Sunday, February 26, 2012

Blast from the Past - Kali terakhir Manchester United di Carrow Road.


     Dengan status Liga Perdana mereka masih belum terjamin,  Norwich mempamerkan semangat dan keyakinan dengan meletakkan tekanan kepada Manchester United.
    
     United terlebih dahulu menguasai perlawanan dengan beberapa hantaran tepat dan kawalan bahagian midfield.

     Walaupun Paul Scholes mengemudi pasukannya daripada bahagian midfield, namun mereka gagal mencipta peluang jaringan sebenar.
    
     Impian mengejar tiga mata United tidak dibantu apabila kecederaan otot betis yang dialami Luis Saha yang kembali beraksi buat kali pertama sejak 01 Februari dengan hanya bertahan selama 17 minit sebelum digantikan.
    
     United mengawal permainan dengan berhati-hati melibatkan hantaran-hantaran tepat dalam usaha untuk membuatkan Norwich mengejar perlawanan. Namun mereka gagal dalam usaha tersebut dan gagal memberikan sokongan kepada penyerang tunggal Alan Smith yang dikawal sempurna Craig Fleming dan Jason Shackell.

     Setelah menyaksikan barisan serangan beliau hanya menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan liga sebelumnya, Sir Alex Ferguson terdorong untuk membuat perubahan drastik, dan memutuskan untuk menggandingkan Wayne Rooney dengan Smith. Namun sumbangan pertama Rooney menghampakan pasukannya.
    
     Bukan sahaja beliau menerima kad kuning selepas mengasari Darren Huckerby malahan berpunca daripada sepakan percuma itulah Dean Ashton menanduk masuk hantaran David Bentley menewaskan penjaga gol Tim Howard.

     Hari malang Rooney semakin jelas apabila bermula daripada terlepas penguasaan bola kepada Youssef Safri dan Norwich melancarkan counter-attack dengan Ashton membuat hantaran ke depan gawang United untuk disudahkan Leon McKenzie yang tidak dikawal.
    
     Walaupun dibarisi pemain seperti Rooney, Smith dan Ruud van Nistelrooy di bahagian serangan, masih terdapat kekurangan bisa penyudah di depan gol.
    
     Keseluruhannya United kurang melakukan hantaran merbahaya untuk mengucar-kacirkan pertahanan Norwich Fleming dan Shackell yang mempamerkan keazaman dan semangat juang yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...