Friday, February 24, 2012

Manchester United bakal bertemu Athletic Bilbao.

Fernando Llorente (dua kiri) penyerang utama Bilbao.
     Kemenangan agregat 3-2 Manchester United ke atas Ajax, walaupun tewas 2-1 di Old Trafford semalam, menempah tiket ke peringkat seterusnya dalam Europa League dan bakal berdepan pasukan Athletic Bilbao.

     Pasukan dari Sepanyol itu yang ketinggalan 2-1 kepada Lokomotiv Moscow pada perlawanan pertama minggu lalu di Russia, mencatat kemenangan tipis 1-0 di laman sendiri dan mara dengan kelebihan gol tempat lawan. Walaubagaimanapun keputusan tersebut bukanlah semudah yang dijangka, apabila hanya selepas 60 minit Fernando Amorebieta dilayangkan kad kuning kedua dan tuan rumah bermain dengan 10 pemain ketika perlawanan masih 0-0.

     Dua minit kemudian, Iker Muniain menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan agregat dan meletakkan Bilbao berkelebihan untuk mara dengan gol tempat lawan. Lokomotiv terus mengasak dan hampir mendapatkan gol daripada bekas penyerang West Ham Manuel Da Costa yang menyaksikan percubaan beliau tersasar pada masa kecederaan.

     United akan menerima kunjungan Bilbao di Old Trafford pada Khamis 08 Mac sebelum perlawanan kedua di Sepanyol seminggu kemudian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...