Friday, March 2, 2012

Michael Owen kembali berlatih selepas pulih daripada kecederaan.

Owen dikeluarkan semasa menentang Otelul Galati
     Penyerang Manchester United Michael Owen kembali berlatih semalam berikutan kecederaan paha yang menyebabkan beliau terlepas aksi selama hampir empat bulan.

     Selepas hanya beraksi selama 10 minit ketika perlawanan Champions League menentang Otelul Galati pada November lalu, pemain 32 tahun itu akhirnya dapat kembali untuk latihan peringkat  ringan.

     Dengan kontrak beliau akan tamat pada hujung musim ini, bekas pemain Liverpool dan Real Madrid itu berdepan tugas sukar untuk mendapat tempoh lanjutan di Old Trafford.

     Program pemulihan peribadi direka khas untuk Owen oleh staf perubatan United, dan beliau gembira dengan kemajuan proses tersebut.

     "Hallelujah!!! Trained today for the first time and all felt great. Onwards and upwards", beliau menulis dalam Twitter.

     Sungguhpun terhad dengan hanya empat penampilan setakat ini, dan satu daripadanya dalam Liga Perdana, Owen setakat ini telah menjaringkan tiga gol.

     Sementara itu Gareth Bale diragui dapat cergas menjelang pertemuan liga Tottenham dengan Manchester United Ahad ini. Bale mengalami kecederaan otot betis semasa latihan pagi Selasa lalu dan tidak berada dalam pasukan Wales menentang Costa Rica malam hari berikutnya.

     Bale kembali ke padang latihan Spurs pada hari Khamis untuk dinilai oleh staf perubatan dan difahamkan walaupun beliau yakin dapat cergas menentang United di White Hart Lane, namun hakikatnya, mungkin tidak akan tersenarai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...