Wednesday, February 15, 2012

Ryan Giggs hampiri penampilan ke 900 buat Manchester United.

Giggs bersama Bobby Charlton
     Pemain veteran Wales Ryan Giggs dalam laluan untuk membuat penampilan ke 900 buat Manchester United ketika bertemu Ajax di Amsterdam. Walaupun terdapat perasaan anti-klimaks mengenai kejohanan Europa League menyelubungi Old Trafford, apatah lagi selepas pasukan Sir Alex Ferguson layak ke tiga perlawanan akhir Champions League dalam masa empat tahun.

     Namun Giggs yang berusia 38 tahun menggesa rakan sepasukan untuk memberikan persembahan terbaik dalam kejohanan kedua utama Eropah pada peringkat 32 pasukan. Beliau juga mahu mendapatkan medal yang masih belum dimenanginya dengan berkata: "Saya mahu medal Europa League dalam trofi kabinet saya." 

     Pemain paling banyak memenangi trofi dalam sejarah bolasepak England itu mengakui beliau bersedia untuk mencapai satu lagi mercu tanda kejayaan: "Ia amat hebat jika dapat menang (Europa League), yang mana saya belum memenanginya sebelum ini.

     "Amat mengecewakan apabila tersingkir daripada Champions League. Namun tiada apa yang kami dapat lakukan mengenainya. Jadi sekarang kami perlu teruskan dan menang Europa League."

     Giggs telah memenangi Champions League sebanyak dua kali dan juga naib juara dalam dua musim berbeza. Maka apabila gagal melepasi kumpulan yang dianggap mudah adalah mengecewakan.

     Beliau menambah: "Saya telah bermain banyak perlawanan Champions League dan bertuah untuk bermain dalam empat perlawanan akhir.

     "Namun hakikatnya kami tidak cukup bagus kali ini. Dahulu kami beraksi dengan baik. Jadi kami tidak mahu bersungut mengenainya. Kami perlu teruskan dan cuba untuk memenangi kejohanan ini."

     Bekas pemain antarabangsa Wales itu bakal melakar satu lagi rekod dalam karier gemilangnya. Beliau buat masa ini memegang rekod penampilan terbanyak buat United dan percaya dengan bermain di posisi tengah midfield akan membolehkan beliau bermain dengan lebih lama.

     Giggs menjelaskan: "Tidak ramai pemain yang mampu bermain 900 perlawanan, maka untuk bermain di United sebanyak itu adalah sesuatu yang amat membanggakan.

     "Saya masih ingat ketika bercuti enam tahun lalu dan seseorang berkata bahawa saya akan mengatasi rekod penampilan Sir Bobby Charlton (758).

     "Saya masih kurang 100 perlawanan ketika itu, jadi saya menjawab 'Tiada peluang!'

     "Namun saya berjaya melepasinya dan kemudiannya 800 dan sekarang 900, ia sangat hebat.

     "Bertukar ke posisi tengah sangat membantu. Apabila saya bermain di bahagian sayap saya akan terasa kepenatan selepas perlawanan. Walaupun anda sudah pasti penat selepas setiap perlawanan namun tidak sepenat sebagaimana saya bermain sebagai pemain sayap dahulu."

     Giggs baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak selama setahu Jumaat lalu dan akan beraksi dalam musim ke 22 bersama United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...