Tom Cleverley, Chris Smalling, Phil Jones... kesemuanya perlukan masa permainan dan akan diturunkan esok tidak kira apa sahaja posisi yang saya putuskan untuk mereka bermain. Dan kami berharap mereka akan mempamerkan aksi hebat dan penuh kematangan sesama."
Beliau juga mengakui bahawa terdapat peluang buat Paul Pogba menimba pengalaman pasukan utama. Pemain Perancis berusia 18 tahun itu belum bermula dalam perlawanan senior untuk United, namun setakat ini telah tersenarai dalam beberapa perlawanan dan merupakan pemain gantian di Amsterdam Khamis lalu.
"Ianya mungkin," Sir Alex mengakui, "namun bergantung kepada senarai pasukan."
*sumber - manutd.com
No comments:
Post a Comment