Thursday, February 23, 2012

Ryan Giggs bakal atasi rekod Paolo Maldini.

Giggs atasi rekod Charlton di Moscow 2008.
     Sir Alex Ferguson percaya Ryan Giggs adalah ikon unik dalam dunia bolasepak hari ini dan merasakan untuk dapat bermain dalam tempoh yang panjang ia tidak mungkin dapat diulangi sesiapa.

     Pemain midfield itu dalam laluan untuk membuat penampilan menakjubkan buat kali ke 900 bersama Manchester United malam ini pada perlawanan Europa League menentang Ajax dan telah bersetuju melanjutkan kontrak selama setahun di Old Trafford.

     Paolo Maldini, pertahanan AC Milan, kekal di depan pemain Wales itu selepas mencatat penampilan 902 dan menghabiskan 25 tahun bersama pasukan Serie A itu namun Sir Alex tiada sebarang keraguan bahawa pemain beliau lebih menyerlah.

     "Maldini adalah pemain pertahanan," tegas beliau. "Dan, dalam kes ini walaupun beliau juga banyak melakukan larian, pemain sayap lebih perlu lebih usaha berbanding pertahanan. Itu perbezaan antara keduanya, walaupun Maldini jelas, adalah pemain hebat."

     Mudah untuk kita semua melupakan ramai pihak menjangkakan Giggs akan bersara selepas mengatasi rekod penampilan Sir Bobby Charlton dan menjaringkan penalti penting dalam penentuan sepakan penalti perlawanan akhir Champions League menentang Chelsea pada 2008.

     "Ia menakjubkan," akui Sir Alex. "Apabila kami pergi ke Moscow beliau mengatasi rekod Bobby Charlton. Ia luar biasa dan beliau masih mencabar peningkatan usia. Tahap prestasi beliau sekarang dan pada masa itu masih sama. Tiada apa yang berubah.

     "Saya rasa kematangan Ryan dan hakikat kami ubah posisi beliau telah memberikan aspek baru dalam permainannya. Kami masih ingat beliau berlari di bahagian sayap, berlari berdepan pertahanan lawan.

    "Pada pendapat saya, dan bukan semua akan bersetuju dengan saya, setelah bermain dalam Liga Perdana untuk tempoh yang lama dan mencapai segalanya, saya tidak rasa sesiapa akan mengulanginya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...