Monday, February 13, 2012

Alex Ferguson berikrar akan turunkan barisan terkuat dalam Europa League.

     Sir Alex Ferguson telah menjelaskan bahawa beliau akan memberikan sepenuh perhatian dan rasa hormat untuk kejohanan Europa League.

     United akan menurunkan barisan terkuat dalam pertemuan dengan Ajax walaupun keutamaan lebih diberikan kepada mempertahankan gelaran juara Liga Perdana.

     Terdapat cadangan bahawa tumpuan United akan lebih diberikan kepada saingan domestik dan menjadikan saingan peringkat Eropah kurang penting selepas tersingkir daripada Champions League Disember tahun lalu.



     "Saya pasti ambil serius kejohanan ini (Europa League)," ikrar Sir Alex. "Apa yang menarik mengenai perlawanan hari Khamis ini adalah kami tiada perlawanan pada hujung minggu, jadi saya boleh menurunkan pasukan terkuat.

     "Apa yang penting adalah melihat kehadapan (perlawanan). Ia masih perlawanan peringkat Eropah dan masih memiliki standard tersendiri," ujar beliau.

     "Menariknya, selama 55 tahun kami terlibat di peringkat Eropah (Piala Eropah dan Champions League), kami belum pernah berdepan Ajax. Apabila anda fikirkan kesemua undian yang telah dibuat, suku akhir dan peringkat kumpulan, kami tidak pernah ditemukan.

     "Ia pastinya dipenuhi penonton dengan stadium dan padang yang hebat. Mereka menghadapi tempoh yang sukar buat masa ini, namun bermain dengan United akan memberikan mereka motivasi tambahan untuk bermain dengan baik."

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...