Monday, February 27, 2012

Alex Ferguson - Kemenangan melambangkan semangat juang pasukan.

Giggs meraikan gol kemenangan.
     Sir Alex Ferguson percaya kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Norwich, dengan gol minit-minit akhir Ryan Giggs, mungkin terbukti sangat penting dalam perebutan takhta liga.

     United dilihat bakal kehilangan dua mata penting selepas gol pembukaan Paul Scholes dibalas menerusi jaringan penyerang tuan rumah Grant Holt dengan perlawanan berbaki tujuh minit.

     Namun Giggs, bermain buat kali ke 900 untuk United, menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk memberikan tiga mata penting buat penyandang juara.

     "Ia keputusan yang hebat dan akan memberi kesan (di penghujung musim)," beliau memberitahu MUTV. "Semua orang tahu kami tidak pernah putus asa dan tidak kira siapa lawan kami, mereka tahu mereka perlu bermain hingga saat akhir..

     "Saya perlu katakan kami bernasib baik. Norwich bermain dengan lebih baik dan kerap melancarkan serangan. Mereka seringkali menghantar bola ke kawasan penalti dan tanpa Jonny Evans, Rio Ferdinand dan David De Gea kami pastinya sudah ketinggalan. Mereka bertiga sangat cemerlang.

     "Norwich berhak mendapat satu mata hari ini, namun kami menjaringkan gol kemenangan dan apa yang anda lihat itulah Manchester United (yang sebenar)."

     Sementara itu Ryan Giggs mengakui para penyokong dan Sir Alex sendiri pastinya kecewa dengan persembahan keseluruhan di Norwich namun gol kemenangan pastinya menggembirakan dan melambangkan semangat juang United.

     "Saya fikir ia semangat pasukan," jawab Giggs apabila ditanya MUTV bagaimana United berterusan menjaringkan gol lewat permainan. "Dengan mengetahui kami akan mencipta peluang lewat perlawanan.

     "Hari ini mungkin mengecewakan dengan kami hanya mencipta banyak peluang pada lapan minit terakhir daripada keseluruhan perlawanan. Itu mungkin mengecewakan para penyokong dan pengurus namun pujian juga harus diberikan kepada barisan pemain. Kami terus bermain dengan baik walaupun hakikat kami mungkin ketinggalan. Norwich memberikan tekanan kepada kami namun kami teruskan permainan dan menjaringkan gol."    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...