Friday, February 24, 2012

Alex Ferguson akui kesilapan turunkan barisan pertahanan kurang pengalaman.

     Sir Alex Ferguson menarik nafas lega menyaksikan Manchester United mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Europa League namun mengakui keputusan untuk merombak pasukan berdepan Ajax hampir memakan diri.

     Pengurus itu membuat empat perubahan dalam pasukan yang menang   2-0 minggu lalu di Amsterdam dan memberi keutamaan kepada barisan pemain muda, dengan perhatian mungkin diberikan kepada perlawanan liga Ahad ini menentang Norwich.

     Pada awal babak pertama keputusan merombak pasukan dengan menurunkan beberapa pemain muda dilihat membuahkan hasil setelah Javier Hernandez menjaringkan gol seawal minit keenam dan memberikan kelebihan kepada United. Ajax tidak menyerah kalah dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Aras Ozbiliz sebelum tandukan lewat Toby Alderweireld mengesahkan kemenangan 2-1 kepada juara Belanda itu.

     "Ia agak membimbangkan menuju penghujung perlawanan," Sir Alex memberitahu MUTV. "Kami tidak bermain dengan baik pada separuh masa kedua dan mereka jauh lebih baik. Saya terima tanggungjawab saya sendiri kerana saya yang memilih pasukan dengan ramai pemain muda di bahagian pertahanan. Mereka semua punyai potensi tinggi namun pada perlawanan Eropah anda perlu pengalaman pada barisan pertahanan dan ia amat menggentarkan buat kami.

     "Anda berdepan Ajax dan anda tahu mereka mampu menguasai bola sepanjang perlawanan. Permasalahannya mereka cuma kurang memberi ancaman gol sebenar. Namun mereka pasukan muda yang bagus dan makin meningkat naik.
    
     "Mereka ada persamaan dengan kami, maka dengan sebab itu saya turunkan ramai pemain muda untuk mendapat pengalaman. Phil Jones, Chris Smalling dan Tom Cleverley kesemuanya tidak beraksi sebelum ini dan perlukan masa permainan jadi penting buat mereka untuk bermain."

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...