Thursday, March 1, 2012

Darren Fletcher sasar untuk kembali musim hadapan.

     Pemain midfield Manchester United Darren Fletcher berharap beliau akan dapat kembali beraksi bermula musim hadapan.

     Ketua pasukan Scotland yang berusia 28 tahun itu terpaksa berehat sepenuhnya daripada bolasepak selepas mengidap penyakit usus kronik.

     Beliau mengakui telah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah tersebut dalam usaha kembali menyambung kariernya di United.

     Fletcher berkata: "Ia situasi daripada minggu ke minggu jadi saya tiada skala masa untuk pulih namun sasaran saya ialah musim hadapan.

     "Jika saya dapat kembali, itu pastinya berita hebat buat saya.

     "Ia sesuatu yang tidak akan sembuh sepenuhnya, namun walaubagaimanapun anda perlu cari jalan untuk menghadapinya, maka ini bermakna saya masih boleh bermain.

     "Saya mencuba segalanya buat masa ini (untuk pulih): diet, hipnoterapi."

     Fletcher mula mengalami masalah ini pada Mac tahun lalu. Beliau yang terlepas aksi tiga bulan terakhir musim lalu dengan hanya bermain dua perlawanan dikatakan mengalami jangkitan virus pada awalnya.

     Bagaimanapun, selepas bermain sebanyak 10 perlawanan buat United musim ini, Fletcher merasakan beliau perlu mendapatkan rehat yang panjang daripada bolasepak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...