Wednesday, February 29, 2012

Alex Ferguson - Tottenham adalah ujian sebenar saingan gelaran juara liga Manchester United.

Ferguson bersama pengurus Spurs Harry Redknapp.
     Sir Alex Ferguson memutuskan bahawa pertemuan Manchester United dengan Tottenham sangat 'besar' dan penting, sambil mengakui beliau berpuas hati untuk berdepan Manchester City pada hujung April dengan hanya dua mata di belakang pendahulu liga itu.

     United akan berkunjung ke White Hart Lane Ahad ini selepas memungut 13 mata daripada lima perlawanan terakhir termasuk Arsenal dan Chelsea di tempat lawan juga Liverpool di Old Trafford.

    
     Ferguson percaya pasukannya perlu kekal kedudukan tidak jauh daripada City menjelang pertemuan kedua pasukan pada 30 April dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraan liga.

     Bercakap kepada majalah Inside United, Ferguson berkata: "Ia adalah perlawanan penting (di Spurs). Jika kami mampu mendapatkan keputusan yang baik, maka kami punyai peluang besar untuk menjuarai liga.

     "Saya akan terima (dua mata di belakang City menjelang perlawanan di Etihad Stadium). Saya lebih suka ke sana jika terikat pungutan mata."

    Ferguson mengeluh dengan kecederaan yang dialami para pemainnya dan menekankan pentingnya untuk merehatkan Chris Smalling dan Phil Jones untuk mengekalkan kecergasan hingga penghujung musim.

     "Saya mempunyai ramai pemain sekarang berbanding beberapa minggu sebelum ini kerana kami mengalami masalah kecederaan yang serius," kata beliau.

     "Namun kami lakukan yang terbaik buat Chris Smalling dan Phil Jones, kami merehatkan mereka. Mereka pemain muda dan telah membawa kecederaan kecil untuk beberapa minggu.

     "Kemudian tiba-tiba mereka mengalami kecederaan dan kami perlu rehatkan mereka untuk membolehkan mereka kembali beraksi. Dengan rehat yang sempurna mereka sedia beraksi."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...