Thursday, March 1, 2012

Alex Ferguson waspada ancaman Louis Saha kepada Manchester United.

Ferguson bersama Saha.
     Sir Alex Ferguson mengakui beliau sedar akan ancaman daripada Tottenham terhadap aspirasi pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan liga pada perlawanan Ahad ini di  White Hart Lane.

     Spurs yang menghuni tangga ketiga liga masih merasai bahang kekalahan 5-2 kepada Arsenal dalam perlawanan derby kelab utara London namun Louis Saha membuka jaringan untuk gol ketiga dalam tiga penampilan buat kelab barunya.

     Perpindahan Saha dari Everton ke Spurs termeterai penghujung Januari dan sudah pasti beliau mahu meneruskan prestasi memberansangkan sekaligus mengecewakan cabaran kejuaraan liga kelab lamanya.

     "Saya tidak tahu situasi di sebalik perpindahan Louis Saha namun Everton gembira melepaskan beliau (untuk menyertai Spurs)," Ferguson memberitahu majalah Inside United. "Kemudian beliau di Spurs dan menjaringkan dua gol (menentang Newcastle). Itu kemampuan Louis. Beliau memiliki bakat besar, namun tidak bermain secukupnya.

     "Beliau sangat hebat, tiada keraguan mengenainya. Keupayaan mengunakan kedua belah kaki, kepantasan dan kelebihan perebutan bola di udara. Mereka mempunyai pasukan yang bagus dan mampu beri ancaman gol secara keseluruhan. Gareth Bale, Rafael van der Vaart, (Jermain)Defoe, (Emmanuel) Adebayor. Mereka menjaringkan gol untuk pasukan."

     Sementara itu Saha mendedahkan bahawa beliau tidak terlepas daripada 'hairdryer' Sir Alex Ferguson walaupun menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama ketika United menentang Everton, yang  merupakan perlawanan kedua beliau selepas berpindah dari Fulham.

     "Saya menuju ke bilik persalinan, dan saya berasa sedikit bangga," Saha memberitahu The Sun.

     "Apabila saya duduk saya dikejutkan dengan cara yang ganas - Sir Alex Ferguson melepaskan kemarahannya.

     "Beliau seolah-olah hilang kawalan dan dengan segera saya faham kenapa. Beliau tidak gembira dengan kelebihan tiga gol walhal kami sepatutnya menyudahkan perlawanan (dengan lebih banyak gol).

     "Beliau berang dengan beberapa peluang yang saya sia-siakan dan mengingatkan saya ini adalah permainan peringkat tertinggi. Saya lebih terkejut apabila 45 minit berikutnya Everton bangkit mengikat kedudukan 3-3.

     "Mujur gol kemenangan masa kecederaan Ruud van Nistelrooy menyelamatkan saya daripada mimpi ngeri."

     Saha bercakap menjelang pelancaran autobiografi beliau, dan mendedahkan kerjasama dan temubual dengan Ferguson untuk menyiapkan buku tersebut. Beliau juga memuji pengurus dari Scotland itu atas sokongan sepanjang empat setengah tahun berada di Old Trafford.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...