Thursday, February 23, 2012

Wayne Rooney tidak diturunkan menentang Ajax di Old Trafford.

Rooney ketika beraksi di Amsterdam minggu lalu.
     Wayne Rooney bakal terlepas aksi Europa League Khamis ini menentang Ajax akibat sakit tekak.

     Penyerang itu tidak berlatih bersama kumpulan utama semalam dan akan direhatkan pada perlawanan kedua di Old Trafford selepas membantu United memperolehi kelebihan dua gol minggu lalu.

     Dimitar Berbatov dilaporkan cergas untuk diturunkan, namun posisi dibahagian serangan akan dicabar pemain lain.

     "Rooney tidak akan beraksi esok," kata Sir Alex pada sidang media di Old Trafford.

     "Beliau mengalami sakit tekak. Terdapat tanda-tanda semasa di Amsterdam Khamis lalu dan beliau hanya berehat di atas katil sepanjang hujung minggu. Beliau tiba pagi ini buat kali pertama. Kami akan berusaha keras untuk dapatkan (khidmat) beliau menjelang perlawanan Ahad ini (menentang Norwich)."

     Tom Cleverley dijangkan akan bermain selama 90 minit selepas turun beraksi buat kali pertama minggu lalu berikutan pulih daripada kecederaan buku lali.

     "Diharapkan Tom akan bermain sepenuh perlawanan," tambah Sir Alex.

     "Beliau kembali dan ia bagus untuk dapatkan beliau semula. Beliau memberikan kami lebih banyak pilihan di bahagian midfield, kawasan yang dibimbangi sesetengah pihak. Anderson juga kembali berlatih dengan pasukan utama sekarang."

     United tidak akan memandang rendah pasukan lawan walaupun mempunyai kelebihan di bawa dari Amsterdam Khamis lalu.

     "Pengalaman yang kami ada ketika berdepan Basel, di mana kami di depan dengan 2-0 pada rehat separuh masa, masih dalam memori," ujar Sir Alex.

     "Saya tidak fikir kami akan bersahaja dan sambil lewa dengan apa yang kami mahu capai esok namun ia kelebihan (gol) yang baik. Anda tidak boleh mempertikaikannya."

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...